Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 77 - Kecacatan Meridian Tersekat

Chapter 77 - Kecacatan Meridian Tersekat

"Tunjukkan teknik penumbuknya?"

Selepas mendengar arahan Zhang Xuan, hadirin hadiran sekali lagi terkejut.

Mereka semua bimbang tentang bagaimana kamu telah mengakibatkan pertapaan pelajar kamu hilang kawalan, namun kamu pula di sini, cuba untuk menyuruhnya tunjuk teknik penumbuknya. Apa yang kamu fikir ini?

Tetua Shang Chen memaparkan ekspresi pelik di mukanya.

[Teknik penumbuk?

Kita di tengah menyoal selidik tentang insiden kamu mengakibatkan pertapaan pelajar kamu hilang kawalan. Boleh tak kamu jangan ubah topik?]

"Batuk batuk, Sarjana Zhang, saya rasa ia lebih baik untuk kamu menjelaskan sebab dia hilang kawalan dalam pertapaannya. Mungkin… ajaran kamu salah, ataupun… ia disebabkan sebab lain?"

Huang Yu tidak dapat menahan dirinya daripada mengingatkannya.

Terdapat banyak sebab kenapa pertapaan seseorang boleh hilang kawalan. Ia mungkin kerana ajaran salah seorang guru, ataupun salah tafsiran seorang pelajar terhadap ajaran gurunya lalu bertapa mengikut tafsiran salah tersebut. Jika ia salah tafsiran, guru tetap bersalah, namun ia tidak akan mengakibatkan hukuman yang seteruk melucutkan lesen perguruannya.

"Guru ini, dahulu, saya telah bertapa mengikut kaedah cikgu Zhang tanpa sebarang salah tafsiran. Akhirnya, pertapaan saya masih hilang kawalan. Selepas itu, apabila saya berguru di bawah cikgu Lu Xun, dia berkata kaedah pertapaan tersebut salah dan semestinya jika diikuti, pertapaan seseorang mesti akan hilang kawalan!"

Zhao Yanfeng berkata sejurus sahaja selepas dia faham niat Huang Yu berkata sedemikian.

Dia masih menyimpan dendam mendalam terhadap Zhang Xuan. Apabila dia mendapat tahu terdapat peluang untuk melucutkan lesen perguruannya, dia mesti tidak akan melepaskan peluang ini begitu sahaja.

"Sarjana Zhang…" Selepas mendengar ulasan mangsa, tidak mungkin lagi untuk Huang Yu cuba menolong melepaskan Zhang Xuan daripada kesalahan. Oleh itu, dia hanya mampu melihatnya dengan muka kasihan.

" Tolong tunjukkan teknik penumbuk kamu. Biar saya lihat betapa jauh kamu telah maju!" Tanpa menghiraukan pujukan Huang Yu, Zhang Xuan terus memandang Zhao Yanfeng.

"Buat seperti apa cikgu Zhang cakap, laksanakan teknik penumbuk kamu dulu!" Selepas mendengar desakan Zhang Xuan, walaupun Huang Yu bingung terhadap apa yang difikirkan Zhang Xuan, dia tetap berpaling ke Zhao Yanfeng dan menyuruhnya berbuat demikian.

"Baiklah!" Dia mungkin tidak tahu siapa Huang Yu, namun, daripada betapa hormatnya tetua Shang Chen bercakap dengannya, Zhao Yanfeng tidak berani mengingkarinya. Sambil mengangguk kepalanya, dia berjalan ke tengah dewan.

Huhu!

Angin bergelora dengan setiap penumbuknya.

Orang ini mungkin muda, tetapi kawalan kekuatannya tidak kurang hebatnya, malah dia fasih dalam teknik tinjunya juga. Dia boleh dikira sebagai pelajar berpotensi.

"Hebat, nampaknya cikgu Lu Xun telah betul-betul mengubati kecederaan yang diterimanya apabila hilang kawalan!"

"Ia tidak kurang hebatnya untuk seorang semuda ini mempunyai kekuatan sebegini!"

...

Orang ramai di situ merupakan pakar pertapaan. Selepas melihat penumbuk Zhao Yanfeng, mereka semua mengangguk kepala mereka tanda setuju.

Tetua Shang Chen curi-curi melihat Zhang Xuan. Memandangkan Zhang Xuan yang telah menyuruh Zhao Yanfeng melaksanakan teknik penumbuknya, dia ingat dia akan meneliti teknik penumbuknya untuk mendapatkan alasan untuk dirinya. Namun, orang ini menutup matanya dan menunjukkan muka tenang.

"Apa dia sedang buat?"

Tanda seru terjelma di atas kepala tetua Shang Chen.

Adakah mungkin orang ini tahu dia tidak akan mampu mencari bukti ataupun alasan untuk menjelaskan perkara tersebut dan sebaliknya sekarang cuba naik gila!

"Cukup tak?"

Dengan cepat, Zhao Yanfeng telah siap teknik penumbuknya. Selepas melihat cikgu Zhang yang dibencinya menutup matanya, tidak melihat pun teknik penumbuknya, Zhao Yanfeng hampir meletup dengan kemarahan yang terkumpul apabila menjawab tadi.

"Un!" Zhang Xuan buka matanya.

"Baiklah, jangan kita buang masa lagi. Memandang kamu sudah mengaku mengakibatkan Zhao Yanfeng hilang kawalan dalam pertapaannya, dan dia sendiri menjadi saksi, baik kamu mengaku sahaja kepada jenayah kamu! Dengan ini, kamu tidak membuang masa semua orang…"

Takut situasi ini akan diterbalikkan sekali lagi semakin lama ia dilengahkan, dia berkata dengan segera.

" Kamu boleh bertenang tak?" Zhang Xuan mencelah. Selepas mengimbas persekitarannya sekali, dia berkata, "Memandangkan kamu semua berminat mendengar penjelasan saya, saya akan menjelaskan peristiwa itu kepada kamu semua!"

Perhatian semua orang tertarik kepadanya, curiga terhadap apa yang akan dikatakannya.

Zhao Yanfeng sendiri tidak dapat menahan curiganya.

"Sebenarnya… tidak salah, saya dengan sengaja mengakibatkan pertapaannya hilang kawalan!" suara Zhang Xuan bergema melangkau bilik tersebut.

"Ah?"

"Sengaja?"

Semua orang bingung.

[ Kamu sedang bergurau ke?

Kamu tidak akan dapat menarik balik kenyataan ini nanti. Sudah mesti dengan pengakuan ini, kamu akan dilucutkan lesen perguruan kamu!]

"Haha!" Tetua Shang Chen tidak menjangkakan orang ini, selepas membuat semua itu, akan mengaku dengan begitu sahaja. Matanya berkelip dengan kegembiraan. "Baik betul kamu untuk mengaku dengan begitu redha! Selaku seorang guru, untuk sengaja mengakibatkan pelajar kamu hilang kawalan serta meletakkannya dalam bahaya, kamu telah melepasi batas kamu! Jika dia tidak dilucutkan lesen perguruannya, ia mesti akan susah untuk menenangkan kemarahan orang ramai! Guru Sarjana Madya Huang, Tetua Mo, mesti tidak ada masalah kan sekarang!"

"…" Huang Yu melihat Zhang Xuan dengan penuh tidak berdaya. Dengan pengakuannya, tidak ada cara lagi untuknya menolong dia.

Sebelum sempat dia bercakap, dia melihat Zhao Yanfeng mencengkam penumbuknya dengan ketat sambil mengetap giginya. Dia menjeling Zhang Xuan dengan kebencian jelas terpapar pada mukanya lalu berkata, "Apa yang telah saya buat untuk memurkakan cikgu Zhang, untuk kamu menolak saya dari tebing gunung?"

[Saya pelajar kamu, namun kamu sengaja membuat saya hilang kawalan dalam pertapaan saya. Adakah kamu menyimpan dendam terhadap saya?]

Semua orang telah mendapatkan pendapat sama dan satu demi satu, mereka berpaling melihat Zhang Xuan.

Ketua Suku Wang Hong telah mula meragui keputusannya membenarkan anak perempuannya dan anak sulungnya di bawah perguruan guru Zhang.

Jadi apakah benar teorinya menakjubkan dan dia hebat dalam mengajar orang lain?

