"Zhang Xuan, saya tidak sangka kamu semakin menjadi-jadi selepas tidak berjumpa untuk sehari!" Sambil berjalan masuk ke dalam bilik, Shang Bing meneliti persekitarannya dan perasan 'sampah' tersebut telah mendapat lima orang anak murid. Mukanya bertukar sinis sambil berkata, "Kamu berani menipu Puan Muda Wang Ying, Puan Muda Zhao Ya dan yang lain, termasuklah menipu pelajar Guru Cao Xiong untuk belajar di bawah kamu pula, dari manakah kamu mendapat keberanian yang sebegitu!"
"Guru Shang Bin? Guru Cao Xiong?"
Melihat orang-orang yang meluru masuk ke dalam kelasnya, muka Zhang Xuan berkerut. "Saya ini sedang mengajar. Kalau ada apa-apa hal, tolong beritahu saya selepas kelas!"
"Kelas kepala otak kamu! Tuan Muda Shang sendiri datang ke sini, kamu ini berlagak hebat sangat untuk apa? Melihat pada taraf, bersyukurlah anak murid kamu tidak disalah ajar, namun kamu masih berani bercakap mengadakan kelas? Kamu ini budak mentah yang tidak tahu perkara asas, berani kamu berlagak hebat di depan kami!" Cao Xiong mengejek Zhang Xuan dengan sinis.
Memandangkan mereka berdua sudah pun begitu biadap dan kasar terhadapnya, tidak perlu lagi untuk melayan mereka dengan baik.
"Keluar dari sini! Kamu tidak diingini di sini!" Zhang Xuan menyepetkan matanya.
"Kamu masih nak berlakon? Zhang Xuan, adakah kamu ini tahu nama keluarga kamu sendiri?" Shang Bin ketawa. "Cepat lepaskan Puan Muda Zhao Ya dan Puan Muda Wang Ying dari perguruan kamu dan berikan balik Liu Yang kepada Guru Cao Xiong. Jikalau kamu berbuat demikian, saya mungkin akan mengundur diri dan tidak memberi kamu sebarang pengajaran hari ini. Kalau tidak… saya takut nanti kamu akan menghabiskan masa kamu sepanjang semester ini atas kerusi roda!"
"Kamu nak belasah saya?" Zhang Xuan memandang Shang Bin. "Akademi ini melarang guru daripada berlawan satu sama lain. Adakah Guru Shang Bin tidak tahu peraturan akademi ini?"
"Peraturan akademi tersebut untuk manusia. Dengan orang lain, saya mungkin masih takut untuk melanggar peraturan tersebut, namun terhadap kamu….Hihi, adakah kamu ingat akan ada seseorang dalam akademi ini yang akan mempertahankan sampah seperti kamu?" Shang Bin mengisytiharkan dengan air muka yang jelas menunjukkan niatnya yang keji.
"Saya faham, adakah ini disebabkan saya telah membuat kamu marah semalam? Adakah itu sebabnya kamu dengan sengaja mencari pasal dengan saya sekarang? Kamu tak takut Guru Shen Bi Ru tidak suka dengan kelakuan kamu ini?" Zhang Xuan berkata.
"Hihi, sekurang-kurangnya kamu sedar juga. Memandangkan saya sudah pun membuat keputusan untuk memberi kamu satu pengajaran, semestinya, saya tidak akan risau tentang perkara mengarut kamu…" Shang Bin tidak menafikan pertanyaan Zhang Xuan dan sekadar berjalan ke hadapan dengan gembira untuk memberi orang yang di depannya satu pengajaran. Tiba-tiba suara seorang yang marah mencelah.
"Itu kamu!"
Mata Yao Han bertukar menjadi merah.
Memandangkan bagaimana Zhang Xuan telah menyinggung perasan Shang Bin semalam dan Guru Shen Bi Ru terlibat dalam insiden itu juga, kalau Yao Han masih tidak dapat mengenal pasti orang yang membelasahnya, dia sendiri berasa dirinya terlalu bodoh!
"Apa?" Melihat kemarahan Pembantu Rumah Yao melimpah keluar sejurus sahaja dia ingin membelasah Zhang Xuan, Shang Bin berpaling ke belakang untuk melihat Yao Han dengan muka yang bingung.
"Adakah kamu sudah lupa apa yang telah kamu lakukan?"
Sebelum Shang Bin boleh bertindak, diiringi oleh raungan yang kuat, sebuah penumpuk menyinggah tepat pada mukanya.
"Anak Haram!"
Shang Bin mula merasakan segala di depannya bertukar menjadi gelap. Bahagian di sekeliling matanya mula lebam. Badannya terhuyung-hayang untuk seketika sebelum dia jatuh ke lantai.
"Berani kamu belasah saya begini, saya akan pastikan kamu merana!"
Apabila teringat akan penderitaan yang dilaluinya semalam, tidak terdapat sebarang keraguan dalam penumbuk Yao Han. Sambil duduk di atas badan Shang Bin, penumbuk demi penumbuk menemui mukanya bagaikan ribut.
"Pembantu Rumah Yao…."
Semua berlaku dengan cepat sekali. Wang Tao dan Cao Xiong bingung.
Sebenarnya, bukan mereka sahaja yang terkejut, malah Zhao Ya, Wang Ying dan yang lain juga menukar pandangan antara satu sama lain dalam keadaan yang bingung.
Baru sekejap tadi, mereka datang untuk mencari pasal dengan Guru Zhang, anak murid Zhang Xuan sendiri berasa marah dan berniat untuk mempertahankan guru mereka. Namun, sebelum mereka sempat berbuat apa-apa, kumpulan tersebut mula berlawan sesama sendiri.
Bukankah kejadian ini terlalu pelik!
