Muka Wei Ranxue yang panas baran menjadi gelap sambil dia berteriak dengan marah, "Dipukau? Kamu cakap tentang siapa? Baik kamu henti memutar belit dan berterus terang sahaja!"
Pengetua Sekolah Mo menghembuskan nafas dingin. "Apa yang dia cakap itu betul! Kamu semua ahli Sepuluh Guru Sarjana Terulung, kita sudah berkenalan selama beberapa abad dan untuk kamu berkata demikian… Adakah kamu mencadangkan yang saya akan mendedahkan rahsia penting ke orang luar? Ataupun kamu sedang menuduh Pengetua Sekolah Zhao ataupun Pengetua Sekolah Wei? Ataupun mungkin kamu fikir hanya kamu saja yang boleh dipercayai?"
Jelas orang ini sedang menuding jarinya pada mereka, jadi bagaimana mungkin mereka tidak melenting kerana marah?
"Bertenang, kamu bercakap seakan-akan saya sedang bercakap tentang kamu. Kamu tak ada apa-apa yang perlu kamu risaukan kecuali… kamu mempunyai hubungan intim dengan Puak Iblis Dunia Luar!" Lu Feng berkata dengan dingin.