Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 63 - Tetua Mo Xiang

Chapter 63 - Tetua Mo Xiang

Dalam Menara Pencerahan Niat yang agung.

"Tetua Mo, saya akan bergantung pada kamu kali ini!" Tetua Shang Chen melihat kepada seorang tetua yang duduk di sebelahnya.

Seorang tetua daripada Persatuan Guru, Tetua Mo Xiang!

"Tetua Shang, tidak perlu begitu bersopan dengan saya. Kita kan kawan lama!"

Usia Tetua Mo Xiang sudah mencapai lima puluh tahun dan ia jelas dengan janggut kelabunya. "Jangan risau, jika guru ini betul-betul memaksa pelajar tersebut dan pelajar lain untuk berguru di bawahnya, saya akan melaporkannya kepada pihak atasan persatuan untuk melucutkan lesen perguruannya!"

"Haih, ini kecuaian dari pihak saya!" Tetua Shang Chen menggeleng kepalanya. Dengan muka sedih, dia merungut, "Apabila guru ini mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru, saya telah memberi dia sesebuah ultimatum. Jika dia tidak dapat mendapat pelajar untuk berguru di bawahnya, dia akan dipecat dengan serta merta… Mungkin kerana tekanan untuk mendapatkan pelajar, dia terpaksa menggunakan jalan keji seperti ini… Ini semua salah saya!"

Dia mengeluh.

"Tetua Shang, kamu tidak patut menyalahkan diri sendiri. Atas niat baik hati kamu, kamu telah memberinya satu lagi peluang. Namun, orang ini langsung tidak menghargainya langsung, malah memilih untuk berbuat perkara keji sebegini. Dia memang tidak tahu malu dan keji sungguh!" Tetua Mo marah perkara ini berlaku. "Selaku seorang guru, dia sepatutnya berfikir bagaimana untuk mendidik pelajarnya dengan lebih baik, namun dia pula menghabiskan masanya membuat perkara keji sebegini. Saya ingin melihat apa yang memberi dia keberanian sebegini untuk berbuat perkara keji ini!"

Tetua Mo Xiang terkenal untuk kebenciannya kepada penjahat dan orang yang menggunakan kaedah keji. Selepas mendengar tentang seorang guru memaksa pelajar untuk berguru di bawahnya, dia hampir meletup dengan kemarahan.

"Jika bukan kerana keberanian cikgu Cao Xiong untuk melaporkan insiden di mana pelajarnya dipaksa oleh guru lain untuk bertukar perguruan, sehingga sanggup mendaftar untuk Ujian Pencerahan Niat untuk menyelesaikan masalah ini, saya tidak akan tahu tentang guru sampah ini!"

Dengan kedua-dua tangan dia di belakang, tetua Shang Chen mengangguk kepalanya tanda bersetuju. Dia sedang berfikir sambil matanya melihat langit, seakan dia sendiri telah berdosa.. Jika Zhang Xuan di sini, dia mesti terkejut. Kebolehan orang ini untuk berlakon jauh hebat berbandingnya.

"Walaupun Ujian Pencerahan Niat akan menghancurkan hubungan silaturahim antara guru, ia tetap berbaloi untuk mengenal pasti dan membuang sampah di kalangan mereka. Jangan salahkan diri sendiri!" Melihat air mukanya, tetua Mo berasa kagum kepada kawannya.

Kadang-kala, seorang pelajar yang menarik minat beberapa orang guru akan muncul dalam akademi. Pada masa itu, mereka semua akan cuba menyelesaikan masalah secara diam-diam dahulu. Dengan ini, hubungan antara rakan sekerja tidak akan terjejas. Hanya apabila masalah ini tidak dapat diselesaikan secara diam-diam ataupun aman, baru mereka akan mendaftar untuk Ujian Pencerahan Niat.

Ujian Pencerahan Niat, seperti namanya merujuk kepada ujian untuk mengetahui isi hati seorang pelajar. Ia membenarkan seseorang membuat pilihan berasaskan niat sebenarnya. Namun, ini juga bermaksud hubungan antara guru tersebut akan menjadi tegang, oleh itu, merosakkan keharmonian antara guru.

Inilah sebabnya dalam beratus tahun semenjak penubuhan Akademi Hongtian, hanya terdapat beberapa kali Ujian ini dijalankan. Mereka tidak menjangkakan akan berjumpa dengan situasi dimana ujian ini dijalankan dalam hidup mereka.

Selepas habis berlakon sibuk berfikir, Tetua Shang tidak dapat menahan rasa gembiranya kerana berjaya memarakkan kemarahan Tetua Mo kepada Zhang Xuan. Dia memberi isyarat dan memberi arahan, "Benarkan mereka masuk!"

Jiyaaa!

Dengan segera selepas dia memberi arahan, pintu yang berat dibuka dengan perlahan, diikuti oleh Zhang Xuan, Cao Xiong, Shang Bin, Shen Bi Ru dan Liu Yang melangkah masuk kawasan ujian.

"Cikgu Cao Xiong, adakah kamu mendaftar untuk Ujian Pencerahan Niat?"

Sejurus sahaja mereka memasuki kawasan ujian, tetua Shang bertanya sambil meninggi bulu keningnya.

"Saya merayu kepada tetua untuk menyelesaikan keluhan saya ini!" Cao Xiong berteriak dengan kuat. "Zhang Xuan ini telah memaksa pelajar saya, Liu Yang, yang telah memperakui saya sebagai gurunya, dengan itu melanggar adab dan etika pencarian pelajar antara guru. Oleh itu, saya khas mendaftar untuk Ujian Pencerahan Niat supaya dapat memberi keadilan untuk Liu Yang. Pada masa sama, saya harap akademi akan menghukum orang yang tidak tahu malu ini!"

"Membawa keadilan?"

Liu Yang asalnya tidak mengetahui apa sedang berlaku dan hanya mengikuti mereka kerana disuruh Zhang Xuan. Selepas mendengar tuduhan cikgu Cao Xiong, dia akhirnya menyedari cikgu Cao Xiong berniat untuk menggunakannya membalas dendam terhadap Zhang Xuan. Oleh itu, dengan segera dia berpaling melihat Zhang Xuan, "Cikgu…"

Sebelum sempat dia menghabiskan perkataannya, dia jelas nampak Zhang Xuan mula cemas, mukanya yang selama ini tenang dan kelihatan berkuasa, sekarang cemas seakan ketakutan sesuatu. Sambil menggeletar, dia berkata, "Cikgu Cao Xiong, karut apa kamu sedang cakap… Liu Yang ini… dia sendiri dengan rela menjadi anak murid saya! Saya… saya… tidak pernah memaksanya!"

Suaranya penuh dengan ketidakyakinan dan kecemasan seakan penipuannya telah terdedah.

"Errr?"

Liu Yang mengelip matanya melihat situasi di depanya.

Selepas melalui dua kelas dengannya, dia telah terpukau dengan kehebatan Zhang Xuan, sehingga berfikir dia sangat agung. Dia berasa keputusannya untuk menjadi pelajar Zhang Xuan boleh dijelaskan dengan senang atas sebab pertandingan adil. Bagaimana pula situasi ini terjadi?

Mata Zhang Xuan dipenuhi ketakutan sambil badannya menggeletar. Seakan dia telah ditangkap basah oleh isterinya apabila sedang menodai kekasihnya. Liu Yang tidak memahami apa sedang berlaku… apa mungkin difikirkan oleh Zhang Xuan sehingga dia berkelakuan sedemikian?

"Cikgu…" Liu Yang berpaling melihat Zhang Xuan, tetapi sebelum sempat dia habis, Zhang Xuan telah mencelah "Liu Yang, baik kamu menjelaskan dengan betul-betul. Saya memaksa kamu tak?"

Sambil dia berkata perkataan tersebut, dia curi-curi mengelip satu matanya.

"Ah… Tidak, tidak!" Liu Yang dengan segera menggeleng kepalanya.

Tidak kira betapa bodohnya pun, ia jelas kepada dia cikgu Zhang sedang cuba menipu mereka yang lain!

Ia akan berjaya selagi dia bekerjasama dengannya.

Walaupun mereka berdua menyedari apa yang sedang berlaku, kepada khalayak ramai, ia seakan Zhang Xuan sedang mengancam Liu Yang untuk mengatakan sesuatu yang tidak diingininya. Jika tidak, kenapa pula Liu Yang akan begitu ragu-ragu dalam jawapannya?

Seperti jangkaannya, selepas melihat kejadian tersebut, kemarahan jelas terpapar pada muka tetua Mo.

"Kamu ini mesti Zhang Xuan! Saya akan memberikan kamu satu lagi peluang. Selagi kamu membatalkan perguruan kamu dengan si Liu Yang ini dan membenarkannya berguru di bawah cikgu Cao sekali lagi, saya boleh lagi memilih untuk tidak meneruskan dengan Ujian Pencerahan Niat!"

"Membatalkan kelas?" Zhang Xuan menggaru kepalanya. "Liu Yang telah memperakui saya sebagai gurunya atas niatnya tersendiri. Bagaimana mungkin ia adil untuk saya menghalaunya sebegini…"

"Tidak adil? Niat sendiri?"

Tepi mulut tetua Mo terangkat.

[Kamu tidak malu ke bercakap sedemikian?

Kamu guru yang mendapat kosong markah dalam Peperiksaan kelayakan Guru. Dia mesti akan gembira dengan melampau dapat membatalkan kelas dengan kamu, namun kamu berani bercakap tentang tidak adil…

Dari mana keyakinan kamu datang?]

Sebelum sempat dia dapat sambung, dia dengar Cao Xiong dan Shang Bin berteriak dengan serentak, "Tetua Mo, ini tidak cukup!"

"Kenapa?"

Ujian Pencerahan Niat merupakan sesuatu yang amat menyusahkan. Semenjak saat ia dimulakan, seseorang mesti dihukum. Jika tidak, orang lain akan dengan senang wenang mendaftar untuk ujian ini dan akademi tidak akan mampu menampung perbelanjaan ini!

Asalnya, tetua Mo berniat untuk menyelesaikan masalah ini dengan damai. Namun, selepas mendengar bantahan kedua orang ini, dia berpaling dan melihat mereka.

"Tetua Mo, cikgu Cao telah mendaftar untuk Ujian Pencerahan Niat dan akademi telah bersetuju untuk melakukannya. Jika kita menyelesaikan dengan cara begini, bukan ia bermaksud… peraturan akademi boleh dipandang rendah oleh sesiapapun?" Shang Bin menyambung bantahannya.

Apa jenis lawak bodoh ini!

Ia tidak senang untuk mereka mengatur situasi untuk membalas dendam terhadap Zhang Xuan. Jika ia diselesaikan dengan damai, bukankah ia akan bermaksud usaha mereka akan sia-sia sahaja?

Jika begitu, penghinaan yang disimpannya semalam hanya sekadar sia-sia?

"Betul juga, tetua Mo. Saya juga berfikir untuk kebaikan pelajar. Saya harap dia boleh mengikut hatinya untuk memilih guru yang disukainya daripada seorang yang memaksanya!" Cao Xiong dengan cepat mencelah. Perkataannya penuh dengan emosi dan seakan seorang yang telah dipersalahkan. Jika bukan kerana lebam berbentuk tapak tangan yang diterimanya melalui tamparan Shang Bin semalam, mesti dia sudah menyentuh hati semua hadirin dan hadiran sekalian.

"Jika begitu, baiklah!" Selepas mendengar bantahan kedua-dua orang tersebut, Tetua Mo mengangguk kepalanya, dia tidak lagi membuang masa.

"Memandang kamu telah memilih Ujian Pencerahan Niat, saya akan bermula dengan menyenaraikan peraturan dengan jelas dahulu. Selepas ujian ini siap, sesiapa yang dipilih Liu Yang sebagai gurunya akan menjadi pemenang ujian ini. Sesiapa yang kalah akan dihukum. Oleh itu, benarkan saya menjelaskan hukumannya terdahulu!"

Tetua Mo berhenti seketika untuk melihat persekitarannya sebelum menyambung, "Kali ini, cikgu Cao Xiong telah memilih hukuman yang paling berat, iaitu, selepas habis ujian ini, pihak kalah akan dibuang dari akademi! Zhang Xuan, adakah kamu mempunyai sebarang bantahan?"

Selepas mendengar mereka telah memilih hukuman terberat, Zhang Xuan melihatnya dengan seakan tidak percaya. Dengan muka tidak berdosa, dia berkata, "Tidak ada dendam yang mendalam antara saya dan cikgu Cao, untuknya dibuang daripada akademi… bukankah ini sedikit keterlaluan?"

"Err?"

Selepas mendengar ulasannya, Tetua Shang dan yang lain terpaku di situ. Mereka menjeling Zhang Xuan seakan mereka melihat seorang bebal. Mesti ada sesuatu bermasalah dengan otak orang ini… kamu yang akan dibuang dari akademi faham tak?

"Hmph, tanpa menghiraukan pendapat kamu, kamu perlu bersetuju untuk mengambil Ujian Pencerahan Niat! Sudah terlalu lambat untuk menukar fikiran sekarang!"

Cao Xiong hanya mengejek Zhang Xuang kerana ingat dia sedang merepek.

"Saya betul betul berfikir tentang kamu… saya fikir membuang kamu dari akademi terlalu kejam. Bagaimana jika begini!" Zhang Xuan beragu-ragu untuk seketika sebelum menyambung, " Bagaimana jika kita… membuang bahagian dibuang daripada akademi. Sebaliknya, pihak kalah hanya akan dilucutkan lesen perguruannya dan kemudian… Mungkin tambah seratus Rotan Pemusnah Dewa!"

"Melucutkan lesen perguruan? Seratus Rotan Pemusnah Dewa?"

Hadirin hadiran menyelip matanya dengan serentak sambil menukar pandangan antara satu sama lain. Mereka semua berasa seakan sudah ingin naik gila.

Walaupun nampaknya seakan pihak kalah akan dapat menyimpan posisinya selaku seorang guru dan tidak kehilangan pekerjaannya, sebenarnya, ini lebih teruk daripada dibuang dari akademi.

Adakah kamu pasti kamu tidak tersalah cakap?