"Ketua Suku Wang, kamu.."
Kali ini, bukan sahaja hadirin dan hadiran terkejut, malah Zhang Xuan sendiri terkejut daripada tindakan Ketua Suku Wang.
Walaupun dia guru Wang Ying, tidak ada sebab untuknya berjalan jauh hanya untuk bertemu dengannya.
"Kamu telah mengubati kaki anak perempuan saya serta memberinya pengajaran yang cukup mendalam. Ia hanya betul untuk saya sendiri datang ke sini dan menunjukkan penghormatan saya terhadap kamu!" Ketua Suku Wang mengangguk kepalanya.
Isu berkaitan tentang kaki Wang Ying sebelum ini sentiasa menjadi beban dalam hatinya. Bukan sahaja guru ini mengubatinya, malah dia meningkatkan kekuatannya. Keupayaannya setaraf dengan seorang Guru Sarjana!
Di depan seorang Guru Sarjana, identitinya sebagai seorang Ketua Suku Wang seakan abu di depan gunung. Langsung tiada tandingannya!
"Dia anak murid saya, ia tanggungjawab saya untuk mengajarnya dengan baik. Tidak perlu kamu berterima kasih!" Zhang Xuan mengangguk kepalanya.
Tanggungjawab seorang guru ialah untuk memberi ilmu, mengajar teknik tinju serta menjelaskan sebarang kesangsian.
Dalam hidupnya lepas, walaupun dia seorang Perpustakawan di Sekolah Mendengah, dia tetap seorang guru di fakulti tersebut. Oleh itu, dia amat menghormati dan mencintai pekerjaan tersebut.
Memandangkan Wang Ying pelajarnya, tidak ada sebab untuknya berasa bangga menyelesaikan masalah anak muridnya supaya dapat bertapa dengan lebih baik.
Selepas melihat ketenangannya, hadirin dan hadiran sekali lagi seakan ingin naik gila. Ini Ketua Suku Wang! Ia seperti seorang pengemis berjumpa dengan seorang jutawan! Bagaimana mungkin dia begitu tenang, tidak cemas langsung?
"Ini tanggungjawab saya. Bagus, bagus!"
Melihat kejadian tersebut, Tetua Mo menyikat janggutnya sambil mengangguk kepalanya dalam persetujuan.
Dalam pertukaran zaman ke zaman, ramai nilai murni pekerjaan ini telah hilang di telan zaman. Dengan niat bekerja demi kekayaan dan nama, ramai guru telah hilang matlamat utama mereka selaku seorang guru. Ia amat melegakan untuk melihat cikgu Zhang Xuan ini tetap telus kepada matlamat asal seorang guru.
"Dengan keperibadian sebegini, tahap kepercayaan Liu Yang yang tinggi terhadapnya, malah penghargaan dan penghormatan daripada Ketua Suku Wang sendiri, adakah mungkin tetua Shang Chen mungkin tersilap?"
Pada saat ini, tetua Mo mula meragui tuduhan asal terhadap Zhang Xuan.
Sebelum dia datang, dia telah mendengar pelbagai khabar angin tentang cikgu Zhang Xuan daripada Shang Chen, ini telah membuatkannya betul-betul ingat dia seorang sampah masyarakat, hanya mampu menipu, memperdaya dan mencederakan semua orang di sekelilingnya. Namun, daripada apa telah berlaku, langsung tidak tepat apa didengarinya dengan apa dilihatnya!
Namun, dia tetap menyimpan keraguannya kepada diri sendiri dan hanya sambung melihat situasi tersebut.
"Ketua Suku Wang, dipersilakan masuk!"
Selaku seorang tetua, tidak hairan Shang Chen pulih daripada terkejut dengan cepat lalu menjemput kumpulan Suku Wang untuk duduk di tempat mereka.
"Ketua Suku Wang Hong!" Tetua Mo memberi tabik hormat.
"Oh, tetua Mo Xiang daripada Persatuan Guru. Tidak tersangka terjumpa kamu di sini pula pada hari ini?" Selepas perasan Tetua Mo, Wang Hong berdiri dengan segera.
Persatuan Guru telah menjadi persatuan terulung dengan mengalahkan Persatuan Doktor, Persatuan Pakar Formasi dan ramai lagi. Walaupun tahap pertapaan tetua dalam persatuan tersebut tidak setandingnya, ia tetap bukan sesebuah persatuan yang boleh dengan senang wenang Suku Wang mencari pasal.
"Terdapat hal kamu perlu saya uruskan!" Tetua Mo membalas. Selepas itu, dengan muka curiga, dia tertanya, "Walaupun puan muda Wang Ying telah memperakui Zhang Xuan selaku gurunya, tidak patut ada sebab untuk kamu dengan sendiri datang ke sini untuk menziarahnya!"
Tahu tak siapa orang ini? Dia ini ketua sesebuah suku daripada Empat Suku Terulung, tambahan pula merupakan seorang pakar yang mempunyai kuasa yang tiada bandingan!
Walaupun anak perempuannya memperakui Zhang Xuan selaku gurunya, dan Zhang Xuan telah mengubati kecacatan kaki yang telah membelenggui anak perempuannya untuk masa panjang, situasi tersebut masih tidak memberi sebab munasabah untuknya datang dengan sendiri.
"Nampaknya tetua Mo ini masih tajam lagi! Memang, saya ada sesuatu yang memerlukan pertolongan Tetua Shang Chen!" Ketua Suku Wang Hong mengangguk kepalanya sambil tersenyum.
"Oh? Pertolongan saya? Ketua Suku Wang terlalu beradab. Jangan malu, tanya sahaja apa yang diperlukan kamu! Selagi saya dapat melaksanakannya, saya akan cuba dengan sedaya upaya untuk kamu!" Mendengar Ketua Suku Wang ada permintaan untuknya, keyakinan tetua Shang Chen meningkat semula. Dia melihat Zhang Xuan dengan gembira sambil menyikat janggutnya.
[Kamu hanya secara kebetulan mengubati kecacatan Wang Ying, oleh itu ia mendorong Ketua Suku Wang untuk bercakap dengan kamu. Namun, jika kita melihat situasi ini dengan baik, tidak kira identiti ataupun kemampuan mendidik orang, kamu jauh kekurangan berbanding saya!
Lihat, Ketua Suku Wang ingin meminta pertolongan saya…]
"Sebenarnya begini. Anak saya telah berada bawah pengajaran dan penjagaan tetua Shang dalam beberapa hari ini. Saya meminta maaf kerana tidak datang berjumpa dengan kamu secara sendiri untuk menunjukkan rasa terima kasih saya terhadap kamu!" Dengan sesebuah isyarat tangan daripada Ketua Suku Wang, seorang tetua berjalan ke hadapan dan memberikannya sesuatu. "Anggap ini penghargaan saya terhadap usaha kamu kepada anak sulung saya!"
"Ketua Suku Wang, tidak perlunya begini. Mengajar generasi muda merupakan tugas seorang guru, saya tidak berani menerima hadiah kamu!"
Tetua Shang Chen dengan cepat menolaknya.
Memandangkan Tetua Mo daripada Persatuan Guru berada di sini, jika dia mahu menerima hadiah itu pun, dia tidak akan berani berbuat demikian!
"Keperibadian tetua Shang patut dipuji!" Selepas melihatnya menolak hadiah tersebut, Ketua Suku Wang memberi isyarat tangan untuk membiarkan sahaja hal itu berlalu. Selepas itu, dia meragui untuk seketika sebelum sambung, "Sebenarnya, terdapat sesuatu saya mahu bincang dengan tetua Shang hari ini. Baru-baru ini, anak saya telah berdepan dengan masalah berkait dengan pertapaannya. Dia perasan didikan tetua tidak sesuai untuknya. Oleh itu… boleh kamu izinkan dia menarik diri daripada perguruan kamu?"
"Menarik diri daripada perguruan saya?"
Selepas mendengar perkataan ini, kegembiraannya yang tersembunyi daripada muka tenang muka tetua Shang Chen hilang dan dia hampir jatuh daripda kejutan.
[Menarik diri daripada perguruan saya?
Kenapa pula kamu tiba-tiba ingin menarik diri daripada perguruan saya?]
Seorang anak murid menarik diri daripada perguruan seseorang seakan menamparnya tepat pada mukanya. Ini kerana ia menunjukkan kebolehan guru untuk mengajar serba kekurangan. Asalnya, dia ingat Ketua Suku Wang di sini untuk memberinya tugasan, oleh itu dia berasa teruja tentangnya. Sebaliknya, jika berita tentang ini dibocorkan keluar, dia mungkin akan hilang posisinya selaku ketua Biro Pendidikan!
Tidak hairan jika dia mati sekarang dan di sini juga kerana penghinaan ini!
"Memang! Saya harap tetua dapat memenuhi permintaan saya ini!" Ketua Suku Wang Hong berkata.
"Ini…." Muka tetua Shang Chen berasa panas dengan perasaan malu, seakan seseorang baru menamparnya. Jika dia berasa seakan ingin mengamuk, tetapi pada masa sama, dia tidak berani untuk berbuat demikian. Selepas meragui untuk beberapa ketika, dia berpura-pura senyum dan berkata, "Ketua Suku Wang, jangan risau tentangnya. Memandangkan anak kamu sudah membuat keputusan, saya akan benarkan sahaja!"
Selepas itu, dia mengambil jed identiti daripada Wang Tao dan menitis darahnya ke atas jed tersebut.
Weng!
Pelan kelasnya telah dipadamkan daripada jed tersebut.
"Ribuan terima kasih tetua Shang!" Ketua Suku Wang Hong mengangguk kepalanya dengan puas lalu menghulurkan jed tersebut kepada Wang Tao.
"Tidak perlunya berkata sedemikian. Hubungan seorang guru dan anak muridnya perlu setaraf. Jika dia tidak dapat mengikuti pengajaran saya, ia tidak menjadi masalah untuknya menarik diri daripada perguruan saya. Cuma, boleh saya tahu guru mana Wang Tao ingin berguru di bawah selepas menarik diri daripada perguruan saya?"
Walaupun hatinya sakit seakan ditikam, tetua Shang Chen masih mampu tersenyum kambing.
Wang Tao merupakan seorang pelajar yang amat terkenal di bawah perguruannya. Dia seorang yang menakjubkan yang mampu mendapat keputusan sepuluh teratas untuk setiap peperiksaan setiap tahun!
Untuk orang sebegini menarik diri daripada perguruannya….. Cuma berfikir tentangnya pun membuatnya berasa seakan ingin cabut semua rambut daripada kepalanya.
Pada masa sama, dia juga bingung. Memandang Ketua Suku Wang Hong sendiri ingin anaknya menarik diri, siapa yang mungkin dia telah memperakui?
Dia seorang tetua dan juga ketua Biro Pendidikan. Dia mungkin bukan guru terhebat dalam seluruh akademi ini, namun dia tetap seorang guru bintang. Terdapat ramai orang yang akan merebut peluang berguru di bawahnya!
Dia tidak terfikir sesiapa pun yang boleh membuat Ketua Suku Wang datang sendiri untuk meminta kebenaran menarik diri daripada perguruannya dan bertukar ke bawah mereka.
"Oh, saya sudah tahu siapa!"
Ketua Suku Wang berdiri dan berjalan ke arah Zhang Xuan. Dengan penuh rasa hormat, dia bertanya, "Cikgu Zhang, sudi kamu menerima anak saya, Wang Tao, ke bawah perguruan kamu? Boleh kamu menerimanya menjadi anak murid kamu?"
"Apa?"
"Ini…"
"Ini tidak patut berlaku? Untuk menarik diri daripada kelas tetua Shang Chen dan menjadi anak murid Zhang Xuan?"
Melihat telatahnya dan mendengar perkataannya, semua orang di Menara Pencerahan Niat terdiam. Mereka semua seakan sudah naik gila.
Terutamanya tetua Shang Chen, dia hampir muntah darah dan ingin mati di situ juga.
[Ketua Suku Wang Hong ini mesti bergurau!
Untuk menarik diri daripada kelas saya untuk berguru di bawah seorang yang mendapat kosong markah dalam peperiksaan kelayakan Guru?]
Shang Bin dan Cao Xiong bingung.
Seorang yang diiktirafkan sebagai sampah masyarakat oleh mereka telah buat Ketua Suku Wang sendiri datang untuk meminta kebenaran menarik diri daripada perguruan seorang tetua dan meletakkannya di bawah sampah tersebut. [ya tuhan yang maha esa dan bumi yang luas, perlukah kamu begitu tidak munasabah….]
Namun, sebelum sempat hadirin dan hadiran sembuh daripada kejutan mereka, mereka terdengar sesebuah suara bergema melangkaui bilik tersebut.
"Saya minta maaf tetapi saya menolak!"
Gudong!
Semua orang terus jatuh ke lantai.