Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 102 - Keluarga Melati Belanda dan Keluarga Rusa Tanduk (Bahagian I)

Chapter 102 - Keluarga Melati Belanda dan Keluarga Rusa Tanduk (Bahagian I)

Apabila malam menjelang, rumah agam Earl Rusa Tanduk bergemerlapan cahaya. Selepas Petrov menyerahkan kad jemputannya di pintu hadapan, seorang orang suruhan membawa dia ke dewan utama. Majlis ulang tahun puteri ketiga Earl Rusa Tanduk, Aurelia, baru sahaja bermula.

Para jemputan majlis ini terdiri daripada orang bangsawan keluarga-keluarga ternama Kubu Longsong. Melihat permaidani bulu biri-biri di dewan sehinggalah ke baju seragam bersadur emas yang dipakai orang gaji mereka, jelas Earl Rusa Tanduk sudah berhabisan untuk majlis ini. Masakan tidak, ini ulang tahun Aurelia yang ke-16. Dia sudah mencapai usia kematangan dan boleh diperkenalkan kepada masyarakat sebagai anak dara yang sedia disunting orang.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS