Setelah menyempurnakan tugasannya, Zhao Ya sudah bersedia untuk melihat sama ada lelaki ini bakal memalukan dirinya sendiri.
Tiba-tiba, satu idea terlintas di mindanya. Sebuah Kristal Rakaman pun muncul di lengan bajunya.
Kristal Rakaman adalah sebuah objek yang mampu merakam video dan bunyi persekitarannya. Dia bercadang untuk menggunakannya sebagai bukti salahlaku Zhang Xuan! Dengan cara ini, dia tidak akan dapat berdalih apabila dia menyebarkan berita tentang jenayahnya tersebut.
"Mari kita lihat betapa malunya kamu nanti. Kamu fikir kamu boleh bersaing dengan Guru Lu Xun? Mimpilah!"
Memikirkan yang dia bakal memperoleh bukti salahlaku Zhang Xuan dan dapat menghukumnya, Zhao Ya akan dapat melepaskan kegeramannya akhirnya. Matanya bersinar-sinar dan dia hampir sahaja gagal menahan daripada ketawa. Mengekang kegembiraannya buat seketika, sedang dia menantikan alasan yang bakal diberikan oleh penipu tersebut, dia tiba-tiba terlihat sepasang mata yang seumpama pelita muncul betul-betul di hadapannya.
"Ah..."
Zhao Ya meloncat kerana terperanjat dan berundur dengan segera. Kemudian barulah dia menyedari bahawa ianya adalah mata Guru Zhang Xuan. Dia mengetap giginya dengan marah dan menjerit, "Kamu sedang buat apa?"
"Bertenang, saya cuma melihat sahaja!" Dengan tangannya ke belakang, dia mengelilingi Zhao Ya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Kemudian, dia tiba-tiba berhenti di depan gadis tersebut. Mereka dipisahkan dengan jarak beberapa inci sahaja.
Dia dapat merasakan kehangatan tubuh lelaki tersebut. Wajah Zhao Ya merah padam. Sejak kecil, tidak pernah ada seorang lelaki pun yang berada dalam jarak sedekat ini dengannya. Hatinya berdegup kencang. Kemudian, dia terdengar sebuah suara yang tenang berkata, "Kamu sakit!"
Mendengarkan kata-kata tersebut, Zhao Ya hampir sahaja meletus dan pengsan. "Kamulah yang sakit, seluruh keluarga kamu sakit…"
Dia hampir sahaja menjadi gila.
Apakah yang tidak kena dengan otak lelaki ini? Dia telahpun menunjukkan kemahiran seni bela dirinya supaya dapat dia memberikan tunjuk ajar. Sebaliknya, dia dituduh sakit pula. Bagaimanakah boleh wujudnya seorang yang begitu keji sekali di dunia ini!
"Kenapa pula kamu mula mencemuh saya?" Zhang Xuan berkerut. Tidak lama kemudian, dia mengerti akan maksud lain kata-katanya itu dan tersenyum. "Saya cuma ingin mengatakan bahawa tubuh kamu sakit, saya tidak bermaksud untuk menghina kamu!"
"Saya tidak sakit!" Zhao Ya berkata dengan dingin. "Pada pendapat saya, kamulah yang sakit sebenarnya! Ada yang tidak kena dengan otak kamu!"
Gadis ini kuat seperti lembu jantan. Penumbuknya mempunyai kekuatan melebihi 100 kg. Dia tersangat jelas sama ada dia sakit ataupun tidak.
"Jangan membantah kata-kata saya terlebih dahulu. Adakah kamu sering merasakan kesakitan pada titik akupuntur 'danzhong' dan 'jujue'? Terutama sekali pada malam bulan purnama, apabila angin dingin bertiup, satu titik berwarna merah akan muncul di tubuh kamu dan kamu terasa seperti…" Pada saat ini, Zhang Xuan ragu-ragu buat seketika, seperti merasakan kesusahan untuk menzahirkan kata-katanya. Dia menyambung, "Tidak kiralah sekuat mana kamu berlatih, kamu merasakan bahawa hati kamu tidak tenang?"
"Bagai…bagaimanakah kamu boleh tahu?"
Zhao Ya yang sedang marah bercadang hendak melawan setiap patah perkataan yang dituturkan oleh lelaki itu, tetapi setelah mendengarnya, wajahnya bertukar kemerah-merahan dan dia tergamam.
Kata-kata tersebut bukan sahaja tidak salah, malah terlalu tepat!
Sewaktu menjalani latihan baru-baru ini, dia akan merasakan sedikit kesakitan di 'danzhong' dan 'jujue', tetapi dia membiarkannya sahaja kerana kesakitan tersebut tidaklah teruk. Masalahnya yang paling teruk adalah… Pada malam bulan purnama, sesuatu keinginan akan melanda hatinya dan tubuhnya akan bertukar menjadi kemerah-merahan. Gagal untuk mengekang emosinya, dia akan mendambakan sentuhan dan pelukan daripada seorang lelaki...
Dia hanyalah seorang gadis muda yang berusia enam belas ke tujuh belas tahun. Dia belum pernah berkahwin, jadi dia tidak mampu untuk mengenalpasti perasaan apakah yang dialaminya itu. Dia cuma mampu untuk berasa malu kerananya. Pada awalnya, dia menyangka yang dia boleh mengekang perasaan tersebut dan ianya bakal berlalu pergi. Malangnya, perasaan tersebut semakin bertambah kuat. Semakin besar tubuh dan payudaranya, semakin kuatlah keinginan tersebut.
Dahulunya, dia mampu untuk menyelesaikan masalah perasaannya dengan menggunakan teknik pertapaan sebanyak dua kali. Tetapi sekarang ini, sepuluh kali pun masih tidak mencukupi untuk menghilangkan keinginannya. Dia terpaksa menghentikan latihannya sehinggalah matahari terbit.
In the past, she could deal with it with just two circulations of her cultivation technique. But now, even ten times wasn't enough for the urges to subside. She could only halt with her training until the sun rises.
Memandangkan perkara ini terlalu pelik, dia tidak berani untuk bercerita mengenainya kepada sesiapapun. Bahkan teman baiknya dan bapanya sendiri pun tidak tahu!
Jika tidak ada yang tahu mengenainya… Bagaimanakah lelaki ini boleh tahu?
Disebabkan masalah ini jugalah Zhao Ya telah datang ke akademi dengan harapan untuk mencari penyelesaian buat selama-lamanya.
"Saya seorang guru. Saya boleh tahu daripada rutin tumbukan kamu tadi!" Zhang Xuan menjawab dengan tenang.
Perkara sebegini sememangnya mustahil untuk diketahui melalui rutin tumbukan semata-mata, tetapi Perpustakaan Jalan Syurga adalah sebuah harta yang luar biasa. Asalkan sahaja dia memiliki kekurangan, biarpun kekurangan tersebut tidak berkaitan dengan kemahirannya, ia tetap akan direkodkan.
Setelah mengetahui tentang masalah yang dihadapi Zhao Ya, wajah Zhang Xuan menunjukkan ekspresi yang pelik.
Zhao Ya mengetap dagunya dan bertanya dengan muka yang kemerah-merahan.
"Adakah terdapatnya… penyelesaian?"
Pada awalnya dia telah bertekad untuk membongkar penipuan lelaki tersebut, tetapi sekarang masalah peribadinya pula yang telah didedahkan. Dia berasa sungguh malu sekali.
"Memang ada satu kaedah untuk menyelesaikannya. Datang ke kelas esok dan saya akan terangkan!"
Zhang Xuan memberikan isyarat dengan menggunakan tangannya.
"Benarkah?"
Mata Zhao Ya bersinar dengan rasa tidak percaya.
Dia amat mengerti akan masalah tubuhnya. Disebabkan oleh kegagalannya mengawal keinginan yang membara tersebut, ia telah menjadikannya seorang yang panas baran. Dia fikir bahawa dia mampu untuk menyembunyikan kesemua ini di dalam hatinya dan masalah ini tidak mungkin dapat diselesaikan. Tetapi, tidak pernah sekali pun dia termimpi bahawa guru yang mendapat tempat tercorot dalam akademi ini akan mampu untuk menghuraikannya dengan hanya beberapa patah perkataan.
Lebih-lebih lagi… dia mempunyai penawar untuk masalah tersebut!
"Jika kamu tidak percayakan saya, kamu boleh pergi mencari guru lain dalam akademi ini!" Zhang Xuan mengibaskan tangannya tanpa sebarang emosi, berperwatakan seperti seorang pakar.
"Tidak, tidak… Guru, kamulah satu-satunya!" Zhao Ya dengan segera mengangguk.
Kesengsaraan yang dialaminya bukanlah sehari dua lamanya. Sudah pelbagai pakar perubatan yang ditemui di bandar, tapi tidak seorang pun dapat mengenalpasti masalahnya. Bahkan bapanya sendiri, Datuk Bandar Zhao tidak dapat mengetahui yang anaknya sedang dilanda masalah. Tetapi, Guru Zhang Xuan dapat berbuat demikian dengan hanya satu pandangan sahaja. Jika dibicarakan tentang kebolehan mengenal pasti masalah, tidak ada yang setanding dengan dia!
Inilah sebabnya Zhao Ya berfikir bahawa hanyalah dia yang mampu merawatnya.
"Kristal Rakaman itu, adakah kamu masih berniat untuk menyimpannya?"
Zhang Xuan menuding ke arah lengan baju gadis tersebut.
"Ah...."
Zhao Ya tersentak. Baru sekarang dia teringat akan Kristal Rakaman yang sengaja ditinggalkannya untuk mengumpul bukti. Jika kandungan perbualan mereka dibocorkan, bagaimanakah dia dapat mempertahankan maruahnya lagi?
"Tidak, saya tidak akan…"
Zhao Ya menekan dengan menggunakan tapak tangannya, 'kacha', Kristal Rakaman tersebut pun hancur dan tinggal serpihan debu.
Setelah memusnahkan kristal tersebut, Zhao Ya menoleh ke arah Guru Zhang sekali lagi. Kali ini, wajahnya tidaklah begitu membencikan. Malah, ianya kelihatan penuh dengan misteri pula.
Sungguhpun dia telah cuba untuk menyembunyikan Kristal Rakaman tersebut secara penuh senyap, dia tetap tidak dapat melepasi pandangan mata Zhang Xuan. Apatah lagi, masalah tubuhnya juga gagal disembunyikan. Bagaimanakah seseorang yang sehebat ini boleh mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru?
"Tentunya dia tidak tertarik kepada reputasi dan kenamaan, dia juga tidak kisah akan tanggapan orang luar terhadapnya! Saya pernah dengar bahawa kesemua pakar memang begitu…"
Apabila idea ini terpahat di mindanya, reputasi Zhang Xuan di dalam hatinya bertukar daripada seorang penipu kepada salah seorang pakar terkemuka di dunia ini.
"Ambil token pengenalan kamu untuk menuntut katil dan juga buku. Cari juga tempat tinggal. Kita akan bermula tepat pada waktunya esok…"
Memandangkan seorang lagi anak murid telah berjaya diperolehi, Zhang Xuan melambaikan tangannya sambil memberikan arahan. Tiba-tiba, kedengaran bunyi yang kuat dari luar dan sebuah sosok manusia bergegas masuk.
Hu!
Orang yang telah masuk itu adalah seorang lelaki pertengahan umur. Dia memancarkan aura yang ganas apabila memasuki bilik darjah tersebut. Dengan sekilas pandang, dapat diketahui yang dia bukanlah calang-calang orang.
"Puan muda!"
Lelaki pertengahan umur tersebut berhenti dan tunduk kepada Zhao Ya.
"Pakcik Yao, mengapakah awak ada di sini?"
Zhao Ya merenungnya sambil terpinga-pinga
Ini bukanlah orang lain tetapi pelayan dari Bandar Baiyu yang telah dijemput dua orang kawan Zhao Ya. Namanya Yao Han!
Baru sahaja dia hendak beredar dari akademi setelah selesai menghantar Zhao Ya, dua orang kawannya bergegas untuk memberitahunya bahawa puan muda tersebut berniat untuk bergurukan seorang lelaki yang mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru. Malahan, guru tersebut telah mengarahkan dia untuk menyental mangkuk tandas...
Mendengarkan kata-kata itu, Pelayan Yao Han hampir sahaja meletup kemarahan.
Puan Muda, anak kesayangan Datuk Bandar! Di rumah, tiada siapapun yang berani untuk mengarahkannya. Betapa beraninya lelaki itu menyuruhnya menyapu lantai dan menyental mangkuk tandas… Dia sudah melampau!
Jika lelaki tersebut merupakan guru yang terkenal di dalam akademi, dia tidak kisah kerana guru-guru tersebut pastinya sukar untuk dipuaskan. Masalahnya adalah… lelaki ini mendapat tempat tercorot dalam Peperiksaan Kelayakan Guru. Dia juga pernah membuat seorang pelajar menjadi gila!
Bagaimanakah puan muda hendak berguru dengan seorang seperti itu?
Biar di bandar sekalipun, mereka yang memberi tunjuk ajar kepada Zhao Ya adalah orang yang jauh lebih kuat daripada guru itu!
"Puan Muda, adakah kamu…" Sambil merenung dengan dingin ke arah Zhang Xuan, Yao Han dengan cepatnya menoleh ke arah puan mudanya.
"Saya sudahpun memperakui Guru Zhang sebagai guruku!" Isytihar Zhao Ya.
Yao Han telah berlari ke mari dengan menggunakan sepenuh tenaganya, tetapi dia masih terlambat. Mukanya menjadi muram lalu dia menarik Zhao Ya ke belakang. Dia terus merenung Zhang Xuan dengan dingin, "Lebih baik kamu membatalkan puan muda kami daripada menjadi anak murid kamu! Kemudian mohon maaf! Jika tidak, apabila saya sebarkan perkara ini, semua orang bakal tahu yang kamu telah memukau seorang gadis bawah umur supaya dia dapat menjadi anak murid kamu!"
"Memukau seorang gadis bawah umur? Tidakkah kamu rasa kata-kata kamu itu sudah melampau!" Zhang Xuan menggeleng-gelengkan kepalanya.
Jika orang lain mendengar kata-kata tersebut, pastinya mereka akan berfikir bahawa dia telah melakukan sesuatu yang keji terhadap Zhao Ya. Hanya Syurga yang dapt menjadi saksi bahawa apa yang telah dia lakukan cumalah untuk menerima seorang murid, ia adalah sebuah tindakan yang mulia...
"Jangan main-main dengan saya. Puan Muda keluarga kami adalah seorang yang teramat berbakat. Orang yang mempunyai kelayakan rendah seperti kamu takkan mampu mengajarnya. Jika kamu membatalkan dia daripada pengajaran kamu sekarang juga, saya tidak akan mengungkit tentang perkara ini lagi. Jika sebaliknya, saya akan mengutarakan perkara ini kepada pengetua dan kamu akan dipecat…"
Yao Han bercakap dengan nada yang tegas dan tinggi. Tetapi, sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Zhao Ya telah menyampuknya dari belakang.
"Pakcik Yao! Apa yang pakcik sedang lakukan? Saya sudahpun memperakui Guru Zhang sebagai guru saya di atas kehendak saya sendiri, kenapa pakcik nak menimbulkan masalah buat saya?"
Zhao Ya menghentakkan kakinya.
Tujuannya datang ke akademi ini adalah untuk menyelesaikan masalah tubuh badannya. Dia sudah berasa gembira apabila guru di hadapannya ini memberi jaminan yang dia mampu untuk membantunya, tetapi sekarang pakcik ini pula hendak merosakkan keadaan. Apakah yang dia cuba lakukan?
"Di atas kehendakmu sendiri?" Yao Han menoleh ke arah puan mudanya. "Kamu benar-benar fikir yang dia mampu untuk membimbing sehingga berkembangnya kekuatan kamu?"
Puan muda ini merupakan seorang yang sangat bangga diri, dia amat memahaminya. Mungkinkah guru yang mempunyai reputasi seakan sampah ini mampu untuk membimbingnya? Disebabkan itukah dia memperakuinya?
"Mengembangkan kekuatan saya? Itu tidak dilakukannya…" Zhao Ya menggelengkan kepala.
Lelaki tersebut hanya mengenalpasti penyakitnya, dia tidak memberikan tunjuk ajar dari segi pertapaan.
"Tidak? Jadi…" Yao Han keliru.
"Baiklah, Pakcik Yao, berhenti bertanya!" Mengenangkan penyakitnya, wajah Zhao Ya menjadi kemerah-merahan.
Melihatkan perangai puan mudanya, Yao Han merenung dengan perasaan keliru. Kemudian, apabila dia terlihat Kristal Rakaman yang hancur di atas lantai, wajahnya bertukar dingin. Buat seketika, dia seakan-akan berubah menjadi singa yang sedang mengamuk.
"Celaka kamu! Apa yang kamu lakukan terhadap puan muda kami? Adakah kamu fikir saya tidak berani untuk membunuh kamu sekarang juga…"
Boom!
Dalam kemarahannya, aura yang kuat terpancar dan angin kencang pun berhembus. 'Jiya', bumi pun seakan merintih kesakitan kerana tidak tertahan akan tekanan yang sekuat itu.