"Ketua Cawangan Wu, Zhang shi ini tidaklah begitu tak senonoh yang awak fikirkan…"
Bibir Ketua Pavilion Kang menggerenyet kerana dia langsung tidak menyangka yang Zhang shi bakal menaikkan amarah Ketua Cawangan Wu yang sering berkelakuan tenang sehingga wanita itu menghalau mereka, membuatkan lelaki itu juga hampir menjadi gila.
Hanya dia seorang sahaja yang tahu usaha keras yang telah diletakkannya untuk mendapatkan dua slot ini. Akan tetapi, lelaki itu telah menaikkan amarah ketua cawangan sebaik sahaja mereka tiba di sana…
Ketua Cawangan Wu mengabaikan penjelasan Ketua Pavilion Kang dan menengking lantang, "Bawa tetamu-tetamu kita ini pergi!"
Huala!
Beberapa orang wanita berjubah putih yang telah membimbing mereka ke sini melangkah ke hadapan dan dengan renungan mata yang menikam, mereka berkata, "Sila lalu di sini!"
"Ketua Cawangan Wu…"