Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 117 - Pemburuan dan Penghapusan (Bahagian I)

Chapter 117 - Pemburuan dan Penghapusan (Bahagian I)

Ini kali pertama Carter Lannis menyaksikan peperangan sedahsyat ini.

Pasukan besar seramai 300 kesateria sudah tumpas di tangan barisan pertahanan askar Roland yang tipis.

Sehingga ke saat terakhir, mereka masih tidak mampu memasuki kawasan 50 meter terakhir. Putera Roland menandakan sempadan itu sebagai kawasan Skuad Senapang Batu. Mereka hanya dibenarkan menembak sekiranya musuh melintasi garisan 50 meter ini.

Empat meriam itu memaksa musuh berdiam diri dalam kawasan sejauh 100 meter dari mereka. Di kawasan antara garis 100 meter dan 150 meter, ada kira-kira 20 mayat bergelimpangan atas tanah dan mereka semua kesateria handal seperti Carter juga. Jika mereka tidak handal, masakan mereka mampu mara sehampir itu walaupun sedang dibedil meriam.

Carter bersyukur dia tidak turut terkorban bersama mereka. Dia terfikir mungkin inilah rupa peperangan masa hadapan. Jika Roland Wimbledon menggenggam kuasa sehebat ini, Baginda akan mewarisi takhta dengan pantas.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS