Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 794 - Xue Zhenyang yang Teruja

Chapter 794 - Xue Zhenyang yang Teruja

"Baguslah kalau begitu!" Setelah Zheng Yang mengetahui bahawa tiada sebarang masalah yang bakal berlaku, dia melepaskan keluhan lega. Dia segera berpaling ke arah pintu masuk dengan penuh teruja dan berkata, "Masuklah!"

"Ya!"

Setelah mendengar kata-kata tersebut, pemuda yang sedang memegang lembing itu melangkah ke dalam kediaman. Auranya terasa pekat dan tajam seolah-olah sebilah pedang yang boleh membelah pintu syurga.

Pemuda bersama lembing itu berada dalam lingkungan 30-an dan dia juga mempunyai ciri-ciri wajah yang tajam, membuatkan dia tampak seperti seorang yang maskulin.

"Pak Cik Qiang, Wang Ying dan Liu Ying, inilah pelajar saya!" Zheng Yang perkenalkan.

"Saya, pelajar Xue Zhenyang ingin menabur rasa hormat kepada para senior!" Pemuda tersebut mengucap selamat dengan penumbuk yang dikepal.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS