Semua kesalahan lepas dan kelemahan Sarjana Mo Yang tertulis dalam buku tersebut.
"Asalnya dikenali sebagai Yang Mo, seorang perantis penilai barang. Seorang penipu dari Empayar Liuzhu yang menjadi terkenal selaku seorang penilai barang. Terkenal dengan penipuannya untuk mengaut keuntungan dan perhatian perempuan!"
"Teknik tinju: Suara Penggodaan (Asas). Mengaburi minda seseorang melalui perkataan membuatkan mereka lebih senang untuk dipujuk!"
"Kelemahan No.1, diharam oleh keluarga diraja Empayar Liuzhu, No 2…."
Zhang Xuan tidak tahu dia ingin ketawa atau menangis.
Dengan pemakaian dan cara dia membawa diri sendiri, tidak ada orang mungkin terfikir dia seorang penipu! Untuk seketika, Zhang Xuan pun terfikir dia seorang hebat!
Nampaknya ramai di antara khalayak ramai merupakan orang suruhannya. Si Penjual pun mesti telah bersuhabat dengannya. Mereka berkomplot untuk menaikkan namanya melalui penilaian harta karun supaya dia boleh nanti meyakini orang untuk membeli sampah dengan harga tinggi.
"Kalau ada seorang penipu, mesti juga ada seorang ditipu!"
Walaupun mengetahui orang tersebut penipu, Zhang Xuan tidak ada niat langsung untuk mendedahkan dia.
Pertama, dia tidak ada bukti untuk berbuat demikian. Kewujudan Perpustakaan Jalan Syurga tidak boleh didedahkan tidak kira apa pun yang terjadi! Kedua, mereka yang telah termakan penipuannya telah lupa diri mereka. Jika dia cuba memberitahu mereka keadaan sebenar, mungkin dia sendiri akan dipulau oleh mereka nanti.
Zhang Xuan tidak akan membuat sesuatu yang tidak menguntungkan diri sendiri, apatah lagi sesuatu yang mendatangkan masalah.
"Lupakan sahajalah. Saya akan tengok dan membeli barang dengan sendiri!"
Zhang Xuan sambung mengimbas melalui semua harta karun di situ tanpa menghiraukan 'Sarjana Mo Yang' yang sedang berpura-pura berlagak seakan seorang pakar.
Sesebuah buku akan terjelma sejurus sahaja dia menyentuh sesebuah objek. Walaupun harga mereka tidak ditulis dalam buku tersebut, logiknya, lebih kurang kesalahan dan kelemahan objek tersebut, lebih tinggi harganya.
Selepas menyentuh empat puluh ke lima puluh objek, dia perasan tidak ada satu pun objek berharga di antara mereka semua. Kemungkinan dia menjumpai harta karun di antara semua artifak di sini yang seakan mustahil membuat dia mengeletar.
"Penilaian terakhir saya akan diberikan kepada…..kamu!"
Tiba-tiba semasa Zhang Xuan masih menyentuh artifak di bilik tersebut, sesebuah suara yang berwibawa bergema melangkaui billik tersebut.
Berpaling ke belakang, dia melihat 'pakar' Sarjana Mo Yang sedang melihatnya, dia mengangguk kepalanya dengan sedikit untuk memberi pengesahan kepada Zhang Xuan yang dia telah dipilih. Pandangan semua para hadirin dan hadiran terpaku pada Zhang Xuan dengan ekspresi cemburu.
"Saya?" Zhang Xuan terkejut.
"Ye kamu, tidak perlu begitu segan tentangnya. Kamulah orangnya!" Sarjana Mo Yang mula memegang janggutnya dengan bangga seakan memberi petunjuk ia sesebuah kebanggaan untuk Zhang Xuan dipilihnya.
"Segan?" Zhang Xuan menggeleng kepalanya.
Siapa berasa segan? Sebaliknya dia sedang berfikir betapa buruk nasibnya untuk dipilih oleh penipu ini.
Namun, selepas seketika, baru dia perasan. Semua orang di sini untuk mendapat penilaian harta karun berjalan di belakang 'sarjana' ini. Memandang Zhang Xuan sahaja merayau-rayau di belakang menyentuh semua artifak di keliling, tidak hairan dia menarik perhatiannya!
"Saya berterima kasih atas budi baik kamu namun saya tidak memerlukannya!"
Mengetahui orang ini seorang penipu, Zhang Xuan tidak sanggup menjadi lombong emasnya. Oleh itu, dia hanya melambaikan tangannya dan sambung mengimbas melalui artifak di dewan tersebut.
