Perkataan Zhang Xuan tadi terlalu tepat. Sebelum pertapaannya hilang kawalan, dia pernah menghadapi masalah ini. Terlalu sukar untuknya mengumpulkan tenaga rohani kerana dia merasai dirinya sakit seakan raganya dicarik menjadi dua.
Selama ini, dia ingat kerana mengikuti pertapaan kaedah salah. Adakah mungkin… memang kerana dia menghidapi Kecacatan Meridian Tersekat?
Ia dikatakan seorang yang menghidapi Kecacatan Meridian Tersekat akan berasa seakan meridian mereka telah dirantai, mengakibatkannya kesesakan nafas. Jika seorang memaksa dirinya untuk bertapa, kesakitan akan terjana terasa seakan mencarik dirinya menjadi dua belah.
Kesesakan nafas ini kemungkinan berkait dengan raga mereka.
Namun, dia tidak pernah beritahu sesiapa pun, gurunya, Zhang Xuan pun tidak pernah diberitahunya. Malah ibu bapanya sendiri tidak tahu tentangnya, oleh itu… bagaimana mungkin dia mendapat tahu?
Selepas melihat ekspresi Zhao Yanfeng, semua orang terkejut.
[Adakah mungkin… apa dikatakannya benar?]
"Cukuplah dengan karutan kamu tu. Jadi jika Zhao Yandeng mempunyai Kecacatan Meridian Tersekat? Apa kaitannya dengan menyebabkan pertapaannya hilang kawalan?" Tetua Shang Chen mencelah.
Kecacatan Meridian Tersekat merupakan kecacatan yang seseorang semenjak daripada lahir. Tidak ada cara untuk mengubatinya dan sesiapa yang menghadapinya ditakdirkan untuk tidak dapat bertapa selama-lamanya.
Jika Zhao Yanfeng menghidapi kecacatan ini, ini hanya bermaksud dia tidak berpotensi untuk menjadi seorang pakar. Tidak ada sebab untuk sengaja membuat pertapaannya hilang kawalan!
"Kamu fikir ia langsung tidak ada kaitan?" Zhang Xuan tidak dapat menahan ketawanya.
"Baiklah, biar saya tanya kamu pula. Tahu tak apa simptom jika pertapaan seorang hilang kawalan?"
"Hilang kawalan? Tenaga dalaman seseorang akan mengamuk dan menjadi tidak terkawal, menyebabkan seseorang itu hilang kesedaran dirinya dan menjadi seakan naik gila…" Pada saat itu, tetua Shang Chen berhenti dengan tiba-tiba. Matanya terbeliak dengan penuh perasaan tidak percaya, "Tidak mungkin, kamu telah cuba menggunakan simptom hilang kawalan untuk membebaskan kekangan meridiannya demi mengubati Kecacatan Meridian Tersekat?"
"Bagaimana…adakah ini mungkin?"
Bukan dia sahaja yang terfikir perkara tersebut. Hadirin hadiran di situ juga telah terfikir perkara yang sama dan pada masa ini, mulut mereka terbuka besar dengan penuh perasaan terkejut.
Apabila seorang hilang kawalan, tenaga dalam badan mereka akan hilang kawalan. Ia benar, seorang dalam keadaan tersebut akan mampu menggunakan tenaga beberapa kali ganda daripada biasa, namun… dalam keadaan kurang siuman, ia senang untuk pertapaan seseorang cacat dengan sepenuhnya. Tidak pernah ada orang yang mencubanya dan tidak ada orang yang berani mencubanya.
[Untuk betul-betul menggunakan hilang kawalan ini untuk mengubati Kecacatan Meridian Tersekat… Kamu ini serius lah?
Jika betul, kamu ini terlalu berani!
Teori dan keputusan daripada perbuatan kamu akan memajukan seluruh dunia pertapaan!]
"Betul!" Zhang Xuan mengangguk kepalanya. Selepas itu, dia berpaling kepada Zhao Yanfeng dan bertanya, "Izinkan saya tanya, selepas pertapaan kamu hilang kawalan, adakah kamu masih rasa badan kamu seakan akan dicarik menjadi dua apabila kamu bertapa?"
"Ini…" Badan Zhao Yanfeng menggeletar. Dengan suara terkejut, dia membalas, "Saya… saya tidak!"
