Roland menulis keputusannya tentang Prius tadi di atas kertas, meletakkan pena pelepahnya dan mengusap-usap tengkuknya yang lenguh.
"Tuanku, mahu patik tolong urut Tuanku untuk melegakan ketegangan?" Dia hanya mendengar suara Nightingale, tetapi tidak melihat empunya suara itu.
"Tidak mengapa, beta masih perlu jumpa 30 orang lagi. Mungkin nanti," tolak Roland lembut sambil tersenyum. Dia membunyikan loceng di atas mejanya. Lebih cepat dia menyelesaikan urusan ini, lebih awal dia boleh memulakan pelan pendidikan Pekan Sempadan. Dengan kemahiran baru Anna, dia kini menyimpan harapan untuk masa hadapan lebih cerah.