"Tidak perlukannya?" Sarjana Mo Yang mengerut dahinya.
Dalam sembilan kali dia memberikan penilaiannya tadi, tidak kira siapa mereka, mereka semua menjawab dengan penuh keghairahan, ada yang seakan boleh pitam kerana terlalu teruja. Namun, apabila dia memilih orang ini, dia….tidak mahu?
Dia menyembunyikan muka marahnya dengan cepat. Sambil melambaikan tangannya, dia berjalan ke hadapan dan melihat Zhang Xuan dengan muka kesian, "Memandang kamu di sini untuk spekulasi harta karun, tentunya kamu ingin membeli harta karun sebenar. Saya perasan kamu mengimbas melalui dewan ini dengan agak cuai, saya ingin bagi nasihat supaya kamu tidak jatuh miskin pada usia muda. Adakah kamu pasti kamu tidak memerlukannya? Jangan mengecewakan saya dengan menolak budi baik saya kepada kamu!"
"Budak, kalau kamu tak mahu, berikan kepada saya!"
"Dia betul-betul tidak mahu nasihat yang diberikan oleh sarjana, mesti dia ini tidak siuman!"
"Jelas dia ini sedikit tidak betul, Saya perasan tadi dia menyentuh semua artifak di bilik ini, mungkin dia ingin mencuri sesuatu!"
"Kalau sarjana memberikan peluang sebegini kepada saya, mesti saya akan bangun setiap pagi dengan senyuman!"
…
Semua orang boleh mendengar perbualan antara Zhang Xuan dengan 'sarjana' tersebut dengan jelas, mereka semua menjeling Zhang Xuan seakan melihat syaitan.
"Dia seorang pakar penilai barang! Hari ini juga dia akan meninggalkan bandar ini selepas menilai untuk sepuluh orang! Ini peluang yang baik sehingga semua orang berebut untuk dipilih. Namun, orang ini… menolaknya? Kalau kepalanya tidak rosak, apa mungkin lagi penjelasannya?"
"Saya betul-betul tidak memerlukannya…" Zhang Xuan berkata sambil menggeleng kepalanya lalu berfikir, "Muflis? Kalau saya dengar kamu mengarut, saya betul-betul akan muflis.."
"Jangan cepat sangat menolak!" Sebelum Zhang Xuan mampu habis bercakap, 'Sarjana' Mo Yang mencelah. Dengan mata seakan seorang dewa yang ingin menolong setiap orang daripada penderitaan, dia berkata, "Ia tidak senang untuk orang muda seperti kamu menjana duit. Saya tidak berniat untuk mengaut keuntungan daripada memberikan nasihat sebegini. Ia atas budi baik saya dan rasa kasihan kerana saya tidak ingin melihat kamu membuang duit kamu membeli sampah!"
"Sarjana Mo Yang terlalu baik hati!"
"Bukan sahaja dia mampu mengenal pasti harta karun, dia juga baik hati! Dia ini idola saya!"
"Dari hari ini, saya hanya akan menghormati seorang dan orang itu Sarjana Mo Yang!"
….
Mendengar perkataannya, semua orang mula berasa hormat terhadap Sarjana Mo Yang.
"Lihatlah betapa baik hati Sarjana Mo Yang. Walaupun memiliki kebolehan untuk menilai harta karun, dia tidak menggunakannya untuk mendapatkan kekayaan. Sebaliknya, kerana takut orang akan menderita kerana membuat pilihan salah, dia sanggup menolong mereka dengan menilai untuk mereka! Mesti mustahil untuk berjumpa dengan orang sebaik hati sebegini walaupun menjelajah seluruh dunia!"
"Saya…."
Dia tidak menjangkakan dia akan begitu tebal muka untuk berkata demikian dengan nada bangga. Zhang Xuan menggeleng kepalanya tetapi sejurus sahaja sebelum dia ingin bercakap, sekali lagi Sarjana Mo Yang mencelah.
"Baiklah, sebenarnya saya tahu apa difikirkan kamu! Jangan cakap lagi!" Sarjana Mo melihatnya dengan muka tenang dan dari matanya jelas bangga terhadap apa yang akan diperkatakan.
"Kamu tahu fikiran saya?" Zhang Xuan bertanya dengan penuh keraguan.
"Memang. Kamu mesti berfikiran yang kamu masih muda, kamu tidak mempunyai kekuatan yang cukup untuk melindungi harta kamu. Walaupun kamu berjaya mendapatkan harta karun, kamu tidak mempunyai kekuatan untuk menjaga harta dan ini seakan menjemput masalah kepada diri sendiri!"'Sarjana Mo Yang' berkata dengan nada 'mengetahui segala-galanya' sambil meletakkan tangan di belakangnya.
