Pada malam hari, Roland duduk dalam kamar bacaannya dan mula mereka peralatan baru.
Berita tentang kemunculan kapsul itu di Pelabuhan Air Bening benar-benar membuat dia gusar. Gereja Inggeris nampaknya menyokong dia dan Garcia serentak dalam perebutan takhta itu, namun begitu Roland lebih takut memikirkan bala tentera Garcia yang terdiri daripada ribuan askar bertenaga buas.
Dia membayangkan segerombolan askar berbaju zirah besi meluru selaju kuda ke arah dia dan merempuh barisan pertahanannya. Walau Skuad Meriam menembak bertalu-talu sekalipun, mereka tidak akan mampu menghalang askar-askar gila itu. Seorang sahaja pun sudah cukup untuk membinasakan Angkatan Tentera Pertama.
Mujurlah kapsul itu tidak membuat mereka kebal, mereka masih manusia yang boleh dibunuh.
Sekarang Roland perlukan senjata yang lebih pantas bertindak dan berkejituan tinggi agar mereka boleh menembak musuh mereka dari jauh.