Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 33 - Berpura-pura Bermurah Hati

Chapter 33 - Berpura-pura Bermurah Hati

"Tuan muda Shang! Dipersilakan masuk!"

Sebelum dua orang muda dengan haiwan peliharaan mereka menjejak langkah ke dalam kedai makanan, lelaki umur dalam lingkungan 50-an telah menjemput mereka masuk dengan senyuman.

Pengurus Pavillion Hongtian, Wu Chou!

"Berikan kita tempat yang sunyi. Cikgu Cao Xiong dan saya hendak minum bersama sama!" Shang Bin cakap.

"Di sini!"

Wu Cao dengan cepat mendapatkan tempat duduk untuk mereka.

"Tuan muda Shang, setiap kali saya di sini, Wu Chou ini akan begitu angkuh sehingga kewujudan saya pun dia tidak endah. Kali ini, kenapa dia..." Cao Xiong tidak dapat menahan curiganya.

Walaupun Pavillion Hongtian cuma sesebuah kedai makanan, orang di sebalik tadbir bukan sebarang. Jika tidak, mustahil untuk mereka beroperasi dalam kawasan Akademi Hongtian dalam skala sebegini!

Dahulu, apabila dia di sini untuk makan, pengurus Wu akan tidak endahnya. Namun kali ini, badannya bongkok ke hadapan dengan kelakuan paling sopan sekali. Perbezaan antara kelakuan membuatkannya meragui kejujurannya.

"Semestinya kamu tahu dulu terdapat seseorang tetua Hong di akademi ini!" Shang Bin berkata.

Cao Xiong mengangguk kepalanya.

Akademi Hongtian diasaskan oleh Hongtian. Selepas kematiannya, cucu-cicitnya menyambung pewarisannya. Akibatnya, tetua yang mempunyai 'Hong' akan dipandang tinggi di dalam akademi ini.

Dia pernah dengar tentang tetua Hong Hao. Dia seorang yang amat kuat dan pernah cuba bersaing untuk jawatan pengetua. Namun, selepas itu, dia meletakkan jawatannya sebagai seorang tetua begitu sahaja dan hilang dari media massa.

"Selepas meletakkan jawatan sebagai seorang tetua, dia memulakan kedai makanan ini. Dia dahulu kawan akrab atuk saya, oleh itu, pengurus Wu akan menjemput saya dengan hormat setiap kali saya di datang ke sini!" Shang Bin mengisytiharkan dengan megah.

"Ah, itulah sebabnya!" Cao Xiong mengangguk kepalanya.

Tidak hairanlah Pavillion Hongtian ini mampu berkembang ke skala sebegini, ia ditubuhkan oleh tetua Hong Hao.

Untuk dijemput oleh pengurus kedai makanan sebesar ini, mesti sesuatu yang membanggakan.

"Un?"

Tiba-tiba di tengah dia sedang menikmati layanan yang tidak pernah diterimanya, Cao Xiong terpaku dan mukanya mulai menampakkan kemarahan.

"Apa hal?" Shang Bin melihatnya dengan muka keliru.

"Itu Zhang Xuan kan? Bagaimanakah dia boleh mampu untuk makan malam di sini?" Cao Xiong menuding ke meja di tepi tingkap.

"Zhang Xuan?" Shang Bin berpaling melihat juga. Selihatnya, dia juga ternampak raga seseorang di depannya. Bulu keningnya melonjak ke atas dan kemarahan mula melimpah darinya. "Kenapa dia bersama dengan sampah sebegitu? Saya sudah menjemputnya makan banyak kali tetapi setiap kali dia menolak jemputan saya. Rupa-rupanya dia sebenarnya sedang makan dengan orang lain! Celaka sungguh!"

Selaku cucu seorang tetua, seorang guru berpangkat tinggi dan Peninju 5-Dan alam Dingli tahap Pakar, dia sudah beberapa kali menjemput Shen Bi Ru untuk keluar makan, namun, dia tidak pernah bersetuju. Asalnya, dia ingat Shen Bi Ru tidak akan setuju untuk makan dengan sesiapa pun. Tidak dalam jangkaannya dia akan dudud dengan sampah terkemuka akademi ini!

Dia hampir pengsan kerana kemarahannya!

Dia berdiri selepas menumbuk meja dan bersedia bergegas ke situ untuk menyoalnya. Namun, dia teringat perangai Shen Bi Ru dan dengan segera duduk semula.

Dia amat benci orang mengacaunya. Jika dia bergegas ke situ untuk menyoalnya sekarang sebegini, dia mesti akan naik marah dengan perangainya dan melepaskan geram padanya, semestinya dia tidak akan ada harapan lagi untuk melamarnya.

