Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 124 - Kepulangan

Chapter 124 - Kepulangan

Selepas Tylo pergi, Nightingale muncul dari Kabus dan berkata, "Hari ini kali pertama patik melihat Tuanku paling banyak menipu."

Roland menggetus, "Apa lagi beta boleh buat? Dia ketua paderi gereja. Tetapi, awak boleh lihat jika dia menipu atau tidak?"

"Tidak, persekitaran dia diselubungi aura Batu Pembalasan Tuhan dan patik hanya dapat melihat kegelapan."

'Malangnya saya tidak boleh mengenepikan dia seperti saya ketepikan orang bangsawan,' fikir Roland sedikit marah. Dia meletakkan dua kapsul tadi ke atas meja. "Jadi adakah awak fikir kapsul-kapsul ini sehebat yang dia katakan?"

Untuk melegakan kesakitan, mungkin morfin boleh melakukannya. Tetapi untuk membuat askar mendapat kekuatan luar biasa secara sementara, itu kedengaran seperti kesan hormon adrenalina. Masalahnya bagaimana mereka menemui cara mengekstrak bahan-bahan itu untuk dijadikan kapsul? Jika gereja ada teknologi seperti itu, sudah lama mereka dapat menakluk dunia.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS