Setelah mengetahui apa yang Hong shi risaukan, Zhang Xuan membalas, "Ia Cuma permainan catur sahaja, saya tak rasa yang saya mungkin akan merosakkan papan catur tersebut…"
Semua benda yang telah berlaku sebelum ini… telah berlaku kerana kecuaian sahaja. Sekarang selepas dia tahu peraturannya, sudah pasti dia akan mengambil langkah dan memastikan hanya membuat enam pergerakan… Selagi dia mengawal dirinya, sudah pasti mustahil untuk perkara pelik berlaku seperti beberapa ujian sebelum ini.
Tanpa menghiraukan Zhang Xuan, Hong shi pun melambaikan tangannya sambil berkata dengan tegas.
"Kenapa kita tak ikut umur sekali lagi? Kita akan bermula dari yang paling tua!"
Saya juga fikir tiada apa-apa akan berlaku dalam ujian sebelum ini! Lagipun ia hanya ujian tentang membaca buku. Siapa boleh menyangka Buku Pengosongan Sungai yang saya pinjam dari ibu pejabat akan musnah begitu sahaja?