Perasaan hormat yang jelas terpapar dari muka Liu Yang datang dari firasat hatinya. Tidak ada cara untuk berlakon demikian.
Pandangan tersebut jelas pandangan seorang penuh kagum dengan orang di hadapannya. Tidak ada sebarang tidak betul daripada pandangannya.
Dengan sekilas pandang , Tetua Mo Xiang tahu Liu Yang ini betul-betul menghormati dan mempercayai cikgu Zhang dan bukannya sebab kerosakan bola kristal!
"Diam!" Mengetahui kebenaran, tetua Mo Yang mulai marah. Kemarahan boleh dirasai daripada pandangannya, "Kristal Pencerahan Niat akan menguji hati seseorang, memaksa mereka untuk memilih jalan paling betul dalam pendapat mereka. Tidak pernah ada masalah tentangnya, dan ia mustahil untuk rosak! Jika kamu sambung dengan karut begitu, saya sendiri akan melontar kamu berdua keluar dari sini!"
"Saya…"
Melihat tetua Mo begitu marah, Shang Bin dan Cao Xiong hanya mampu terdiam, tidak berani untuk berkata sepatah pun.
"Kamu…bagaimana kamu melakukannya?"
Melihat keputusan tersebut, Shen Bi Ru hanya mampu menyembunyi mulutnya yang terbuka kerana terkejut. Dia tersendiri tidak pernah menjangkakan keputusan sebegini mungkin dapat dikecapi oleh seseorang manusia.
Tahap kepercayaan 64, guru bintang Akademi Hongtian yang telah mengajar pelajar mereka untuk beberapa tahun pun tidak akan berkemampuan untuk mendapat keputusan sedemikian.
Dari semalam, orang ini mendedahkan kejutan demi kejutan kepadanya. Dia tidak menjangkakan kejutan yang didedahkan hari ini akan jauh mengejutkan daripada semalam!
[Patutlah dia begitu berani. Dia sudah tahu dia akan menang!]
"Memandangkan saya sudah memang, boleh kita melaksanakan hukuman yang telah dipersetujui sebelum ini? Melucutkan lesen perguruan cikgu Chao dan seratus sebatan Rotan Pemusnah Dewa!" Zhang Xuan berpaling dan melihat mereka.
[Memandangkan dia sendiri datang mencari pasal dengan menggunakan kaedah ini, dia patut sudah tahu terdapat kemungkinan dia dikenakan hukuman pula]
"Ini…."
Tetua Shang dalam dilema.
Dia berniat untuk menolong cucunya membalas dendam, namun… bukan sahaja dia gagal berbuat demikian, dia seakan telah ditampar tepat pada mukanya sekali lagi. Dengan ekspresi kekok, dia tidak tahu apa patut dibuatnya sekarang.
"Baik kita tidak melampaui batas. Cikgu Zhang, memandangkan kamu telah menang, mari kita biarkan sahaja perkara ini!"
Selepas seketika Tetua Shang Chen berkata.
"Biarkan sahaja? Jika saya kalah, mesti mustahil tetua Shang Chen akan berkata demikian!" Zhang Xuan mula menunjukkan perasaan tidak puas hati.
Jika dia kalah hari ini, tidak syak Biro Pendidikan akan mengejar hal ini sehingga semua hukuman jelas terlaksana. Mustahil dalam situasi tersebut untuk tidak dibuang kerja dan dilucutkan lesen perguruannnya!
Namun, sekarang apabila dia telah menang, mereka ingin cuba menyelesaikannya dengan hanya beberapa patah… mereka ini sedang buat lawak bodoh ke!
"Berani kau!" tetua Shang Chen mulai marah. "Ingat sikit siapa kamu! Guru bertahap rendah yang hanya bernasib baik kepercayaan anak murid kamu meningkat dengan mendadak. Ini hanya kemungkinan sahaja, perlu ke kamu ini bangga sangat? Jika kamu betul-betul berkemampuan, meningkatkan pertapaan mereka dahulu sebelum kami bercakap tentangnya! Kamu hanya mampu mendapat kepercayaan seorang individu, ia tidak membuktikan apa-apa pun!"