Apa akan jadi jika dia tiba tiba naik marah dan dengan sengaja mengajar mereka benda salah? Jika begitu, masa depan anaknya semestinya akan hancur begitu sahaja.

Seorang Peninju 1-Dan hilang kawalan masih boleh diselamatkan lagi. Namun, lebih maju pertapaan seseorang, akan lebih susah untuk mereka diselamatkan jika mereka hilang kawalan.

Tanpa menghiraukan pemandangan hadirin hadiran, Zhang Xuan meletakkan tangannya di belakang dan mempamerkan muka seorang yang tidak dapat memahami fenomena duniawi lalu berkata, "Haih! Nampaknya kamu semua masih tidak faham!"

"Faham?"

Muka Zhao Yanfeng dengan segera mengelap. Jika bukan kerana kekuatannya yang kurang, dia mesti sudah meluru ke hadapan dan membelasah Zhang Xuan. "Faham apa?"

[Kamu dengan sengaja mengakibatkan pertapaan saya hilang kawalan, selepas semua itu, kamu masih mahu saya faham? Faham apa? Faham saya belum mati lagi?]

"Betul ke tidak ada satu daripada kamu faham sebabnya?"

Zhang Xuan melihat Huang Yu, tetua Mo serta hadirin hadiran yang lain.

"Faham?"

Perkataan itu menyebabkan kedua-dua mereka bingung.

[Kamu sengaja mengajar seseorang perkara salah, apa mungkin yang kamu ingin kita faham daripada itu?

Faham… bagaimana kamu telah bermain dengan nyawa anak murid kamu?]

"Baiklah, memandangkan tidak ada seorang daripada kamu faham, izinkan saya untuk jelaskan!" Zhang Xuan menggeleng kepalanya. Mengimbas melalui hadirin hadiran sekali lagi, dia berkata, "Pernah tak kamu semua dengar tentang Kecacatan Meridian Tersekat?"

"Kecacatan Meridian Tersekat?" Huang Yu berkerut. Selepas itu, dia teringat sesuatu lalu berkata, "Saya pernah mendengar tentangnya. Ia merupakan sesuatu kecacatan seseorang yang diperoleh semenjak dia lahir! Mereka yang mempunyai kecacatan ini mempunyai sekatan dalam beberapa aliran meridiannya. Ia seakan sungai telah disekat oleh batu dan lumpur, zhenqinya tidak akan mampu mengalir dengan senang. Jika dia mampu bertapa pun, mesti terdapat batas terhadap pencapaiannya. Peninju 1-Dan biasanya sudah menjadi batas kepadanya, Peninju 2-Dan dan seterusnya tidak mungkin untuknya!"

Mendengar penjelasan ini, hadirin hadiran sekalian mengangguk kepala mereka.

Kecacatan Meridian Tersekat ini mungkin jarang ditemui, namun masih ada orang yang menghidapinya. Selaku guru dan ketua suku, mereka semua pernah mendengar tentangnya.

"Cikgu Zhang bercakap tentang Kecacatan Meridian Tersekat, adakah mungkin…"

Tetua Mo Xiang teringat sesuatu dan tiba-tiba berpaling melihat Zhang Xuan dengan segera dengan mata yang terbuka besar.

"Memang, Zhao Yanfeng menghidapai kecacatan tersebut!" Zhang Xuan mengangguk kepalanya.

"Saya? Bagaimana mungkin saya menghidapi Kecacatan Meridian Tersekat?" Zhao Yanfeng langsung tidak percayanya. "Mustahil…saya tidak pernah terasa tersekat pun dalam pertapaan saya, bagaimana mungkin saya menghidapi kecacatan ini?"

"Tidak pernah berasa tersekat?" Zhang Xuan melihatnya dengan sesebuah senyuman. "Sebelum kamu hilang kawalan dahulu, adakah kamu berasa sesak nafas apabila kamu bertapa? Setiap kali kamu mengumpulkan tenaga rohani, adakah kamu berasa seakan seluruh badan kamu akan diceraikan begitu sahaja?"

"Kamu… bagaimana kamu tahu tentangnya?"

Asalnya, Zhao Yanfeng ingat Zhang Xuan cuma mengarut lalu tidak menghiraukan perkataannya. Namun, selepas mendengar penjelasan ini, matanya terbeliak dan dia terpaku.