Selepas makan, malam, Roland kembali ke bilik bacaannya agar dia boleh sambung menulis ilmu matematik asas yang dia masih ingat.
Daya tumpuan ingatannya tidak begitu kuat, dan lama-kelamaan dia semakin mudah lupa. Dalam kerja Cheng Yan dahulu, matematik dan fizik adalah matapelajaran yang dia paling kerap gunakan, sementara semua pengetahuannya tentang sejarah, geografi, biologi, kimia, dan sebagainya hanya tinggal sekadar perkara asas sahaja. Jadi tidak kira sama ada ia berguna atau tidak, dia mesti menulis semua yang dia masih ingat kerana mungkin ia ada gunanya kelak.
Selepas dia siap menulis setiap halaman, dia meminta Scroll menghafalnya. Scroll hanya perlu membaca sekali imbas sahaja dan semuanya sudah terakam dalam otaknya. Malangnya kebolehan Scroll hanya terhad kepada hafalan kosong semata-mata dan dia tidak memahami apa ditulis Roland, walaupun ia hanya matematik sekolah rendah. Jadi bila-bila masa Roland lapang, dia akan mengajar Scroll tentang semua itu.