"Tuan muda Shang, jangan marah. Saya ada idea untuk mendedahkan Zhang Xuan di depan Cikgu Shen! Lebih-lebih lagi, ini berkemampuan untuk mengagungkan kekayaan tuan muda Shang!" Cao Xiong seorang pakar dalam pergaulan harian, ini membenarkannya untuk mendapat tahu situasi sebenar dengan sekilas pandang. Sesebuah idea muncul dalam mindanya dan dia senyum sambil cuba memujuk Shang Bin untuk mengikutinya.

"Idea apa?"

"Semestinya Zhang Xuan ini sedang menarik perhatian cikgu Shen dengan belanja dia makan! Namun, selaku seorang guru berpangkat terendah, betapa banyak duit mungkin dia perolehi? Kita hanya perlu sedikit bercampur tangan untuk membuat bil mereka terlalu mahal untuknya bayar dan ini akan memalukan dia di depannya! Selepas itu, tuan muda Shang akan muncul untuk menyelamatkan cikgu Shen daripada situasi kekok itu…. Impressi cikgu Shen terhadap tuan muda Shang mesti akan bertambah baik selepas itu. Mungkin bunga cinta sendiri akan mekar sambil dia memeluk kamu…" Cao Xiong berkongsi rancangannya.

"Baiklah, kita buat cara kamu!" mata Shang Bin berkelip sambil dia mengangguk kepala dengan puas.

Bukan sahaja dia dapat memalukan Zhang Xuan, malah dia juga dapat memberi impresi baik kepada Shen Bi Ru pada masa sama. Idea ini terlalu hebat!

Nampaknya Cao Xiong ini bukan sekadar mampu mengajar, dia juga tahu cara menangani orang lain.

Nampaknya dia telah dibesarkan dengan baik….

.......

Zhang Xuan tidak tahu ada orang sedang berkomplot terhadapnya sekarang. Sambil makan makanan sedap di depannya, dia hanya mampu mengangguk kepala dengan kepuasan.

Teknik masakan mereka di sini mungkin tidak semaju teknik di bumi, namun dunia ini kaya dengan tenaga rohani, tambahan pula bahan yang digunakan segar dan sedap, oleh itu, ini menyediakan pengalaman pemakanan yang baik dan berbeza.

Tidak lama kemudian, semua hidangan telahpun dimakan bersih dan kebanyakannya oleh Zhang Xuan. Shen Bi Ru hanya makan sedikit sahaja.

Melihat bagaimana orang ini hanya berminat terhadap makanan, sehingga tidak endah kehadirannya, Shen Bi Ru mengigit bibirnya menahan marah.

Asalnya, dia ingat Zhang Xuan sekadar berpura-pura tidak berminat untuk menarik perhatiannya. Sekarang dia perasan Zhang Xuan tidak pernah menganggap dia sebagai sesuatu yang penting…..

Tidak kira sama ada mereka itu guru cendekiawan ataupun guru terkenal di akademi, mereka tentu akan terpukau dengannya dan menawar pertolongan. Namu, orang ini, guru tersampah di akademi, memperlakukan seakan dia tidak apa, sehingga membuat dia mengetap gigi dengan marah. Jika bukan kerana tatasusila, dua dua belah kakinya sudah tentu berjumpa dengan muka Zhang Xuan sekarang.

Semakin dia fikir, semakin dia marah. Dia tahu jika dia sambung melihat dia makan, sudah tentu dia akan mati kerana kemarahan. Dia berpaling dan memanggil pelayan. "Bil!"

"Jumlah dia 1280 syilling emas!"

Seorang pelayan berjalan ke meja.

"1280?" Shen Bi Ru terpaku. "Kenapa mahal sangat?"

Untuk guru berpangkat tinggi seperti dia pun, dia hanya mendapat 1000 syilling emas setiap bulan. Makanan di depannya sekarang beharga lebih daripada gaji bulanannya?

Bagaimana mungkin mahal sangat?

Dia sudah kira dengan betul semasa dia memesan hidangan dan bil tersebut tidak sepatunya mencecah 100. Bagaimana dia boleh melompat lebih 1000 pula?

"Maaf tetapi botol arak ini sendiri sudah beharga 1200 syilling emas!" Pelayan tersebut mejelaskan.

Sebelum ini, semasa mereka berdua sedang makan, seorang pelayan telah tanya sama ada mereka mahu arak. Shen Bi Ru ingat ia baik untuk mereka mempunyai sedikit arak sambil makan lalu mengangguk kepalanya. Bagaimana mungkinkah dia boleh terbayang arak tersebut mahal sangat!

"Kami tidak diberitahu tentang harga arak ini…."

Muka Shen Bi Ru sekarang menjadi amat pucat.

Betapa mentahnya pun, jelas dia telah ditipu.

"Kalau kamu betul-betul tidak mahu, kamu patut tanya dahulu. Memandang kamu tidak tanya, kami ingat kamu tahu tentang harganya, oleh itu, kami tidak mengatakan apa yang tidak perlu dikatakan!" Pelayan tersebut melihatnya dengan mata sinis.

"Hmph!" melihat perangai pelayan tersebut, Shen Bi Ru tahu tidak ada faedahnya untuk membuat kecoh. Sebaliknya, dia mengambil dompetnya dia bersedia untuk membayar. Tiba-tiba, mukanya bertambah pucat. "Saya tidak ada cukup duit sekarang, boleh tak kamu letaknya dalam hutang saya dahulu, saya akan bayar selepas mendapatkan duit secukupnya".

Hari ini, dia hanya berhasrat untuk belajar di Pavillion Kompendium. Oleh itu, dia tidak membawa keluar banyak duit. Selepas itu, kerana terserempak dengan Zhang Xuan dan dikejutkan sehingga begitu, dia terus lupa tentang jumlah duit yang dipunyainya sehinggalah sekarang. Dia hanya ada lebih kurang 100 syiling emas sekarang, jauh kekurangan daripada seribu lebih yang diperlukannya.

Belanja seorang makan tetapi tidak cukup duit untuk bayar….

Dia merasa mukanya merah sambil berhasrat mencari sesebuah lubang di lantai untuk bersembunyi di dalam.

"Jangan memesan makan kalau kamu tidak mampu! Memandang kamu telah pesan, tolong bayar. Jangan berharap dapat makan untuk percuma di sini!" Pelayan tersebut bercakap dengan angkuh.

"Kamu…."

Muka Shen Bi Ru yang cantik dipenuhi kemarahan.

"Apa hal?"

Pada saat ini, kedengaran suara Shang Bin. Shang bin ditemani oleh Cao Xiong dan Singa Penghancur Langit, berjalan dengan angkuh ke meja mereka.

Berpakaian baju putih, tangannya di belakang dan kepalanya condong ke atas seakan-akan berbangga diri. Pada hari biasa, reputasinya dengan pemakaiannya bersama dengan Singa Penghancur Langit akan membuatnya kelihatan seperti seorang budiman.

Namun, sekarang, dengan mukanya penuh dengan lebam dan matanya seakan panda. Dia kelihatan sebagai badut.

Namun, dia seakan tidak tahu tentangnya malah berjalan dengan bangga. Sambil berjalan ke hadapan, dia menoleh pandangannya kepada Shen Bi Ru. Berpura-pura terkejut, dia berkata, " Cikgu Shen, nampaknya takdir kami berjumpa di sini"

Dia berpaling ke belakang dan bertanya pelayan tersebut. "Apa yang berlaku di sini? Ia tidak baik untuk membuat kecoh di kedai ini!"

"Ah, tuan muda Shang!" Pelayan tersebut menukar kelakuannya. Dia tidak lagi mengunakan nada angkuh seperti dahulu tetapi mengunakan nada yang hormat sambil menjelaskan, "mereka telah makan tetapi tidak mempunyai cukup duit untuk bayar…"

"Tidak cukup duit untuk bayar?"

Shang Bin mengeleng kepalanya sambil menunjukkan ekspresi kecewa. Dia melihat Zhang Xuan dan berkata, " Cikgu Zhang, bukan saya mahu cakap, tetapi kalau kamu tidak cukup duit, jangan cuba berpura-pura bermurah hati dan belanja orang makan di sini. Lihatlah, sekarang kamu telah memalukan diri sendiri! Selaku guru tersampah di akademi ini, kamu mungkin sudah biasa dengannya tetapi untuk membawa cikgu Shang juga, kamu ini sudah keterlaluan!"

"….."

Melihat muka Shang Bin yang angkuh, Zhang Xuan berhenti untuk seketika sebelum berpaling ke belakang dan melihat Shen Bi Ru. " haih, dia sedang bercakap kepada kamu ni. Kalau kamu tidak cukup duit, jangan berpura-pura bermurah hati. Tengoklah, sekarang kamu sudah memalukan diri sendiri…"

"kamu….."

Mendengar sahaja ayat Shang Bin, Shen Bi Ru mulai marah. Namun, untuk mendengar Zhang Xuan mengulangi ayat sama, dia hampir meletup dengan segala kemarahan yang terkumpul di dalamnya pada hari ini. Dia mencondong kepalanya ke atas sambil menjuling Shang Bin, yang cuba membuat imej baik supaya menarik perhatiannya. Baiklah, baiklah, dia menatap giginya lalu meraung, "Shang Bin, saya mencabar kamu cakap sekali lagi siapa yang sedang berpura-pura murah hati ini?"