Scroll mengetuk pintu dan kedengaran suara menyahut cepat, "Sila masuk".
Selepas dia masuk dan menutup pintu, dia melihat Anna sedang duduk di meja hadapan tingkap sambil membaca sebuah buku tebal. Cahaya matahari menjengah masuk dari tingkap itu lalu menghasilkan bayang-bayang panjang atas lantai. Pipinya yang gebu dan leher jinjangnya nampak begitu cerah bawah sinaran cahaya matahari, manakala rambut perangnya yang mengurai melebihi paras bahu kelihatan seperti berwarna keemasan.
Selepas seminggu berkenalan rapat dengannya, Scroll sudah mula memahami perwatakan Anna. Dia jujur, berterus-terang, pendiam, dan sangat suka membaca… Pendek kata, jarang mahu jumpa orang kebanyakan dengan keperibadian seanggun Anna.