Di bawah pentas…
"Zhang shi, semua itu tertulis di nota kamu… kamu telah dapat menganalisa sebegitu banyak?"
Ketua Pavilion Kang dan lain menatap pemuda di depan mereka dengan mata terbeliak.
Dia tahu tentang keupayaan pelajarnya sendiri.
Dia sendiri pun tidak tahu teknik apa yang Qin Lei laksanakan sebelum ini, tetapi pelajarnya sudah dapat agak semua benda tadi dengan penuh logik sehingga semua bingung sahaja. Kecuali dengan pertolongan Zhang shi, tidak mungkin pelajarnya akan mampu berbuat demikian.
"Ya!" Zhang Xuan mengaku.
"Tetapi… Qin shi hanya mengangkat tapak tangannya sahaja, bagaimana kamu dapat tahu semua benda ini daripada itu?" Selepas mendengar yang dia mengesahkan perkara tersebut, semua orang tetap mendapatinya sukar untuk dipercayai.