"Membaca dengan betul?" Angin bertiup meniup janggut tetua Mo sambil mukanya bertukar menjadi merah seakan boleh meletup pada bila-bila masa sahaja. "Tanpa menyalin nota untuk mentafsirkan isi kandungan buku dan sekadar mengimbas buku secara rawak. Beritahu saya, siapa di dunia ini membaca seperti awak?"
"Perlukan pembacaan berserta dengan pencatatan nota untuk mentafsirkan isi kandungannya?" Hanya sekarang Zhang Xuan faham kenapa tetua Mo marah sangat. Dia tidak tahu apa yang patut dikatakan.
Dalam hidup lepasnya, dia seorang pustakawan. Tugasnya dahulu semirip tugasan tetua Mo sekarang. Namun, untuknya, selagi seseorang memegang kad kebenaran untuk meminjam, dia akan dibenarkan masuk ke perpustakaan dan tidak ada sesiapapun yang akan kisah perbuatannya di dalam. Selagi dia tidak bunuh seseorang ataupun memulakan kebakaran di dalam perpustakaan, dia bebas melakukan apa sahaja di situ!
Asalnya, dia ingat tetua Mo sengaja membuatnya susah untuk dia disebabkan oleh keputusan Peperiksaan Kelayakan Gurunya. Namun, selepas semua itu, rupa-rupanya sebabnya ini sahaja!
"Buku ini didapati melalui usaha-usaha moyang akademi ini dan setiap daripada mereka merupakan hasil titik peluh dan tumpahan darah mereka. Kalau kamu bukan di sini untuk belajar, maka jangan sentuh ia! Mengimbas setiap buku seperti yang dilakukan kamu itu, apa yang mungkin boleh kamu lakukan kalau bukan membuat hal?" Tetua Mo menggerakkan tangannya dengan rasa marah.
"Saya…Baiklah, kalau kamu hendak percaya saya di sini untuk membuat hal, saya akan terima sahajalah!"
Zhang Xuan ingin menjelaskan apa yang sebenarnya belaku tetapi selepas berfikir untuk seketika, dia menggeleng kepalanya dan memutuskan untuk membiarkan sahaja.
Kewujudan Perpustakaan Jalan Syurga ini tidak boleh didedahkan. Oleh itu, ini juga bermaksud dia tidak akan dapat menjelaskan tindakannya dalam mengimbas melalui beberapa buku dengan kelajuan tersebut.
Oleh kerana dia tidak perlu datang ke sini lagi pada masa hadapan, tidak ada faedahnya untuk menjelaskan apa yang berlaku. Lagipun, reputasinya sudah teruk sehingga tidak ada bezanya jika ditambah lagi dengan insiden ini.
"Sekurang-kurangnnya kamu sanggup mengaku! Sekarang sila berambus dari sini!" Sejurus sahaja selepas Zhang Xuan 'mengaku', rasa benci jelas terpapar dalam mata tetua Mo. Dia melambaikan tangannya untuk memberitahu Zhang Xuan supaya meninggalkan tempat tersebut.
"Saya pergi dahulu!"
Sejurus sahaja dia mengambil selangkah, aroma wangi menyelebunginya dan seseorang muncul di depannya. Sambil menghalangnya, Shen Bi Ru berkata, "Tunggu sekejap!"
"Apa kamu mahu sekarang?" Zhang Xuan melihatnya dengan muka tewas. "Kamu membaca buku kamu sambil saya membaca buku saya. Tentunya saya tidak menganggu kamu tadi!"
"Hmph!"
Biasanya, apabila dia menghentikan seseorang, seseorang itu akan berasa gembira. Namun, orang ini seakan berasa jengkel dengannya. Shen Bi Ru mengerutkan dahinya. "Ini bukan berkaitan dengan itu. Bukankah kamu bercakap kamu sedang membaca semua buku tersebut tadi? Selepas membaca untuk masa begitu panjang, tentunya kamu mengingati walaupun sedikit daripada isi kandungannya!"
"Apakah maksud kamu?"
Tanpa tahu apa yang sedang dilakukan ataupun niat perempuan ini, Zhang Xuan hanya mampu melihatnya dengan keraguan.
"Senang sahaja, Saya perasan tadi kamu membaca 'Lapan Cara Penyempurnaan Pil'. Kebetulan, terdapat beberapa bahagian di dalamnya yang saya tidak faham. Oleh itu, saya cuma berhasrat untuk bertanya kepada kamu tentangnya. Kamu tidak akan menolak permintaan saya, bukan?" Shen Bi Ru tanya.
Sebenarnya, niatnya senang sahaja. Bukankah orang ini sekadar membuat tayangan di depannya dengan mengimbas melalui semua buku tersebut?
Jikalau demikian, jika dia menyoalnya berkaitan dengan buku tersebut dan dia tidak dapat menjawab soalannya, maka jelas semua adalah lakonan!
"Lapan Cara Peyempurnaan Pil?" Perpustakaan Jalan Syurga bergema dan buku tersebut muncul di dalamnya. Sememangnya dia telah mengimbas melalui buku tersebut tadi. "Kalau ada sesuatu yang kamu tidak pasti, kamu boleh tanya saya dan saya akan menjawab soalan kamu. Namun, saya ingin pergi makan sekarang dan oleh itu tidak ada banyak masa untuk dihabiskan di sini. Oleh itu, tolong cepat sikit…"
"Kamu…"
Sambil mengenggam penumbuknya dengan ketat, Shen Bi Ru hampir pitam dari kemarahannya.
Nadanya seakan guru yang letih menjawab soalan seorang anak murid yang mencari penjelasan.
Pertama, saya seorang jelitawan. Kedua, saya seorang guru berprestij tinggi di akademi ini dan lebih-lebih lagi seorang guru terkenal di akademi ini! Jika saya tanya kamu soalan, Jelas kerana saya sedang menguji kamu. Kenapa pula ini kedengaran seperti saya sedang belajar dari kamu pula?
Semua orang mempunyai kepakaran mereka tersendiri, oleh itu setiap guru di akademi biasa akan bertanya sesama mereka untuk belajar. Namun, selaku orang yang mendapat kosong dalam Peperiksaan Kelayakan Guru, apa yang membuatkan kamu berasa layak untuk saya belajar dari kamu?
Menahan rasa marahnya yang sudah ingin melimpah keluar, Shen Bi Ru menatap giginya dan berkata, "Tadi, saya terbaca sesuatu ungkapan dari buku tersebut 'kalau herba berselerak, ia akan susah untuk menghasilkan pil! Kalau herba pula berkumpul, pil kuning akan menjelma!' Saya mendapati ayat ini aneh dan tidak dapat memahaminya. Bolehkan cikgu Zhang menjelaskan maksudnya untuk saya?"
Sejurus sahaja perkataan 'menjelaskan' terkeluar daripada mulutnya, giginya hampir hancur dari penetapan giginya.
Selaku seorang jelitawan, jika bukan kerana ingin memalukannya, dia tidak akan mendapatkan pencerahan daripada seorang sampah.
"Kamu masih mahu bertanya soalan walaupun dengan ingatan kamu yang…." Dia tidak menjangkakan Shen Bi Ru akan bertanya soalan sebegini. Dia bersambung. "Ayat betul sebenarnya ialah 'kalau herba berkumpul, ia akan susah untuk pil menjelma! Kalau herba berselerak, pil kuning akan menjelma!'. Maksudnya senang sahaja. Apabila dalam proses penyempurnaan pil, sewaktu cecair ataupun serbuk herba mula berkumpul, ia akan menjadi mustahil untuk menggabungkan ciri-ciri perubatannya. Tetapi, kalau mereka diasingkan dan bercampur dengan teliti, pil yang terhasil akan kuning seakan mata telur!"
Selepas mengimbas melalui semua buku di Pavillion Kompendium, dia mampu mengetahui cara betul untuk menyempurnakan pil dengan hanya seperti memetik jari. Dia mungkin boleh memperbodohkan orang lain dengan soalan sebegini, tetapi untuknya bertanyakan kepadanya soalan sebegini? Lawak sungguh!
Paling teruk sekali ialah….dia boleh melafazkan soalan dengan salah! Nampaknya kehebatannya sekadar terlalu dibesarkan!
"Macam mana, tak boleh jawab, bukan! Ah….Kamu cakap apa?"
Dia menyangkakan Zhang Xuan tidak akan dapat menjawab soalannya. Dia tidak pernah menyangka pun Zhang Xuan mampu menjawab dengan begitu senang. Shen Bi Ru tidak bersedia untuk situasi sebegini hanya mampu terpaku di tempatnya, matanya yang cantik hampir terkeluar dari lubang matanya.
Dia dengan sengaja melafazkan ayat tersebut dengan salah dengan harapan dia akan memberikan pengajaran salah. Dalam pandangannya, orang ini hanya membuat tayangan sahaja di dalam Pavillion Kompendium dan tidak menyerap sebarang ilmu daripada semua buku yang diimbasnya. Jika dia dengan rawak bertanyakan kepada dia tentang isi kandungan sesebuat buku, semestinya dia tidak akan mampu jawab!
Oleh itu, dia melafazkan ayat tersebut dengan salah untuk memalukan Zhang Xuan!
Siapalah boleh mampu menjangka….. bukan sahaja dia tahu ayat tersebut dilafazkan dengan salah malah memberikan jawapan yang paling tepat kepada soalannya!
Bagaimana….bagaimana ini mungkin?
Mungkinkah orang ini betul-betul mengingati dan memahami seluruh 'Lapan Cara Penyempurnaan Pil' dengan hanya mengimbas melaluinya?
Tetapi itu mustahil!
Dia hanya seorang yang mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru, bagaimana mungkin untuknya begitu berpengetahuan dalam sesuatu yang tidak konvensional seperti penyempurnaan pil?
"Baiklah, ada soalan lain tak?" Sambil mengurut perutnya yang sudah berbunyi, Zhang Xuan mendesaknya supaya habiskan soalannya.
"Saya masih ada satu lagi!" Walaupun dengan muka terkejut, selihat sahaja melihat muka Zhang Xuan yang tidak berekspresi, Shen Bi Ru dengan segera bertanya soalan baru. "Ada satu lagi ungkapan yang saya tak faham. 'Apabila menyempurnakan sesebuah besi dalam api, jangan mencampurkannya apabila mereka tidak tulen!'"
Selepas habis dengan soalannya, dia senyum dengan sinis menunggu Zhang Xuan tersentap.
Soalan yang ditanya sebelum ini berkaitan dengan penyempurnaan pil manakala ini pula berkaitan dengan penempaan senjata. Ungkapan ini dilihatnya pada sesebuah kitab kuno. Dia tidak dapat memahaminya walaupun telah cuba mentafsirnya untuk sebulan. Akhirnya, dia hanya mampu mendapat jawapannya selepas bertanya dengan seorang tukang besi pakar!
Asalnya, dia hanya ingin memalukan Zhang Xuan dan menunjukkan akibat membuatnya marah. Namun, dia tidak menjangkakan untuknya mampu menjawab maksud di sebalik ayat di dalam Lapan Cara Penyempurnaan Pil!
Ini membuatnya berasa tercabar dan memaksanya untuk mengeluarkan soalan yang paling susah supaya membuatnya terdiam.
"Ini…."
Berdiri di tepinya, tetua Mo turut terkejut Zhang Xuan mampu menjawab soalan pertama. Walaupun itu, dia tidak terkejut sangat.
Lapan Cara Penyempurnaan Pil merupakan kitab asas pelajar pembuatan pil sama dengan Formula 9-Dan Hongtian kepada para pertapa. Walaupun seseorang tidak belajar penyempurnaan pil, tidak aneh untuk mereka tahu sedikit sebanyak tentangnya.
Apabila Shen Bi Ru bertanya soalan seterusnya, dia sendiri terkejut. Ini kerana dia sendiri mendapati ia susah untuk mentafsirkan maksud daripada ayat ini.