Sebelum ini, dia berasa kesakitan melampau setiap kali dia bertapa, seakan badannya akan meletup di situ juga. Namun, selepas dia hilang kawalan pertapaannya, dia tidak lagi merasakan perasaan tersebut. Sebelum ini, dia ingat ia ialah kerana pengajaran cikgu Lu Xun. Adakah mungkin… ini sebab sebenarnya?
" Apabila hilang kawalan, tenaga dalaman seseorang akan mengamuk lalu mengalir dengan teramat deras, ini akan membenarkan seseorang menggunakan tenaga jauh daripada kemampuan biasanya. Walaupun dengan ini sahaja, ia tidak dapat mengubati dengan sepenuhnya masalah Kecacatan Meridian Tersekat, ia masih dapat meringankan masalahnya dengan membenarkan tenaga rohani seseorang untuk mengalir tanpa sekatan! Sebelum ini, saya hanya menyebabkan pertapaan kamu hilang kawalan untuk cuba menyelesaikan masalah kecacatan badan kamu. Asalnya saya telah menyediakan beberapa langkah untuk membenarkan pertapaan kamu berjalan dengan lebih lancar dengan harapan kamu dapat mencapai tahap lebih tinggi nanti. Namun… bukan sahaja kamu tinggal tanpa mengatakan selamat tinggal, malah kamu menyimpan dendam terhadap saya!"
Pada masa ini, Zhang Xuan hanya menggeleng kepalanya dan mengeluh. Mukanya penuh dengan ekspresi kesunyian.
Semenjak Zhao Yanfeng bangun daripada keadaan hilang kawalannya, dia tidak pernah jenguk Zhang Xuan. Malah, dia menganggapnya sebagai musuhnya, menyebarkan khabar angin buruk untuk mencemarkan nama baiknya semana boleh.
Jika Zhang Xuan sendiri mencarinya, semestinya dia tidak akan mempercayainya.
Melihat muka Zhang Xuan, semua orang berasa keperitan dalam hatinya.
Namun, dalam keadaan sebegini, dia masih lagi enggan menjelaskan keadaan sebenar. Dia rela memikulnya dengan senyap, menerima kutukan dan penghinaan orang lain…
Pada saat ini, bayangan Zhang Xuan membesar dalam hati hadirin hadiran sekalian!
"Mengarutlah kamu, bagaimana mungkin ia betul! Lagipun, jika apa dikatakan kamu betul, jika kamu sekadar menjelaskan situasi kepadanya, Zhao Yanfeng mesti tidak akan meninggalkan kamu!" Tetua Shang Chen mengetap giginya.
"Jika seorang mampu mengawal proses tersebut, ia tidak lagi akan dipanggil hilang kawalan! Jika saya memberitahunya awal-awal, dengan keperibadian Zhao Yanfeng yang ragu-ragu, kamu ingat dia akan rela ataupun berani untuk mengambil risiko ini?" Zhang Xuan melambaikan lengannya.
Seorang akan menjadi tidak terkawal apabila hilang kawalan. Jika mereka tahu mereka akan hilang kawalan semasa pertapaan mereka, mereka akan berasa takut dan mula dengan menahan dirinya tanpa disedari. Ini akan membuatkan mereka sukar untuk betul-betul hilang kawalan.
"Tidak kira bagaimana kamu mengatakannya, kamu masih tidak dapat membuktikan kamu telah mengubati masalah Kecacatan Meridian Tersekat. Tanpanya, saya tidak percaya karutan kamu itu!"
Selepas beragu untuk seketika, tetua Shang Chen sekali lagi mencelah.
"Saya tahu insiden ini terlalu diluar jangkaan dan menakjubkan, namun ia tidak penting sama ada kamu percaya saya ataupun tidak!" Zhang Xuan berpaling ke belakang dan melihat Zhao Yanfeng. "Saya sudah meneliti kamu tadi dan perasan kamu telah mencapai Peninju 1-Dan alam Juxi tahap Puncak. Sedikit lagi kamu akan mencapai kemajuan sudah! Jika kamu berlatih dengan biasa, berapa lama lagi agaknya kamu akan perlukan untuk mencapai kemajuan tersebut?"
"Enam bulan. Cikgu Lu memberitahu saya jika saya terus berusaha dengan gigih, dalam masa setengah tahun, kemungkinan besar untuk saya mencapai kemajuan dan mencapai tahap Peninju 2-Dan alam Dantian!"
