Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 64 - Tahap Kepercayaan

Chapter 64 - Tahap Kepercayaan

Jika seorang dibuang dari akademi, sekurang-kurangnya dia masih akan dapat menjadi seorang guru di tempat lain. Jika bukan Akademi Hongtian, masih ada akademi lain untuknya mengajar!

Sebaliknya, jika lesen perguruan dilucutkan, ia bermaksud kehilangan identitiy orang tersebut. Tidak kira ke mana dia pergi selepas itu, rekod mereka akan dengan selamanya dicemarkan dan dia akan dicaci oleh orang ramai!

Inilah sebab utama kenapa tetua Shang Chen membawa tetua Mo daripada Persatuan Guru ke sini asalnya. Walaupun dia ketua Biro Pendidikan Akademi Hongtian, dia tidak mempunyai kelayakan untuk melucutkan lesen perguruan seseorang. Cuma, dia tidak menjangkakan…. Sebelum sempat dia mencadangkan ini kepada tetua Mo, Zhang Xuan sendiri telah mencadangkannya!

Tambahan pula, untuk menambahkan seratus Rotan Pemusnah Dewan dalam senarai hukuman tersebut….

Rotan Pemusnah Dewa merupakan objek khas ciptaan Empayar Tianxuan. Daging seseorang akan terkoyak dengan begitu sahaja dan dia akan merasai kesakitan melampau selepas dipukulnya. Namun, ia tidak akan mencederakan jasadnya. Tidak kira betapa kuatnya orang itu, dia mesti sudah akan separuh mati apabila menerima seratus sebatan Rotan Pemusnah Dewa.

[Adakah kamu tidak sedar hukuman sekarang cukup memadai ataupun kamu ini sekadar ada niat untuk mati dengan cepat?]

Semua orang menjeling Zhang Xuan seakan seorang bebal.

"Cikgu Zhang Xuan, kamu ini…"

Di belakangnya, cikgu Shen Bi Ru hanya mampu menahan dirinya daripada pengsan.

[Adakah kamu betul betul tidak tahu ini perangkap Shang Bin dan Cao Xiong cipta khas untuk kamu? Mereka dengan sengaja menbuat kamu melompat masuk ke dalam perangkapnya. Asalnya, dibuang dari akademi sudah cukup teruk. Namun, bukan sahaja kamu tidak cuma merendahkan hukuman tersebut, kamu memberatkan lagi hukuman itu. Kamu ini mesti sudah naik gila…]

"Jangan salahkan sesiapa nanti memandangkan kamu sendiri mencari maut!" Cao Xiong mengejek sekali lagi sambil melihat Shang Chen yang berdiri di tengah-tengah orang ramai. "Tetua Shang, saya setuju dengan cadangan Zhang Xuan. Saya harap akademi boleh setuju dengan permintaan kami."

Apabila melihat betapa relanya cadangan Zhang Xuan diterima, tapak tangan Liu Yang berterbangan ke dahinya. Dia hanya mampu melihat cikgu Cao Xiong dengan mata penuh kasihan.

[Cikgu Zhang Xuan sungguh kejam!

Dia berpura-pura bersalah untuk membuat pihak lawannya berasa lebih yakin. Selepas itu, dia menggunakan keyakinan mereka untuk meningkatkan hukuman. Tanpa sebarang keraguan, semestinya cikgu Cao Xiong sendiri tidak tahu dia sedang menari ke kuburnya sendiri!]

"Saya bernasib baik dia menjadi cikgu saya. Jika tidak, hidup saya sekarang mesti sudah berakhir…"

Selepas mengingati bagaimana dia hampir menjadi anak murid cikgu Cao, Liu Yang menggeletar dan berundur beberapa langkah.

"Un, baiklah. Memandang kamu berdua telah bersetuju ke atas hukumannya, marilah kita bermula!" Tetua Shang Chen mengangguk kepalanya. Bola kristal sebesar tembikai dibawa keluar dan diletakkan ke atas kekakinya sendiri. Bola itu lutsinar dan menyinar cahaya malap dari dalam.

"Bola kristal ini dibuat daripada Batu Pencerahan Niat. Zhang Xuan dan Cao Xiong, kamu berdua akan menitiskan darah kamu bola kristal yang berada di depan kamu! Selepas itu, Liu Yang akan menyentuh mereka dan bola kristal tersebut akan menjelmakan niat sebenarnya dalam bentuk Tahap Kepercayaan! Tahap Kepercayaan siapa paling tinggi, dialah pemenangnya! Ada sebarang soalan tak?"

Tetua Shang bertanya.

"Tidak!"

Zhang Xuang dan Cao Xiong menunduk kepala mereka.

Ujian Pencerahan Niat ini sebenarnya ujian yang senang. Ia cuma menggunakan Batu Pencerahan Niat untuk mengenal pasti niat sebenar seorang pelajar. Guru yang lebih dipercayai oleh pelajar tersebut merupakan pemenang.

Peraturannya mungkin senang, namun Batu Pencerahan Niat sesebuah objek yang mahal dan lebih-lebih lagi, jarang ditemui. Tambahan pula, ia hanya boleh digunakan sekali sahaja. Oleh itu, kecuali jika diperlukan, akademi biasanya tidak akan menggunakan kaedah ini.

Untuk perbelanjaan ujian ini, biasanya ia akan ditanggung oleh pihak kalah.

Di mata Cao Xiong dan yang lain, Zhang Xuan ini sekadar sampah yang mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru. Bagaimana mungkin untuk Liu Yang, seorang pelajar seratus ke atas, untuk ingin menjadi anak muridnya dengan rela?

Dia dijamin kalah sebelum ujian tersebut bermula!

Selepas akhirnya ujian ini, bukan sahaja dia akan dibuang daripada akademi, malah dia akan muflis dan reputasinya akan selama-lamanya hancur. Membunuh tiga burung dengan satu batu.

"Marilah bermula!"

Melihat bagaimana kedua-dua orang tersebut tidak mempunyai sebarang bantahan, tetua Shang Chen memberi isyarat dengan tangannya.

Zhang Xuan dan Cao Xiong melangkah ke hadapan bola kristal mereka dan menitis setitik darah ke atas bola tersebut.

Sinaran malap daripada bola kristal tersebut semakin terang apabila dititis darah mereka.

"Pergi!" Tetua Shang Chen berkata.

Liu Yang berjalan ke depan dan meletakkan tangan kanannya pada bola kristal cikgu Cao dan tangan kirinya pada bola kristal cikgu Zhang.

Weng!

Kedua-dua bola kristal mula menyinar dengan terang sejurus selepas tangannya menyentuh mereka. Keterangan sinaran tersebut menyelebungi badan Liu Yang.

"Batu Pencerahan Niat ini mempunyai kuasa hipnosis. Sejurus sahaja ia disentuh, seorang akan mula menerajui alam ilusi. Dalam alam tersebut, setiap tindakan mereka akan dijana oleh niat sebenar mereka. Tidak ada sebarang faktor luar mungkin mempengaruhi niat sebenar seseorang apabila berada dalam alam ilusi ini. Jika seorang betul-betul dipaksa untuk berguru di bawah seseorang, bukan sahaja dia tidak akan mempunyai sebarang kepercayaan terhadapnya, malah dia mungkin mempunyai perasaan tidak puas terhadapnya! Oleh itu, Ujian Pencerahan Niat merupakan ujian paling tepat untuk mengetahui sama ada seorang pelajar dengan rela hati berguru di bawah seseorang!"

Melihat Liu Yang yang telah menutup matanya dan sedang mengimbau alam ilusi, Tetua Mo Xiang berkata dengan perlahan.

"Sememangnya, tahap kepercayaan mewakili tahap kepercayaan yang dimiliki oleh pelajar terhadap seseorang. Paling tinggi merupakan seratus markah. Setiap sepuluh markah terdapat satu ujian untuk melepasi batas, manakala kosong bermaksud langsung tidak ada kepercayaan langsung pelajar itu terhadap orang tersebut! Sepuluh markah bermaksud hanya sedikit percaya, dua puluh bermaksud kepercayaan yang biasa… dan seorang guru dengan anak muridnya biasanya akan mempunyai kepercayaan sebanyak tiga puluh. Ia tercatat dalam buku, guru yang hebat akan mampu menjana kepercayaan yang lebih tinggi antaranya dengan pelajarnya sehingga mencapai tahap lima puluh. Ini sudah boleh dikira sebagai markah yang menakjubkan, dan teramat jarang untuk berjumpa dengan orang sebegini dalam seluruh Empayar Tianxuan! Lagipun, kepercayaan seorang terhadap ibu-bapanya pun akan agak-agak enam puluh sahaja!"

Tetua Shang Chen mula menyikat janggutnya lalu menyambung.

Perbualan antara mereka berdua berniat untuk menjelaskan teori di sebalik Ujian Pencerahan Niat kepada para hadirin dan hadiran.

Walaupun ibu bapa yang telah tinggal dengan seseorang semenjak dia muda lagi, mereka tidak akan mampu mencapai tahap kepercayaan seratus peratus!

Apatah lagi seorang guru.

Hanya melalui perbualan dan interaksi untuk jangka masa panjang , barulah tahap kepercayaan antara mereka akan naik dengan perlahan.

Namun, baru dua hari sahaja telah berlalu semenjak bermulanya semester baru ini. Lagipun, Zhang Xuan mempunyai reputasi terburuk di akademi, bagaimana mungkin dia dapat meningkatkan tahap kepercayaan pelajarnya terhadapnya dengan mendadak dan cepat?

Ia jelas kepada semua walaupun seseorang itu bebal.

"Betul, tetua Mo, saya dengar antara satu keperluan untuk menjadi seorang Guru Sarjana merupakan tahap kepercayaan anak muridnya, adakah ini benar?"

Selepas menjelaskan proses Ujian Pencerahan Niat, tetua Shang mengingati sesuatu lalu bertanya kepada tetua Mo kerana tidak dapat menahan curiganya.

Guru boleh dibahagikan kepada taraf rendah, sederhana dan tinggi. Zhang Xuan hanya seorang guru bertaraf rendah, manakala Shen Bi Ru dan Shang Bin telah menjadi guru bertaraf tinggi.

Untuk kebanyakkan orang, perjalanan mereka akan berakhir sebagai seorang guru bertaraf tinggi.

Dua guru terkenal di Akademi Hongtian, Lu Xun dan Wang Chao juga guru bertaraf tinggi.

Guru Sarjana berada di atas guru bertaraf tinggi!

Guru bertaraf tinggi bukan sahaja terkenal kerana reputasi mereka, malah mempunyai pengetahuan mendalam dan unik berkait dengan pertapaan. Seorang hanya mampu menjadi lebih kuat apabila berguru di bawah orang sebegini. Kemungkinan juga selepas berpanjangan untuk menjadi seorang wira dalam negara mereka.

Maharaja Shen Zhui bukan anak kepada permaisuri ataupun anak sulung maharaja sebelum ini. Secara logiknya, sepatutnya mustahil untuk dia dinobatkan sebagai waris takhta. Namun, mengikut cerita, semasa dia masih muda, dia berguru di bawah seorang Guru Sarjana untuk beberapa hari dan ini membuatkan kekuatannya meningkat dengan mendadak. Oleh itu, ia membuatkan dia menjadi orang terkuat dalam generasinya. Akhirnya, dia menjadi pakar terutama dalam keluarga diraja dan itu menjadi asas kepada sebab dia dinobatkan sebagai pewaris taktah Empayar Tianxuan!

Untu menjadi anak murid kepada seorang Guru Sarjana hanyalah sekadar mimpi!

Guru hanya boleh diiktirafkan sebagai pekerjaan bertaraf rendah di antara Sembilan Jalan Teratas. Namun, jika seorang menjadi seorang Guru Sarjana, tidak ada syak dia telah menjadi ahli kepada pekerjaan terhebat dalam dunia ini.

Lebih-lebih lagi apabila berfikir tentang kebolehan pekerjaan ini untuk menghimpunkan orang ramai. Kerja yang terkenal seperti doktor, tukang besi dan pakar formasi pun…. tidak mampu bertanding dengannya!

Seorang guru akan mempunyai pelajar dari seluruh pelosok dunia. Lebih-lebih lagi untuk seorang Guru Sarjana. Kemungkinan besar ramai pakar di sekeliling merupakan anak murid kepadanya. Jika apa-apa sahaja berlaku terhadap guru mereka, dengan pasti ramai akan menyahut seruannya sehingga pihak berkuasa pun mungkin tidak berani menyingung perasaan mereka.

Dalam mitos, pernah ada seorang maharaja dari sesebuah empayar yang mahsyur telah menyinggung seorang Guru Sarjana. Dengan hanya satu seruannya, ramai Peninju 8-Dan alam Zhongshi pakar meluru ke arahnya dan dengan hanya masa sehari, seluruh empayar tersebut musnah begitu sahaja. Keluarga diraja tersebut lenyap dari sejarah, tidak ada satu pun daripada zuriat mereka yang hidup sekarang.

Inilah sebabnya ia pengetahuan am yang kamu boleh menyinggung sesiapa sahaja kecuali seorang Guru Sarjana!

Siapa mungkin tahu dalam kalangan pelajar ada? Siapa mungkin tahu beberapa antara mereka pakar? Menyinggung mereka setaraf dengan mengacau sarang labuan. Jika orang itu tidak mati pun, dia mesti akan cacat selepas itu! Oleh itu, status Guru Sarjana tidak akan dengan senang datang kepada sesiapa sahaja. Terdapat banyak keperluan untuk mendapatkannya dan prasyaratnya untuk mendapat tahap kepercayaan yang tinggi dengan pelajar mereka.