Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 68 - Memberi Penghormatan Kepada Cikgu Zhang Xuan

Chapter 68 - Memberi Penghormatan Kepada Cikgu Zhang Xuan

"Atuk, saya pernah dengar tentang Ketua Suku Wang Hong. Dia tersenarai sebagai calon menyertai Lembaga Zhongshi dan dia tersenarai sebagai seorang antara sepuluh orang paling berpengaruh dalam seluruh empayar. Tahap pertapaannya telah mencapai Peninju 7-dan puncak, hanya sedikit sebelum melepasi alam Zhongshi! Kenapa orang yang begitu berpengaruh datang menziarahi kamu?"

Mata Shang Bin berkelip dengan keghairahan walaupun dia susah menerima situasi di depannya.

Di Empayar Tianxuan, sesiapa yang mengenali keluarga diraja semestinya akan tahu tentang Empat Suku Terulung juga. Ketua Suku Wang Hong, selaku orang terhebat dalam Suku Wang, telah mencapai Peninju 7-Dan puncak dan namanya sudah dikenali ramai. Biasanya, ia mustahil untuk berjumpa dengan orang ini walaupun mencuba dengan sedaya upaya. Namun, hari ini, dia sendiri datang ke sini untuk menjenguk atuknya. Jika bukan kerana dia melihat dengan matanya sendiri, mesti dia tidak akan percaya!

"Hahaha, Ini mesti kerana Wang Tao!" Tetua Shang Chen ketawa.

"Tuan muda Wang Tao?"

"Ya. Wang Tao anak sulung Ketua Suku Wang Hong dan pada masa hadapan, dia akan mewarisi posisi tersebut dalam Suku Wang. Bukan sahaja saya telah menerimanya sebagai anak murid saya, malah saya berjaya meningkatkan kekuatannya menjadi Peninju 4-Dan alam Pigu. Mungkig, Ketua Suku Wang Hong mengetahui tentang usaha saya dan telah datang ke sini khas untuk mengucapkan terima kasih!" Tetua Shang Chen menyikat janggutnya dengan perasaan gembira yang tidak terhingga.

"Wang Tao…adalah pelajarnya?"

Mendengar perbualan mereka, Zhang Xuan terkejut.

Dia mengetahui abang Wang Ying telah diterima sebagai anak murid seorang tetua. Namun, tidak dalam jangkaannya tetua tersebut ialah dia ini.

"Yea!" Shen Bi Ru mengangguk kepalanya, walaupun mukanya tetap marah.

"Baik kamu menggunakan tenaga kamu untuk berfikir cara mengatasi masalah kamu itu. Tetua Shang Chen jelas sedang berkomplot terhadap kamu, dan sekarang, dia ada suku Wang di belakangnya. Pada masa hadapan, dia mungkin akan menjadi lebih berpengaruh lagi. Jika kamu tinggal di akademi ini, mesti kami ini akan dilanda malapetaka!"

"Benda itu, pada masa hadapan baru cakap!"

Zhang Xuan langsung tidak peduli pun.

Walaupun pihak lawannya seorang tetua, dia bukan seorang yang boleh dibuli dengan senang. Paling banyak, dia hanya perlu mendedahkan kekuatan sebenarnya dan memenangi perlawanan tersebut melalui kekerasan!

Tambahan pula, Perpustakaan Jalan Syurga membenarkannya melihat melalui segala kelemahan mereka, tidak kira betapa hebatnya pihak lawannya, tidak senang untuk mengetahui siapa pemenangnya.

"Kamu…"

Melihat orang ini seakan langsung tidak mempeduli malapetaka yang bakal ditimpanya, Shen Bi Ru hanya mampu menghentak lantai dengan kakinya.

Dia bersusah payah dan sibuk risau tentangnya, namun dia langsung tidak peduli pun. Benci sungguh!

"Mari kita pergi menjemput mereka!"

Dengan gembira, Tetua Shang Chen memimpin Shang Bin dan lain ke pintu akademi.

Lawatan khas daripada seorang ketua suku daripada Empat Suku Terulung, jika mereka perlu berjalan ke luar akademi untuk menjemput mereka sekalipun tiada masalah, apatah lagi pintu depan.

Jika dia mampu menjalin hubungan dengan suku mereka, kemungkinan besar ia akan dapat menjadi calon untuk penolong pengetua pada tahun depan!

"Tetua Shang!"

Sebelum sempat mereka sampai ke pintu depan akademi, sekumpulan tujuh orang berjalan ke arah mereka dengan langkah besar. Orang yang memimpin mereka seorang lelaki dalam pertengahan tahun. Suaranya kedengaran selaku seorang pemimpin terulung memberi arahan. Ia jelas melalui cara dia membawa dirinya, dia telah menyandang jawatan itu untuk jangka masa panjang.

Ketua suku Wang, Wang Hong!

Terdapat beberapa orang tetua berjalan di belakangnya, setiap satu daripada mereka mempamerkan kekuatan sekurang-kurangnya pada tahap alam Pixue. Tanpa perlu teragak-agak, jelas mereka semua tetua suku Wang.

Paling belakang sekali, terdapat dua orang anak muda. Seorang merupakan Wang Tao manakala seorang lagi cucu tetua kedua, Wang Yan, baru sahaja masuk ke akademi ini tahun lepas. Dia telah mendapat tempat untuk berguru di bawah cikgu Lu Xun. Oleh kerana kemampuannya, dia pelajar kesayangan cikgu Lu Xun.

"Saya terharu mendapat lawatan daripada Ketua Suku Wang tersendiri. Jika ada sebarang hal, kamu boleh menghantar surat sahaja kepada saya. Untuk datang ke akademi ini sendiri, saya… saya amat terharu!" Tetua Shang Chen berkata dengan cepat.

"Tidak perlu begitu beradab. Sebenarnya, saya memerlukan pertolongan anda…" Ketua Suku Wang membalas dengan senyuman.

"Ketua Suku Wang, cakap sahaja!" Tetua Shang Chen membalas.

Jika dia berjasa kepadanya, mesti dia akan berjaya mendapat pertolongan mereka pada masa hadapan…

"Saya pasti tetua Shang telah dengar tentang anak perempuan saya, Wang Ying. Saya dengar dia telah memperakui seorang guru bernama Zhang Xuan…" Ketua Suku Wang Hong berkata dengan perlahan.

"Zhang Xuan? Adakah Ketua Suku Wang ke sini untuk mencari masalah dengannya?"

Mata Shang Bin mula berkelip. Dia hampir melompat kegembiraan apabila mendengar perkataan tersebut.

Kali terakhir dia berjumpa dengan tuan muda Wang Tao ialah di luar kelas Zhang Xuan, dia sudah tahu Wang Ying ditipu oleh Zhang Xuan untuk menjadi pelajarnya. Oleh itu, ia dalam jangkaannya suku Wang tidak akan membiarkan sahaja perkara ini berterusan. Namun, dia tidak sangka mereka akan bergerak dengan begitu pantas, sehingga ketua suku mereka datang sendiri untuk menguruskan masalah tersebut!

Sambil mencengkam penumbuknya, Shang Bin tergelak terbahak-bahak dalam mindanya.

[Jadi apa jika kamu menang Ujian Pencerahan Niat? Ini suku Wang, satu daripada Empat Suku Terulung Bandar Diraja Tian Xuan! Tambahan pula kamu ini selaku guru tersampah di seluruh akademi, jika seorang mempunyai reputasi seperti Wang Chao menyindir mereka pun, sudah tentu dia akan ditimpa malang, apatah lagi kamu dengan reputasi sampah kamu tu!]

Memandangkan Shang Bin dapat terfikir tentang kemungkinan tersebut, tidak hairan Cao Xiong juga perasan perkara sama. Badannya mula mengeletar dengan penuh teruja seakan sawan.

"Diam! Ini bukan tempat kamu bercakap!" Mendengar cucunya mencelah perkataan Ketua Suku Wang, dengan segera tetua Shang Chen memarahinya.

Walaupun dia ketua Biro Pengajaran, terlalu banyak kerja yang memerlukan perhatiannya. Oleh itu, dia hanya tahu Zhang Xuan telah mendapat lima orang pelajar tanpa mengetahui siapa kelima-lima orang pelajar tersebut.

Oleh itu, dia tidak tahu Wang Ying anak muridnya.

"Jangan risau tentang…." Ketua Suku Wang Hong melambaikan tangannya untuk menunjukkan dia tidak kisah tentang gangguan Shang Bin tadi. Namun, sebelum sempat dia habis perkataannya, Wang Tao melangkah ke hadapan dan menjerit, "Ayah!"

"Kenapa?" Ketua Suku Wang Hong berkedut.

"Orang itu cikgu Zhang Xuan!"

Wang Tao menuding terus pada Zhang Xuan.

Selepas berjalan masuk dewan Menara Pencerahan Niat, dia mengecam kehadiran Zhang Xuan.

"Dia cikgu Zhang Xuan?"

Sambil melihat terus pada Zhang Xuan, bulu kening Ketua Suku Wang Hong terangkat.

"Ya, orang itu Zhang Xuan!"

Dia tidak sangka cikgu Zhang akan begitu berani untuk menipu Wang Ying. Sesuatu terpancar pada mata tetua Shang Chen sambil dia memperkenalkan Zhang Xuan kepada ketua suku.

"Hehe! Kali ini, dia ini bakal ditimpa malang. Ketua Suku Wang tidak terburu-buru dalam membunuh lawannya. Dia tidak begitu patuh pada peraturan seperti guru.."

"Padan muka dia untuk berani menipu anak kesayangan Ketua Suku Wang. Dia ini terlalu berani.."

Melihat Ketua Suku Wang Hong menukar perhatiannya penuh pada Zhang Xuan saat dia berjalan masuk ke dewan, Shang Bin dan Cao Xiong tergelak terbahak-bahak atas malang yang bakal menimpa Zhang Xuan.

[Setiap satu ketua suku, lebih-lebih lagi seorang ketua Suku daripada Empat Suku terulung, yang tidak kejam?

[Selaku guru tersampah di akademi, dia ini mesti mencari maut untuk menipu anak perempuan mereka!]

Sejurus sahaja mereka ingat Zhang Xuan akan bertemu ajalnya kali ini, sesuatu yang tidak dijangkakan berlaku.

Mereka hanya nampak Ketua Suku Wang Hong mengambil dua langkah ke hadapan untuk berdiri di depan Zhang Xuan. Dia tidak semarah yang mewreka sangkakan, dia juga tidak menyerangnya seperti jangkaan mereka. Malah… dengan muka teruja, dia tunduk dengan hormat lalu berkata, "Wang Hong memberi penghormatan kepada cikgu Zhang Xuan!"

Kelakuannya seakan dia sedang memberi penghormatan kepada seorang ketua terulung, takut yang perkataannya mungkin memurkakan orang tersebut.

"Haram jadah!"

"Mesti saya sedang bermimpi! Ini… bagaimana mungkin?"

Shang Bin dan Cao Xiong menggeletar seakan sawan, kedua-dua mereka hampir pitam di situ juga.

[Apa sedang berlaku?

Ini bukannya sesuatu yang patut terjadi. Bukan Ketua Suku Wang Hong patut menjerit pada Zhang Xuan sejurus sahaja melihatnya, lalu membelasahnya sehingga menjadi inti pati sahaja?

Kenapa pula dia tiba-tiba tunduk dan memberi penghormatan…]

Walaupun ia cuma adab, atuknya sendiri, tetua Shang Chen, tidak pernah dapat penghormatan yang sebegini daripada mereka.

Apa haknya untuk orang yang mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru untuk mendapat penghormatan sebegitu?

"Bertenang, Ketua Suku Wang Hong. Marah itu hanya menjejaskan hati kita. Tidak berbaloi pun untuk kamu membelasah guru tersampah di akademi...un? Batuk batuk.."

Asalnya, tetua Shang Chen ingin memainkan peranan orang baik dengan memujuknya tidak belasah Zhang Xuan dengan teruk. Namun, tiba-tiba di tengah perkataannya, dia nampak Ketua Suku Wang tunduk dan memberi hormat pada Zhang Xuan pula. Pada saat ini, dia berasa seakan dia telah menelan bangkai tikus. Senyumannya tadi terkebas pada mukanya dan dia hampir tercekik daripada air liurnya.

[Bukan kamu berkata Zhang Xuan telah menipu Wang Ying untuk menjadi pelajarnya?

Bukan kamu berkata Ketua Suku Wang Hong datang ke sini untuk mencari pasal dengannya?

Boleh seseorang memberitahu saya apa sedang berlaku ini?]