Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 101 - Kitab Purba di Runtuhan Lama (Bahagian I)

Chapter 101 - Kitab Purba di Runtuhan Lama (Bahagian I)

'Apa maksud ini?' fikir Roland sambil jarinya mengikuti baris ayat itu. 'Adakah penulis kitab purba pernah bertempur dengan raksasa Tanah Orang Gasar?' Roland sambung membaca, dan lebih banyak maklumat mula muncul.

"Bilangan syaitan semakin bertambah sedangkan kami pula semakin berkurangan."

"Batu Pembalasan Tuhan sudah tidak mampu menghalang mereka. Musuh kami sangat menggentarkan dan mengerikan sehingga mereka boleh meragut nyawa kami hanya dengan kekuatan haiwan mereka yang buas. Mereka tidak perlu menggunakan kuasa sakti mereka pun."

"Kota Suci Taquila sudah tewas! Kami lari bertempiaran menyelamatkan diri."

"Kami mendaki gunung dan merentas sungai, kami hanya mahu lari sejauh mungkin dari Gerbang Neraka."

"Sekarang mana lagi kami boleh bersembunyi?"

"Tidak, sekarang saya tidak perlu risaukan ini lagi. Saya sudah nazak, Natalia."

"Kuasa syaitan itu menghancurkan tubuh saya. Tiada apa boleh selamatkan nyawa saya lagi."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS