Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 116 - Mempertahankan Pekan Sempadan (Bahagian II)

Chapter 116 - Mempertahankan Pekan Sempadan (Bahagian II)

Oleh sebab kekuatan fizikal terhad, kuda yang membawa kesateria hanya boleh memecut dalam masa singkat. Semasa melancarkan serangan, kesateria patut membiarkan kuda mereka meligas dahulu semasa musuh berada sejauh 800 ke 1,00 meter. Selepas mereka menghampiri dalam jarak 500 meter, kuda patut diderap laju dan akhirnya memecut sepanjang jarak 200 meter terakhir.

Secara teorinya, jarak tembakan sebuah meriam Napoleon 12 paun adalah 1,300 meter untuk peluru pejal, tetapi meriam yang direka dan dibuat Roland cenderung tersasar daripada musuh yang berada sejauh lebih 1,000 meter. Ini mungkin kerana nisbah kaliber laras kepada kepanjangan laras yang kecil. Untuk memastikan kadar tembakan mengena yang tinggi, Roland menyuruh Skuad Meriam menembak hanya jika musuh berada sejauh 800 meter dari mereka. Dengan cara ini, tembakan mereka akan mengena sasaran dan jauh lebih berkesan lagi jika ia terkena gerombolan musuh kerana peluru meriam itu akan melantun pula selepas mendarat.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS