Askar-askar yang tercedera itu dipulihkan pantas oleh Nana. Kebolehannya menyambung tulang patah dipergunakan sebaik-baiknya. Roland mengarahkan Angkatan Askar Pertama untuk pulang ke berek dan akhirnya hanya ketua kesateria, ahli-ahli sihir dan beberapa pengawal sahaja yang tinggal di kawasan itu.
Roland mendekati mayat banduan tadi dengan wajah serius dan mengarahkan Carter untuk mengelar belakang mayat itu berhampiran tempat dia ditembak.
Lubang peluru itu hanya sedalam satu setengah jari sahaja dan Carter mengorek serpihan peluru yang berkecai di dalamnya. Kecederaan ini sudah dijangka bagi manusia normal.
"Apa pendapat awak tentang ini?" tanya Roland kepada Carter.