"Betul tu! Zhang Xuan ini dilahirkan dengan kebolehan untuk menipu orang, jadi dia boleh membuatkan pelajar mempercayainya dengan mudah! Jika tidak silap saya, pelajar dahulunya hilang kawalan dalam pertapaannya ialah kerana dia terlalu percaya terhadapnya. Kerana dia tertipu, ia menyebabkannya untuk menyesal seumur hidupnya!"
Mendengar tetua Shang memarahinya, Cikgu Cao Xiong dengan cepat memberi sokongan.
[Tahap kepercayaan hanya satu cara untuk mengenal pasti taraf seseorang guru. Ia tidak memberi indikasi kepada kebolehan sebenar seseorang.
Satu cara untuk membuktikan kebolehan seseorang guru ialah untuk membuat kekuatan anak muridnya meningkat dengan mendadak!
Jadi kamu boleh buat apa jika pelajar percaya kamu sama banyak seperti ibu bapa mereka?
Jika kamu tidak mempunyai kebolehan untuk mengajar anak murid kamu, kamu tidak layak menjadi seorang guru!]
"Hilang kawalan?" tetua Mo tertanya.
"Tetua Mo mungkin tidak pernah mendengar tentangnya, namun Zhang Xuan ini pernah membuat pertapaan seseorang untuk hilang kawalan! Kerana peristiwa ini, semua pelajarnya melarikan diri daripadanya. Ini juga sebab kenapa dalam Peperiksaan Kelayakan Guru, dia mendapat kosong markah!" Cao Xiong menjelaskan dengan bangga sekali. "Saya mengesyaki sebab Liu Yang percayanya kerana dia menggunakan teknik penipuan ke atasnya. Jika tidak, bagaimana seorang yang mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru dapat meningkatkan kepercayaan antara mereka sehingga melepasi 60 dalam masa dua hari ini?"
"Ini…"
Ia tidak mustahil apa dikatakan mereka benar.
Dahulu, terdapat seorang pelajar menggunakan teknik khas untuk memukau pelajarnya sebelum mengambil peperiksaan untuk menjadi Guru Sarjana. Kaedah ini sama dengan hipnosis di mana isi terpendam dalam hati mereka pun terpukau untuk berfikir guru mereka layak dihormati dan dipercayai pada tahap begitu!
Namun, kaedah ini ada batasan dari segi jangka masa terhad. Selepas tampat tempohnya, kesihatan mental dan fizikal pelajar tersebut akan terjejas!
Adakah mungkin…. Zhang Xuan telah menggunakan teknik sebegini?
Jika betul, ia bermaksud dia langsung tidak mempedulikan keselamatan pelajarnya langsung. Jika betul, bukan sahaja dia tidak layak menjadi seorang guru, malah ia boleh dikira sebagai satu jenayah!
"Seorang guru patut memberi perhatian dalam mendidik anak muridnya. Jika dia mampu mendapat kepercayaan pelajarnya pun, namun tidak mempunyai cukup ilmu untuk mengajar, pelajarnya hanya akan tersesat dan ini akan membawa malapetaka terhadap mereka! Inilah sebab tidak ada seorang pun dalam akademi ini mempercayainya dan sebab tidak ada pelajar ingin berguru di bawahnya! Walaupun keputusannya semester ini lebih baik berbanding dahulu, dia hanya tetap dapat mendapat lima orang pelajar!"
Shang Bin mencelah perbincangan tersebut dengan angkuh sekali.
"Hanya lima pelajar? Nombor itu memang kurang…" Tetua Mo meangangguk kepalanya.
"Sejak bila kisah kuantiti pelajar saya ataupun kebolehan mengajar saya ada kaitan dengan ini? Ini Menara pencerahan Niat, saya dan pelajar saya telah ke sini untuk mengambil Ujian Pencerahan Niat. Kita telah bersetuju terhadap butirannya sebelum ini. Sekarang, saya sudah menang, kamu semua berniat mengingkari janji kamu?" Zhang Xuan berkata.
