"Lu Chong!"
Setelah mendengar pekikan cemas daripada semua orang, Zhang Xuan segera tersedar dari khayalannya disebabkan Perangsangan Rohani dari Kaligrafi Mentor. Perkara pertama yang dilihatnya adalah dada Lu Chong yang telah ditikam dek pedang. Berbagai-bagai jenis pemikiran yang sedang berlegar-legar di mindanya dan matanya memerah.
Walaupun dia telah bertemu pelajar ini lebih lewat berbanding pelajar-pelajar terdekatnya yang lain, lelaki itu telah menyimpan kepercayaan dan emosi yang paling tinggi buat dirinya.
"Mati!"
Zhang Xuan melolong marah dengan kepalanya yang diraih tinggi. Sebuah buku emas tiba-tiba muncul di dalam genggaman tangannya.
Tiba-tiba, sebuah kuasa yang terasa seperti bakal menghancurkan seluruh dunia menyelubungi udara. Badai kuat memenuhi udara sehingga awan pun melayang pergi. Sebuah buku seberat gunung tiba-tiba terjatuh di atas kepala Komander Liang.
Pacha!