Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 49 - Bagaimana Dia Melakukannya?

Chapter 49 - Bagaimana Dia Melakukannya?

"Lukisan ini karya tuan sarjana?"

Sebelah Zhang Xuan, Huang Yu berasa mulai marah. Selepas mendengar ulasan Zhang Xuan, dia hampir hilang imbangan dan jatuh ke lantai.

[Dahulunya, Sarjana Lu Chen biasanya membawa lukisan untuk mereka menilai sekaligus menguji mereka. Namun….dia tidak pernah membawa keluar karyanya sendiri!]

Tapi kali ini, kenapa dia buat begitu….

Jika orang sebelum dia telah memuji karya tersebut, mungkin tuan sarjana akan gembira dengan penilaiannya. Namun… apa kata kamu? Langsung tidak masuk akal, mainan apa ini?

Adakah ini sesuatu yang patut kita cakap kepada satu sama lain?

Untuk menilai lukisan Sarjana Lu Chen sebagai langsung tidak masuk akal, mainan apa ini...

Huang Yu berasa seakan ingin muntah darah.

[Bukankah kamu cakap kamu tidak akan letak saya dalam keadaan susah? Ini…. Apa yang sedang berlaku?]

Jikalau dia tahu Zhang Xuan telah bertekad selaku seorang guru dia tidak akan membuat masalah baginya…. Tentunya darah yang dimuntahnya akan mengalir seperti paip bocor!

[Adakah ini yang dimaksudkan tidak akan memberi masalah kepadanya?

Jelas kamu sedang menolak saya dari atas bukit….]

Pada saat ini, dia teramat menyesal membawa bebal ini ke sini!

Sarjana Lu Chen suka orang yang beradab dan rendah diri. Dia tidak memilih kasih dan suka orang datang ke sini untuk belajar daripadanya.

Orang ini berpakaian seperti seorang cendekiawan dan membawa dirinya seperti seorang yang mengetahui batasnya. Oleh itu, dia ingat dia seorang yang beradab dan rendah diri. Dengan tanggapan tersebut, dia membawanya ke sini untuk membuat sarjana gembira. Kalau semua berjalan dengan lancar, dia boleh menggunakan peluang ini untuk mencapai matlamatnya tersendiri. Namun, tidak dalam jangkaannya yang orang ini begitu bebal!

Huang Yu merasai perutnya penuh dengan penyesalannya membawa Zhang Xuan ke sini.

Jika dia tahu ini akan berlaku, dia tentunya akan menolak permintaannya dengan serta merta. Kenapa dia baik hati sangat untuk membawanya ke sini hanya untuk dia memberi masalah padanya…

Sementara dia hampir naik gila dari situasi tersebut, Bai Xun hampir ketawa.

Sememangnya, perkara paling menakutkan bukannya pihak lawan yang terlalu hebat tetapi rakan sepasukan yang tak boleh dipakai.

Orang ini berani memanggil karya asli Sarjana Lu Chen sebagai 'mainan apa ini'. Tanpa perlu berfikir pun, semua orang tahu dia telah menyinggung tuan sarjana dengan ulasannya. Walaupun dia tidak membuat apa-apa sekarang, semestinya tuan sarjana akan memberi pengajaran kepada si bebal ini!

"Adakah ini kemahiran dan bakat yang dikatakan kamu tadi? Mahir dalam zither, catur, kesusasteraan dan seni lukisan?" Sambil ketawa dengan senyap, dia melihat Huang Yu dan mengejeknya.

Huang Yu baru sahaja memuji Zhang Xuan seketika tadi, namun, sejurus kemudian, dia berkata demikian pula. [Pernahkah kamu melihat seorang yang berpengetahuan dan berbakat berlaku sedemikian?]

"Diam!"

Berbeza daripada Pak Cik Cheng yang cemas, Huang Yu yang menyesal dan Bai Xun yang teruja, Sarjana Lu Chen tidak marah pun dengan ulasan Zhang Xuan. Dia mencelah perbualan Huang Yu sebelum dia dapat membalas lalu sambung meneliti Zhang Xuan.

"Adik, kenapa kamu membuat penilaian sebegitu? Terdapat masalah ke dengan lukisan saya?"

"Saya tidak tahu ini karya tuan sarjana. Saya meminta maaf atas bahasa saya tadi!" Zhang Xuan berpura-pura terkejut dan menunduk dengan segera sebagai tanda meminta maaf.