"Oh, baru saya tahu sebabnya!"
"Bukan sahaja tuan sarjana mampu menilai harta karun, dia juga mampu membaca fikiran orang lain!"
"Memang dengan memiliki harta karun tanpa mempunyai kekuatan untuk melindunginya akan seperti menjemput malapetaka terhadap diri sendiri. Tidak hairan orang ini akan berfikiran sedemikian!"
...
Selepas mendengar penjelasan 'Sarjana Mo Yang', para hadirin dan hadiran akhirnya perasan sebab Zhang Xuan akan menolak peluang sebegini.
"Ini…." Zhang Xuan tidak tahu bagaimana patut dia membalas.
"Orang ini terlalu mengarut. Tidak cukup kekuatan untuk melindungi harta saya… dari mana dia menjelmakan karut sebegini?" Zhang Xuan berfikir.
"Hadirin hadiran sekalian!" Sejurus sahaja Zhang Xuan ingin mula menjelaskan situasi tersebut, 'sarjana' itu telah meneliti sekeliling dan mengatakan dengan bangga, "Saya telah memilih orang ini. Jadi, tidak kira apa jenis harta karun saya pilih untuknya, saya harap kamu semua tidak akan begitu tamak dan mencurinya daripada dia! Kalau tidak, kamu akan memurkakan saya. Kalau berlaku apa-apa tidak diingini, jangan salahkan saya kalau saya mengambil tindakan tegas!"
"Sarjana, apakah kamu sedang cakap ini? Bagaimana mungkin kami berani mencuri daripada ataupun belasah orang yang telah kamu pilih!"
"Sarjana, jangan risau. Kami tentu tidak akan berani berbuat demikian…"
Semua orang mula membalas satu demi satu.
"Baiklah, memandangkan saya telah memberitahu semua orang, kamu boleh beli sahaja tanpa perlu risau menarik perhatian yang tidak diingini!" Sarjana Mo Yang melihat Zhang Xuan sambil bersenyum.
"Saya…."
Zhang Xuan tidak menjangkakan orang ini akan begitu tebal muka. Sekali lagi, sebelum dia sempat bercakap, Sarjana Mo Yang mencelah sekali lagi, "Kamu tidak perlu begitu tersentuh dengan tindakan saya. Memandang saya telah mengurniakan tilikan terakhir saya kepada kamu, perjumpaan ini ditakdirkan oleh tuhan sendiri! Kamu tidak perlu begitu berterima kasih kepada saya. Saya tidak mahu apa-apa daripda kamu dan tilikan saya ini sekadar atas budi baik saya terhadap kamu!"
"Itu,…"
"Tidak perlu ini dan itu. Artifak ini. Saya boleh jamin selepas kamu membelinya, kamu akan mengaut keuntungan beberapa kali ganda!"
'Sarjana Mo Yang' tidak memberikan peluang langsung untuk Zhang Xuan bercakap. Dia terus mengambil satu artifak daripada ramai dan menghulurkan kepadanya.
"Erm…"
Melihat artifak tersebut, Zhang Xuan terpegun.
Dia telah mengimbasnya tadi, Ia merupakan sampah antara sampah. Tidak bernilai satu syilling emas pun. Berapa banyak kamu membayar untuknya, begitu banyaklah kerugian kamu!
"Bos, kamu boleh memberikan bil kepada budak ini!"
Sambil menghulurkan 'harta karun' tersebut, 'Sarjana Mo Yang' memberitahu Si Penjual untuk datang.
"Jumlahnya 30000 syillling emas!" Si Penjual berkata sambil berjalan datang.
"Cepat bayar untuk harta karun terhebat saya menilik malam ini! Kamu ini sudah tentu menjadi kaya!" Melihat bagaimana Zhang Xuan terpegun di situ, 'Sarjana Mo Yang' memegang janggutnya sambil tersenyum. "Selepas kamu balik, bersihkannya dan lembut. Harap bersabar dengan kekayaan baru kamu inI!"
"Gelisah! Kepala otak kamu!" Selepas dicelah beberapa kali, Zhang Xuan tidak lagi dapat menahan kemarahannya. "Kalau kamu ingin menipu orang lain, dipersilakan, saya tidak akan campur urusan kamu! Kenapa kamu perlu mencari saya? Seronok ke berpura-pura berlagak bagus? Kamu tidak perasan betapa banyak peluang saya sudah memberikan kamu peluang untuk mencari orang lain sial?"