Dia masih meragui perkataan cikgu Zhang, namun nadanya sekarang lebih hormat kepadanya dan dia menjawab soalannya dengan betul-betul.
Tetua Mo dan Ketua Suku Wang Hong mengangguk kepala mereka dalam persetujuan.
Mereka sendiri telah melihat Zhao Yanfeng melaksanakan teknik penumbuknya tadi. Daripada pengalaman mereka, mereka dapat mengesahkan pendapat Cikgu Lu Xun tidak salah. Bakat Zhao Yanfeng hanya sederhana dan untuk mampu mencapai kemajuan dalam masa setengah tahun sendiri sudah boleh dikira kemajuan baik.
"Setengah tahun? Tidak perlu! Saya boleh tolong kamu mencapai kemajuan dalam masa sejam!" Zhang Xuan berpaling sekali lagi melihat hadirin hadiran.
"Sejam?" Bagaimana ini mungkin?"
"Setengah tahun pun sudah sukar untuk seseorang janji untuk dia mencapai kemajuan, tetapi kamu di sini jamin dapat membantunya mencapai kemajuan dalam masa sejam? Ini…"
Mendengar dakwaan Zhang Xuan, hadirin hadiran seakan naik gila. Tidak ada seorang pun yang berani percaya dakwaannya.
Pertapaan, tidak sama seperti makan dan minum, tidak dapat dipenuhi dengan sekali gus. Ia perlu dilakukan selangkah demi selangkah. Seorang hanya akan mampu mencapai kemajuan selepas akumulasi pertapaannya untuk masa lama. Zhao Yanfeng sendiri, walaupun telah mencapai Peninju 1-Dan alam Juxi tahap puncak, jika dia tidak mampu mengawal tenaga rohaninya dengan baik, dia tetap tidak akan dapat membuka dantiannya!
Proses akumulasi ini mengambil masa yang teramat panjang. Tanpa akumumulasi pengalaman ini, mustahil untuknya berjaya! Namun, Zhang Xuan mendakwa dia akan mampu melakukannya dalam masa sejam.
Ini…
[Jika kamu mahu berlagak pun, jangan berlagak tentang sesuatu yang mustahil!
Berhati hati dimana kamu meletakkan diri kamu, lebih tinggi kamu berada, lebih sakitnya apabila kamu jatuh nanti!]
"Kenapa? Kamu tidak percaya saya?" Tanpa menghiraukan khalayak ramai, mulutnya tersenyum sambil dia memandang orang muda di depannya.
"Saya…" Zhao Yanfeng meragui untuk seketika.
Dia berasa yang apa dikatakan Zhang Xuan tadi tentang dia menghidapi Kecacatan Meridian Tersekat itu benar, namun, tentang dia menolong dia mencapai kemajuan dalam masa sejam… ia bagaikan mimpi untuknya.
JIka betul dia mencapai kemajuan dalam masa sejam, semestinya ia terbukti cikgu Zhang ini terlalu hebat. Ia juga akan bermaksud keputusannya untuk mengakibatkan pertapaannya untuk hilang kawalan telah berjaya mengubati Kecacatan Meridian Tersekatnya!
Lagipun, kenapa seorang guru yang mampu menolong seseorang mencapai kemajuan dengan begitu senang akan menipu tentang perkara sekecil itu?
Memandang dia mengeluarkan konklusi ini, hadirin hadiran yang lain juga berfikir perkara sama. Setiap satu daripada mereka dengan perlahan mengalihkan perhatian mereka ke arah Zhang Xuan.
"Saya tidak menyalahkan kamu kerana tidak percaya saya. Lagipun, pertapaan kamu telah hilang kawalan kerana kamu mengikuti arahan saya!" Zhang Xuan melambaikan tangannya sambil menunjukkan matanya yang penuh kasihan terhadapnya. "Namun, jika kamu melepaskan peluang ini, kamu mungkin akan perlu mengambil setengah tahun, ataupun mungkin lebih lama lagi! Pilihan sekarang di tangan anda!"
"Ini…"
Zhao Yanfeng berdiri dengan tegak sambil mencengkam penumbuknya. Selepas seketika, dia mengangkat kepalanya dan dengan penuh ketekunan dalam matanya, dia berkata, "Cikgu Zhang, saya ingin mencuba kaedah kamu!"