Buku yang telah dirumuskan oleh Perpustakaan Jalan Syurga mengajar dia tentang segala kelemahan dan kesalahan lukisan tersebut. Kebiasaannya, nama pelukis ada terpapar pada buku tersebut. Oleh itu, dia tahu lukisan tersebut ialah karya Lu Chen tetapi dia hanya berpura-pura tidak tahu!

"Jangan risau. Ini hanyalah lukisan sahaja. Saya hanya meminta kamu menilai kekuatan dan kelemahan lukisan ini dan bukannya si pelukis!" Sarjana Lu Chen berkata.

"Kalau tuan berkata demikian, legalah hati saya!" Zhang Xuan tersenyum. Berpaling semula ke lukisan tersebut, dia menyentuhnya lalu berkata, "Kalau kita bercakap hanya tentang lukisan ini, walaupun ia dilukis oleh tuan… saya hanya boleh menggunakan tujuh perkataan tersebut untuk menilainya! Langsung tidak masuk akal, mainan apa ini!"

Huang Yu dan tukang rumah tersebut kelihatan tenang sahaja tetapi sebenarnya mereka sedang cemas di dalam.

[Untuk berkata demikian selepas mengetahui ini karya tuan sarjana. Orang ini gila ke?]

"Namun…."

Zhang Xuan berhenti untuk seketika.

"Namun apa?"

"Lukisan ini tidak unik. Sesiapa sahaja boleh melukisnya. Memanggilnya sebuah mainan pun sudah terlalu baik untuknya! Namun, kalau seorang mampu melihat di belakang tirai, tentunya ia akan bertukar menjadi sesebuah lukisan yang menakjubkan dan akan memukau setiap orang yang menatapnya!" Zhang Xuan berkata.

"Melihat di belakang tirai? Bagaimana boleh kami berbuat demikian?" Sarjana Lu Chen membalas sambil tersenyum.

"Senang sahaja!" Zhang Xuan melihat tukang rumah Pak Cik Cheng dan berkata, "Maaf tetapi boleh kamu memberikan saya sebilah pisau?"

"Baiklah!" Selepas melihat Sarjana Lu Chen dan perasan dia tidak menghalangnya, Pak Cik Cheng berpaling ke belakang dan bergegas keluar. Tidak lama kemudian, dia kembali dengan sebilah pisau dan memberikannya kepada Zhang Xuan.

"Baiklah, saya akan memulakannya dulu!"

Mengambil pisau tersebut, dia berjalan ke arah lukisan tersebut dan menikamnya.

"Apakah kamu sedang buat?" Melihat perbuatannya, Bai Xun melangkah ke hadapan. "Ini karya tuan sarjana, setiap satu lukisannya tidak terhingga nilainya dan ada telah melabelkannya sebagai harta karun empayar. Kamu pasti ke kamu boleh memberi pampasan jika kamu merosakkannya?"

Huang Yu juga melihat kelakuannya dengan penuh kebingungan.

[Kenapa dia perlu sebilah pisau untuk menilai lukisan tersebut?]

Tanpa menghiraukan celahan Bai Xun, Zhang Xuan membelah lukisan tersebut menggunakan pisaunya.

Tzzzzzzzzzz, bunyi kertas dipotong kedengaran di bilik tersebut. Bahagian lukisan yang dipotong terlipat ke atas. Dengan menariknya dengan teliti, lukisan bahagian atas terpisah daripada bahagian belakangnya. Sama seperti beberapa tingkat dalam sesebuah bangunan, selapis kertas xuan diletakkan di atas satu lagi lapisan yang diperbuat daripada kulit kambing.

Huala!

Bahagian atas kertas xuan yang telah dirobek telah mendedahkan sebuah lagi lukisan di belakangnya yang telah dilukis di atas kulit kambing. Namun, lukisan di atas kulit kambing tersebut lebih hidup dan menonjolkan. Ia seakan bukit, pokok, kampung dan manusia di dalamnya yang akan melompat keluar bila-bila masa sahaja.

"Kalau tidak silap saya, lukisan di atas kertas xuan tadi hanya berfungsi untuk menarik perhatian orang lain daripada lukisan sebenarnya yang telah timbul daripada kesan tindihan ke atas lapisan kulit kambing. Inilah rahsia sebenar lukisan tuan sarjana!" Selepas membuang bahagian atas kertas xuan tersebut, Zhang Xuan tersenyum.