[Tidak ada faedahnya bercakap tentang ke semua itu, jelas mereka cuba menukar topik selepas jelas kalah dalam ujian tersebut]
"Berani kau! Bagaimana mungkin lesen perguruan seseorang boleh dilucutkan begitu sahaja daripada perjudian ini? Kamu ini mengambil mudah lesen perguruan ke? Semenjak Cikgu Cao Xiong menyertai akademi kita tahun lepas, dia telah bekerja dengan keras. Dia sudah mengajar seorang mencapai Peninju 2-Dan bertaraf sederhana dan ramai anak muda yang menyertai kita telah memilihnya untuk berguru dengannya! Kamu pula bagaimana?Orang pertama mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru dalam beratusan tahun semenjak penubuhan Akademi Hongtian, apa hak kamu merepek sebegini di sini?"
Tetua Shang melambaikan tanggannya lalu berkata, "Baiklah, mari kita menamatkannya begitu sahaja! Kita boleh sambung selepas kamu berjaya memajukan pelajar kamu ke tahap Peninju 2-Dan tahap sederhana serta lebih ramai pelajar ingin berguru di bawah kamu!"
"Tetua Shang…"
Shen Bi Ru mula curiga.
Asalnya, dia tidak ingin masuk campur. Namun, dia tidak menyangka seorang tetua akan menolong cikgu Cao Xiong untuk menipu. Kemarahan mula membara dalam hatinya.
[Mereka patut tidak berjudi jika takut untuk menanggung hukumannya!
Mereka sendiri mencadangkan untuk berjudi sebegini, namun sekarang, kamu cuba menolak tanggungjawab selepas kalah. Kamu ini terlalu tebal muka!]
"Cikgu Shen, atuk saya betul. Tidak kira apa pun, Cao Xiong seorang guru yang dihormati dalam akademi kita. Ia akan menjadi hal jika dia dilucutkan lesennya dan dibuang daripada akademi hanya disebabkan isu remeh ini! Lagipun, untuk memecat seorang yang berkemampuan sebegini merupakan kerugian kepada akademi kita…"
Shang Bin tersenyum dengan lebar.
"Kamu..menyampah sungguh saya dengan kamu!" Muka Shen Bi Ru bertukar menjadi merah. "Seperti dikatakan Zhang Xuan, jika dia kalah, kamu juga akan begitu baik hati?"
"Dia tidak sama. Bagaimana mungkin dia boleh dibandingkan kepada cikgu Cao Xiong? Boleh dia mengajar pelajarnya menjadi Peninju 2-Dan? Boleh dia menarik pelajar ke akademi melalui reputasinya.."
Shang Bin mengejek.
Dong dong dong!
Sebelum sempat dia dapat menghabiskan perkataannya, kedengaran ketukan dari luar dewan.
"Apa halnya?"
Muka tetua Shang berkerut. Ketukan tersebut diikuti dengan cikgu Zhou dan guru bertugas hari ini menolak buka pintu tersebut dan berjalan masuk.
"Tetua Shang, terdapat orang di luar ingin berjumpa dengan kamu. Mereka mendakwa dirinya sebagai… Ketua Suku Wang Hong dan tetua Suku Wang dari Bandar Diraja Tianxuan!"
Guru tersebut berkata.
"Ketua Suku Wang Hong? Cepat jemput dia masuk!"
Selepas mendengar Ketua Suku Wang Hong sendiri datang, Tetua Shang Chen berdiri dengan cepat, matanya berkelip menunjukkan perasaan ingin tahu.
Pergaulan kuasa politik di Bandar Diraja Tianxuan amat sukar difahami. Untuk menjadi antara Empat Suku Terulung dan mengekalkan posisi mereka selepas seratus tahun, kekuatan mereka sepanjang zaman mesti hebat!
Lagipun, kedudukan Ketua Suku Wang Hong tidak kurang bandingnya dengan penolong pengetua sendiri!
Untuk seorang yang begitu berpengaruh datang ke sini untuk menjenguknya bersama dengan tetua keluarganya, ia sesebuah penghormatan besar. Jika orang lain mendapat tahu, ia mesti menjadi sesuatu yang akan menjadi kebanggaan dia.