Tetua Mo mengambil buku yang dipegang Shen Bi Ru kemudian membacanya. Sekian sahaja melihatnya, seluruh badannya mula menggeletar.
Ini… Ini mustahil!
"Baiklah, ada apa-apa lagi tak yang kamu tak tahu dan mahu penjelasan? Kalau tidak, saya ingin pergi dulu!" Zhang Xuan melihat mereka dengan muka keliru.
Adakah kedua-dua orang ini sakit?
Jika mereka betul-betul mempunyai soalan yang tidak diketahui, mereka sepatutnya bertanya soalan lebih susah daripada ini. Namun, mereka tetap memilih untuk tanya soalan di mana jawapannya terdapat dalam buku lain. Dia tidak perlu pun untuk memeras kepalanya untuk mendapatkan jawapan untuk mereka. Bosan sungguh.
Padahalnya, seorang daripada mereka merupakan pustakawan dan pakar manakala seorang lagi guru terkenal di akademi… puih! Mereka ini tidak dapat pun menyamai tarafnya selaku seorang yang dilahirkan semula, mereka ini sememangnya kurang ilmu!
"Kalau kamu tidak kisah, saya ada satu lagi soalan yang membelenggui saya. Bagaimanakah kamu akan mentafsirkan ' Mengalirkan kitaran qi, merenungkan pemandangan seribu penciptaan'?".
Menahan rasa tidak percayanya, tetua Mo bertanya.
Seorang tetua telahpun bertanyakan soalan ini beberapa hari sebelum ini. Selepas dia tidak dapat menjawab soalan tersebut, dia telah mencari seluruh pelosok Pavillion Kompendium untuk mencari jawapannya, namun usahanya tidak mendatangkan hasil. Oleh itu, dia hanya mampu meninggalkan perpustakaan dengan hati yang muram. Sekarang, kerana budak ini telahpun berjaya menjawab beberapa soalan, dia tidak dapat menahan untuk bertanyakan soalan tersebut kepadanya.
"Kamu tidak tahu ke?" Zhang Xuan melihatnya seakan melihat seorang bodoh. "Inikan asas kepada pertapaan kan? Perkara ini merujuk kepada fenomena di mana apabila qi melengkapkan satu kitaran melalui badan seseorang pertapa, minda orang tersebut akan seakan menjelajah seluruh dunia sambil memahami peraturan penciptaan dunia! Ini tercatat dalam buku 'Teori Darah dan Qi' oleh senior Bai Ming. Buku tersebut berada di rak ke 27 dan penjelasannya pada mukasurat ke 69!"
'Mengalirkan kitaran qi, merenungkan pemandangan seribu penciptaan'. Pepatah ini antara beberapa pengajaran yang tiada kelemahan dalam kitab pertapaan Peninju 1-Dan. Oleh itu, perkara tersebut memberi impresi yang besar kepada Zhang Xuan. Kebetulannya, seorang moyang Akademi Hongtian sendiri pernah mentafsirnya, oleh itu dia memberikan perhatian yang lebih kepadanya. Kenapa seorang tetua, seorang penjaga Perpustakaan Kompendium, perlu bertanya soalan senang seperti ini kepadanya?
Tetua Mo tidak menjawab kepada jawapan yang diberikan dengan segera tetapi sebaliknya seperti Shen Bi Ru, dia berjalan masuk ke Pavillion Kompendium. Sejurus kemudian, dia menjumpai buku bernama 'Teori Darah dan Qi' lalu menyelak ke muka surat ke 69. Badannya terpaku.
Terlalu tepat apa yang dikatakan olehnya!
Beberapa hari yang lalu, tetua ini telah mengimbas melalui pelbagai kitab tetapi tidak berjaya mendapatkan jawapan kepada soalannya ini. Tidak disangka dia akan mendapati jawapannya dalam buku yang tidak dikenali seperti ini!
Buku yang begitu tidak dikenali…untuknya membacanya sehingga mengingati semua benda….termasuklah mukasurat?
Tetua Mo berasa seakan dunia sedang berputar di sekelilingnya dan semua benda seakan tidak masuk akal pada saat ini.
Jika bukan kerana reputasinya, dia mungkin sudah mencabut keluar rambutnya sekarang.
Tadi, dia baru sahaja menuduh Zhang Xuan membuat hal dalam perpustakaan. Akhirnya, bukan sahaja dia membaca buku dengan betul, malah mengingati semua isi kandungannya. Dia berasa malu dan ingin mencari lubang di lantai untuk menyembunyikan mukanya.
Adakah ini guru yang mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru?
Jika Zhang Xuan mendapat tempat terakhir dengan ilmu yang dimilikinya ini, bukankah ini bermaksud dia sendiri tidak layak mendapat kosong markah pun?
"Baiklah, lain kali baca lebih banyak buku. Jawapan kepada semua persoalan kamu terkandung dalam buku yang wujud dalam perpustakaan ini!" Melihat mereka berdua terpegun, Zhang Xuan berkata seakan memberi pengajaran dalam kelas. Kemudian, dia menggeleng kepalanya dan berkata, "Kalau tidak ada apa lagi, saya akan pergi dulu!"
Selepas berkata demikian, dia mula mengambil langkah dari tempat tersebut.
Dia sekarang terlampau lapar sehingga jika tidak mendapat makanan pada masa terdekat, kemungkinanan dia akan pitam dari kelaparan.
"Cikgu Zhang Xuan, tunggu saya…"
Hanya sekarang Shen Bi Ru pulih daripada terpegun tadi. Dengan cepat dia mengejar Zhang Xuan.
"Apa lagi kamu mahu?" Zhang Xuan berkata dengan nada seseorang yang terjengkel.
Perempuan ini sakit ke apa?
Saya sudah menjelaskan semua persoalan kamu! Kamu tak habis lagi? Tidakkah kamu boleh nampak saya ini sedang lapar dan ingin pergi makan?
"Saya belum makan lagi juga. Adakah kamu mahu makan malam bersama saya?" Shen Bi Ru berkata sambil mengetap giginya,
Dia bidadari akademi ini. Ramai lelaki mengajaknya keluar makan tetapi ditolak. Dia tidak pernah menerima walaupun satu pun jemputan Shang Bin untuk keluar makan dengannya.
Kejutan daripada perkara yang dipelajarinya tentang orang ini telahpun membuatnya curiga terhadapnya, oleh itu dia bertekad untuk menjemputnya keluar makan dan mengunakan peluang ini mendapat tahu apa yang membuatnya berubah sedemikian.
"Kamu mahu saya belanja kamu?" Zhang Xuan melihatnya dengan ekspresi yang bingung. "Apalah dalam kepala kamu! Kalau kamu mahu makan, gunakanlah duit kamu sendiri! Macam mana boleh wujud orang yang tak tahu malu seperti kamu?"
Kamu tanya saya soalan, maka saya telah menjawabnya untuk kamu. Namun kamu masih mengharapkan saya belanja kamu selepas itu?
Bagaimana kamu boleh begitu tidak tahu malu?
Dalam hidup lepasnya, dia telah mengkaji beberapa filem aksi, namun demikian, dia tetap seorang anti sosial. Dia tidak pernah betul-betul bercakap ataupun berinteraksi dengan kaum perempuan, oleh itu, dia sememangnya tidak memahami niat ataupun fikiran seorang perempuan.
"Kamu…." Melihat pandangannya dan mendengar perkataannya, Shen Bi Ru Hampir muntah darah dan pengsan.
Saya seorang perempuan cantik tahu? Perempuan cantik seperti saya akan mempunyai hak yang istimewa!
Ramai orang telah mengajak saya tetapi semuanya ditolak oleh saya. Namun, apabila saya mengajak kamu keluar, kamu lihat saya seakan raksasa pula….
Tidak tahu malu?!
Tidak tahu malu kepala otak kamu!
Siapa di dunia ini akan bercakap sedemikan dengan seseorang perempuan cantik?
Shen Bi Ru hampir mengamuk apabila memikirkan perkara ini.
"Baiklah, saya akan belanja kamu, Ok tak! Saya belanja kamu!" Sambil menatap giginya, Shen Bi Ru berkata dengan geram.
"Kamu belanja saya?" Zhang Xuan berhenti untuk seketika. Kerana reputasinya sebagai guru tersampah di akademi, pendapatannya hampir seakan tidak wujud. Oleh itu, bukanlah buruk untuk seseorang belanja dia makan. Selepas memikirinya, Zhang Xuan mengangguk kepalanya, "Baiklah, tapi saya mahu makan benda mahal. Saya tidak akan makan sebarang mantau ataupun lempeng yang biasa!"
"…." Shen Bi Ru menahan daripada ingin mengamuk sekali lagi.
Mantau….Lempeng? Apa benda tu?
"Jom !" Dia tidak mahu bercakap lagi. Dia takut lebih banyak dia bercakap dengannya, lebih cepat dia akan mati dari kemarahan.
Perpustakaan Jalan Syurga memberinya kebolehan untuk melihat segala kelebihan dan kelemahan semua teknik dan mingmen seseorang. Namun, ia tidak membolehkan dia untuk membaca firasat hati seseorang perempuan. Zhang Xuan tidak sedar dengan hanya beberapa perkataannya, dia telah membuat jelitawan tercantik di Akademi Hongtia sangat marah.