"Apabila menempa besi dalam api, jangan mencampurkannya apabila mereka tidak tulen!" Sejurus sahaja kedua-dua mereka menyangkakan Zhang Xuan tidak akan dapat menjawab, Zhang Xuan menggeleng kepalanya dan melihat Shen Bi Ru seakan dia melihat seorang yang bodoh. "Kenapa susah sangat untuk memahami ayat ini? Ia Cuma bermaksud apabila menempa senjata, seseorang perlu menyempurnakan bahannya dengan api dengan teliti untuk membuang bahagian yang keruh. Hanya dengan itu senjata tersebut boleh ditempa dengan lebih efisien! Boleh saya tanya kamu soalan yang lebih susah? Ilmu asas seperti ini boleh difahami dengan senang selepas menbaca lebih banyak buku!"
"Ini…"
Badan Shen Bi Ru yang langsing terpaku di situ.
Dia perlu mencari dan berunding dengan ramai orang sebelum dapat mendapatkan jawapan kepada soalan ini. Namun, Zhang Xuan mampu dapat menjawabnya dengan senang sahaja. Ini…..
Bukan sahaja dia, malah tetua Mo pun hampir pengsan daripada kejutan ini.
Untuk Zhang Xuan berjaya menjawab soalan yang dia sendiri tidak tahu jawapannya, mungkinkah dia… betul betul belajar apabila dia mengimbas melalui semua buku tadi?
"Cikgu Zgang, nampaknya jawapan kamu kurang tepat. Kalau saya ingat dengan betul, terdapat penjelasan kepadanya dalam "Perbentangan Pertikaian Pelbagai" yang berbeza dengan apa yang dikatakan kamu. Di dalamnya, ia berkata kalau kamu ingin menambahkan besi kedalam sesebuah pil, kamu perlu menyempurnakannya dahulu, jikalau tidak, ia tidak akan bergabung dengan baik!"
Dalam rasa tidak percaya, tetua Mo bercakap.
"Kamu mengingatinya dengan salah, tidak ada ungkapan yang begitu di dalam 'Perbentangan Pertikaian Pelbagai', tidak ada pun ungkapan yang seiras di dalamnya. Apa yang dibaca oleh kamu mesti daripada 'Perbentangan Teori Pelbagai' yang ditulis oleh senior Liu Ze. Terdapat ungkapan seiras di situ, tetapi apa yang tercatat ialah 'Apabila menyempurnakan besi bersama dengan pil, jangan mencampurkannya apabila mereka tidak tulen', dan bukannya menyempurnakan besi di dalam api!"
Zhang Xuan menggerakkan tangan dengan bersemangat.
Dia tidak perasan mereka berdua sedang mengujinya. Dia ingat mereka berdua tidak dapat mengingati isi kandungan sesebuah buku dengan betul lalu menyambung. "Oh, buku ini berada di penjuru baris ke sembilan dalam Pavillion Kompendium. Ayat yang kamu cakap tercatat pada mukasurat 49! Berkaitan dengan soalan Cikgu Shen tadi, kalau kamu ada sebarang keraguan terhadap penjelasan saya, kamu boleh membaca 'Tiga Seni Kraf Api' yang ditulis oleh senior Du Qu. Buku itu berada di penjuru rak ke lima belas dan penjelasannya tertulis di mukasurat ke 24!"
"Biar saya pergi lihat!"
Shen Bi Ru melihatnya dengan penuh keraguan. Dengan segera dia pulang ke Pavillion Kompendium dan selepas seketika dia keluar semula dengan buku di tangannya, 'Perbentangan Teori Pelbagai' dan 'Tiga Seni Kraf Api'. Mengimbas ke muka surat yang dikatakan oleh Zhang Xuan, dia terkejut dan hampir pengsan di situ juga.
Semua yang dikatakan oleh Zhang Xuan betul…. tanpa ada sebarang perkataan pun yang salah!
Dia bukan sahaja mengingati isi kandungan buku, malah rak, lokasi dan muka surat pun diingatinya?
Adakah dia sedang bermimpi sekarang?