"Pil berjaya ditempa?"
Mo Yu terkejut. Dia bertanya sambil bibirnya menggeletar, "Adakah mungkin… penempaan itu telah berjaya?"
Semua orang ingat penempaan pil itu sudah gagal kerana kawah itu meletup. Namun, di tangan Zhang Xuan sekarang terdapat beberapa pil bulat yang beraura tenaga yang. Adakah ini Pil Matahari Terik?
"Berjaya?"
"Bagaimana ini mungkin?"
Dengan persoalan Mo Yu itu, semua orang menumpukan perhatian mereka kepada pil di tangan Zhang Xuan itu dan selepas melihat pil tersebut di tangannya, mereka sekali lagi berasa bingung.
Apa sedang berlaku ini?
Tidak disangka-sangka pil itu akan berjaya ditempa!
Badan Zhu Jinhuang dan Zhou Xuan menjadi kaku lalu jatuh ke lantai sekali lagi seakan telah ditampar dengan kuat.
Mereka baru sahaja menuduh orang ini mencuba sesuatu jauh melepasi kebolehannya, tetapi, pada saat itu juga, orang ini telah mengeluarkan pil ini….