"Bagaimana ia boleh begitu cepat?"
"Masih tidak sampai masa separuh colok pun selepas dia masuk ke dalam, kan? Dia baru mulakan kelasnya…. sekarang dia sudah habis?"
"Apa yang dia telah ajar sebenarnya?"
Selepas mendengar deringan tersebut, semua orang mula menggeletar.
Selepas Lautan Teknik Pertapaan ini memberikan kitab rahsia kepada si pengambil ujian, dia akan diberikan masa satu colok untuk membacanya sebelum menjalankan kelasnya.
Hanya separuh masa satu colok telah berlalu sejak dia berjalan masuk tetapi Loceng Wali Whilom itu sudah mula berdering. Dia tidak baca ke kitab itu sebelum memulakan kelas?
Lebih-lebih lagi… dia telah menghabiskan kelasnya dengan sebegitu cepat?
Hanya selepas seseorang itu menghabiskan kelasnya barulah Loceng Wali Whilom ini akan berdering sebagai tanda menunjukkan pengiktirafan, kebolehan ataupun kekurangan seseorang!
Untuk ia mula berdering dalam masa separuh colok…