"Ini…."

Huang Yu, tukang rumah mahupun Bai Xun, mata mereka semua terbuka dengan penuh perasaan tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku.

Bukan hanya meninggalkan sebarang kesan pada bahagian kulit kambing melalui kertas xuan tersebut, malah terhasilnya sebuah lukisan yang begitu cantik dan memukaukan… ini terlalu menakjubkan!

Kedua-dua lukisan tersebut tersusun atas satu sama lain dengan sempurnanya… bagaimana mungkin dia mengetahui tentang ini?

"Hebat, hebat!" selepas melihat betapa mudahnya orang ini mendedahkan rahsia di sebalik lukisannya, mata Sarjana Lu Chen terkelip. Kali ini, dia berpaling melihat Zhang Xuan dengan penuh pujian.

Pada masa yang sama, dia terpukau dengan kebolehan Zhang Xuan.

Kebolehannya untuk meninggalkan kesan melalui kertas xuan merupakan teknik ciptaannya tersendiri yang tidak pernah didedahkannya kepada orang lain. Namun, orang ini mampu mengetahuinya dengan hanya sekilas pandang. [Pemerhatian matanya terlalu hebat!]

"Bagaimana pula dengan lukisan ini?"

Sarjana Lu Chen berpaling ke belakang dan menuding pada lukisan yang terpapar di dinding.

Seekor binatang buas gergasi terlukis di atasnya. Seakan seekor harimau buas sedang turun daripada bukit. Aura buasnya membuat semua terpaku apabila mereka menatapnya. Jika orang yang lemah semangat melihat lukisan ini, mereka pasti akan jatuh ke lantai dan takut untuk membuat sebarang bunyi.

Zhang Xuan melangkah ke hadapan dan menyentuh lukisan tersebut. Kemudian, dia senyum dan berkata, "Lukisan ini cantik tetapi ia kekurangan sesuatu. Kalau tidak silap saya, si pelukis ini tidak pernah melihat haiwan buas yang dilukisnya ini! Lukisan ini hanya tafsiran peribadinya!"

"Ini….."

Sarjana Lu Chen menggeletar sambil matanya membesar sebesar bulan.

Walaupun orang lain mungkin tidak tahu ulasan Zhang Xuan, dia sendiri memahami semua yang dikatakannya. Ini kerana, lukisan ini karyanya juga.

Binatang ini dikenali sebagai 'Chi Xiong' dan ia jarang dijumpai. Ia dikatakan mempunyai kekuatan luar biasa dan ilmu pertahanannya tidak dapat ditembusi. Malah, apa sahaja senjata di dunia ini tidak mampu mencederakannya.

Seperti ulasan Zhang Xuan, memang benar dia tidak pernah melihat seekor Chi Xiong. Mengapa dia mampu melukisnya kerana dia telah membaca pelbagai buku untuk membina imaginasinya.

Lukisan ini antara lukisannya yang terhebat. Sebab itulah ia terpapar di tengah-tengah ruang tamu. Setiap pakar pelukis yang telah datang ke sini memujinya. Mereka semua mendapatinya hidup dan bernyawa. Namun, budak ini berkata ada sesuatu yang tidak kena?

Memandangkan orang ini mampu membaca situasi sebenar di belakang lukisan tadi, matanya untuk menganalisa tentunya hebat. Orang ini juga mampu tahu dia tidak pernah berjumpa dengan seekor Chi Xiong hanya dengan meneliti lukisannya. Mesti ada sebabnya dia berkata demikian!

"Bahagian mana yang bermasalah, boleh kamu huraikan sedikit?"

Pada saat ini, Sarjana Lu Chen tidak lagi membawa dirinya selaku seorang atasan dengan Zhang Xuan.

"Ah?"

Melihat bekas guru maharaja yang selalu menguji mereka sehingga mereka menggaru kepala begitu bersemangat ingin mendapatkan pendapat daripada seorang yang tidak sampai dua puluh tahun pun, Huang Yu dan Bai Xun menukar pandangan sesama sendiri dan berasa seakan ingin pitam.

Terutamanya Huang Yu, dia tidak berhenti daripada berkelip. Kejutan yang diterimanya memukaunya seperti lambaian ombak.

[Orang ini… bagaimana dia melakukannya?]

  1. Sejenis kertas yang sesuai diguna untuk melukis.