Tidak lama selepas Ketua Menteri itu keluar, putera itu menerima berita baik tentang kepulangan seseorang.
Salah seorang pengawal peribadinya, Sean, yang telah diarahkan pergi ke Pelabuhan Air Bening untuk membeli biji benih tanaman, kini sudah kembali.
Roland mengikut pengawal yang melaporkan kepulangan Sean itu ke laman istana. Dia melihat Sean dan pengawal lain memunggah banyak kampit dari belakang beberapa ekor kuda.
Sudah lebih sebulan rombongan itu pergi ke Pelabuhan Air Bening. Kulit Sean kelihatan lebih gelap dan badannya juga sudah nampak lebih kurus.
Sebaik sahaja dia melihat putera itu, dia terus berdiri tegak dan mengangkat tabik. Roland mempercepatkan langkahnya ke arah Sean dan menepuk bahunya. "Syabas. Benih apa awak bawa balik?"