Mengikuti Shen Bi Ru dari belakang, Zhang Xuan berjalan menuju ke pintu masuk akademi. Walaupun pemandangan malam Akademi Hongtian tidak secantik sekolahnya di kehidupan lepas, pemandangan tersebut tetap menawan di bawah sinaran cahaya bulan. Apabila diselubungi tenaga rohani, atmosfera tempat itu sangat tenang dan aman.
Dalam hidup lepasnya, dia diselubungi asap dan kekecohan di mana-mana sahaja. Itu berbeza dengan keamanan yang didapati di sini. Zhang Xuan dengan tidak sedarnya sedang menikmati ketenangan permandangan menawan ini.
Shen Bi Ru yang sedang berjalan di hadapan ingat Zhang Xuan yang mengikutinya di belakang akan bertanya dia soalan untuk membuang atmosfera kekok tersebut. Namun, selepas kian lama sunyi, dia tidak dapat menahan menoleh ke belakang untuk melihat.
Apabila dia mencuri pandangan terhadapnya, dia terkejut.
Zhang Xuan berjalan dengan senyap sambil cahaya bulan menerangi jasadnya seakan sesebuah lukisan.
"Ini….Ini… Ketekadan Minda 2-Dan, Hati Setenang Air?"
Matanya mula mengecil.
Seseorang peninju bukan sekadar akan melatih zhenqi dan badan mereka. Perkara yang lebih penting merupakan minda mereka!
Lebih kuat minda seseorang, lebih teliti kawalan mereka ke atas pertapaan mereka. Hasil daripada itu, pertapaan seseorang boleh maju dengan lebih cepat dan ini membenarkan mereka mencapai tahap lebih tinggi pada masa hadapan.
Oleh itu, pakar telahpun mengklasifikasikan Ketekadan Minda kepada beberapa peringkat.
Hati Setenang Air merupakan alam 2-Dan untuknya!
Minda seseorang lebih susah untuk dilatih berbanding teknik tinju. Khabar angin mengatakan hanya pengetua sahaja yang telahpun mencapai tahap tersebut. Malah Shen Bi Ru pun, yang terkenal dan mempunyai bakat yang tidak tertanding di akademi ini dan yang telah mencapai tahap Peninju 5-Dan Puncak pada usia 20 tahun, kalah hanya kepada cendekiawan terkenal Putera Bai, masih jauh daripada mencapai Ketekadan Minda 2-Dan.
Asalnya, dia ingat akan terlalu sukar untuk orang lain mencapai tahap begitu, tidak dalam mimpi tidak akan terbayang guru tersampah di akademi ini akan mempunyainya.
Jika bukan kerana dia melihat dengan mata sendiri, semestinya dia tidak akan percaya!
Bagaimana ini mungkin?
Ini merupakan Ketekadan Minda 2-Dan! Sesuatu yang lebih susah untuk dicapai daripada Peninju 6 ataupun 7-Dan!
"Mungkinkah…. Dia betul-betul bukan sampah malah…. Dengan sengaja mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru untuk membuat orang lain mencaci dan mengejeknya supaya dapat menguatkan ketekadan mindanya?"
Tiba – tiba, sesebuah pendapat aneh muncul dalam mindanya.
Dahulunya, dia tidak bergaul sangat dengan guru Zhang, oleh itu, dia tidak tahu keperibadiannya. Hari ini, melalui perbualan mereka, dia menyedari Zhang Xuan bukan sahaja berilmu tetapi juga telah mencapai Ketekadan Minda 2-Dan Hati Setenang Air!
Tahap ini ramai hanya mampu mimpi memiliki tetapi tidak akan berdaya mencapainya dalam hayat mereka!
Nampaknya keputusan Peperiksaan Kelayakan Gurunya sebenarnya disahajakan. Matlamat sebenarnya untuk mengunakan ejekan dan cacian orang lain untuk memperkuatkan mindanya supaya dapat memasuki alam 2-Dan Ketekadan Minda.
Dia mendapatinya susah untuk percaya orang yang memiliki Ketekadan Minda sebegini akan tidak mampu lulus dalam Peperiksaan Kelayakan Guru yang biasa.
"Hmph, sambunglah lakonan kamu itu. Saya akan membongkarkan helah kamu itu nanti!"
Memikirkan betapanya telah ditipu oleh orang ini, dia mengetap giginya dengan ketat.
Orang ini terlalu membenci Zhang Xuan. Dia bertekad untuk mencari peluang mendedahkannya kepada orang lain!