Tong Yue terkesima seketika sebelum perasaan hairannya itu terpancar ke wajahnya. "Raja Daun Emas?"
Baru sahaja sebentar tadi yang satu Raja Daun Emas telah tiba, jadi, bagaimana pula ada satu lagi raja itu untuk muncul tiba-tiba pula?
Adakah terdapat lebih daripada satu Raja Daun Emas? Itu tidak mungkin.
"Kamu tak mahu memberi penghormatan kepada Raja Daun Emas? Ia tak terlalu lama; kamu sudah lupa dengan adab kamu?" Setelah melihat orang bawahannya hanya merenung dengan penuh asyik ke arah Raja Daun Emas itu dengan riak wajah yang terkejut dan tak menunjukkan sikap sopan santun langsung, Raja Daun Emas berkerut dengan perasaan tidak senang.
"Ma-maafkan saya, Tuanku! Saya terlalu terkejut untuk seketika sehingga leka." Tong Yue bergegas melutut ke atas tanah dan sujud sembah hormat kepada Raja Daun Emas itu.
"Terkejut?" Raja Daun Hijau menjadi bingung.