Lebih-lebih lagi kepada Zhao Ya. Dia tahu keperibadian dan perangai Pembantu Rumah Yao. Dia seorang yang amat rasional dan bermaruah dan akan menangani masalah dengan cara yang sistematik. Jikalau tidak, ayahnya tidak mungkin akan mengambilnya menjadi pembantu rumah keluarga mereka.
Namun….apa yang telah berlaku hari ini? Kenapa dia mula belasah Shang Bin sebelum dia sempat menghabiskan kata-katanya?
Kebarangkalian, hanya seorang sahaja yang tahu apa yang sebenarnya berlaku dan orang tersebut merupakan Zhang Xuan.
Disebabkan dia sengaja mengungkit dia telah menyinggung perasaan Shang Bin semalam dan juga membesarkan nama Shen Bi Ru untuk mengingatkan Pembantu Rumah Yao dua ciri utama orang yang membelasahnya semalam…. Akhirnya, seperti apa yang dijangkakan, dia telah mengambil tindakan terhadap Shang Bin!
Sebenarnya, Pembantu Rumah Yao tidak patut dipersalahkan kerana bertindak dengan terburu-buru dalam insiden ini. Lagipun, tidak kira sesiapa pun, kalau mereka dibelasah secara rawak tanpa ada sebab yang munasabah, mereka semestinya akan menyimpan dendam dalam hati mereka.
Lebih-lebih lagi, seorang yang berpangkat tinggi dan mewakili Bandar Baiyu itu sendiri, oleh hal demikian, dia tidak pernah merasai ketidakadilan yang sebegini. Tambahan pula, dia telah pun beberapa kali naik angin terhadap Zhang Xuan dalam dua hari ini dan puan mudanya telah menghalangnya daripada membelasahnya. Tanpa sebarang cara untuk melepaskan geramnya, perkara ini telah terbuku di hatinya. Pada saat ini, apabila dia bertemu dengan musuhnya, bagaimana dia mampu menahannya lagi.
"Pembantu Rumah Yao, apa yang kamu sedang buat?!" merasai penumbuk demi penumbuk mencium mukanya seakan-akan hujan semasa ribut, Shang Bin yang keliru hanya boleh merasai penglihatannya mula malap. Dia hampir muntah darah.
Apa yang sedang berlaku?
Ini sepatutnya kali pertama dia berjumpa dengan Pembantu Rumah Yao. Oleh hal yang demikian, dia sepatutnya tidak pernah menyinggung perasaannya. Jikalau demikian, kenapa dia bertindak ganas terhadapnya?
Tidak kira apa yang dia cuba ingati, dia tidak dapat faham bagaimana dia telah menyinggung Yao Han!
"Apa yang saya sedang buat? Jangan berbuat bodoh di sini, kamu sendiri tidak tahu ke?"
Peng peng peng peng!
Penumbuk Pembantu Rumah Yao menghempas ke muka Shang Bin satu demi satu tanpa henti.
Shang Bin seorang guru berpangkat tinggi yang telah mencapai tahap peninju 5-Dan alam Dingli. Walaupun demikian, masih terdapat jurang antara dia dengan Yao Han yang merupakan peninju 6-Dan alam Pixue. Dia tidak setanding Yao Han dalam perlawanan yang biasa, tidak hairanlah apabila dia diserang hendap. Dia telah pun kalah dengan pukulan yang pertama.
"Pembantu Rumah Yao, bertenanglah, bertenanglah. Kita boleh berbincang tentangnya….."
Baru sekarang Cao Xiong dan Wang Tao mendapat semula komposisi mereka dan dengan segera cuba mengasingkan Yao Han dengan Shang Bin
Pada saat ini, muka Shang Bin yang tampan dipenuhi lebam sehingga tidak dapat dibezakan antara kepala manusia dengan kepala babi.
"Cis!" Shang Bin hampir meletup daripada kemarahannya.
Asalnya, dia hanya ingin belasah Zhang Xuan, tetapi dia langsung tidak menjangka Pembantu Rumah Yao dari Bandar Baiyu akan naik gila dan menyerangnya!
Pada saat ini, semua kemarahan yang terkumpul ditujukan kepada Pembantu Rumah Yao!
"Tidak kira apa masalah peribadi yang kamu ada, tolong selesaikannya di luar kelas. Sini bukan tempat untuk kamu berlawan. Kalau kamu tidak keluar sekarang dan terus mengganggu kelas saya, saya akan memaklumkan kepada Biro Pendidikan dan memanggil mereka ke sini…
Zhang Xuan berkata.
"Baiklah…kamu semua tunggu!"
Mendengar dia akan memaklumkan kepada Biro Pendidikan, Shang Bin berpaling ke belakang lalu berjalan keluar.
Kalau perkara ini diuar-uarkan, di mana hendak dia meletakkan muka jika terserempak dengan orang lain? Dia tidak boleh membenarkan guru lain melihatnya dalam keadaan sekarang!
"Tuan Muda Shang…..Tuan Muda Shang!"
Pada asalnya, Cao Xiong ingat ini kerja yang senang. Dengan Tuan Muda Shang sendiri yang mengambil tindakan, semestinya dia dapat memaksa Zhang Xuan memulangkan kembali pelajarnya. Namun, tidak dijangka situasi ini berlaku. Cao Xiong dengan segera mengikutinya dari belakang.
Dengan sekilas pandang, mereka berdua hilang dari pandangan.
"Pak cik Yao, apa yang kamu sedang lakukan?"
Selepas mereka berdua meninggalkan kelas, Zhao Ya berjalan ke arah Yao Han untuk melihat keadaan pak ciknya, mukanya merah dek kemarahan.
Pak cik Yao dulu baik sahaja, kenapa sekarang dia terburu-buru dalam tindakannya!
"Puan muda, saya…." Yao Han tidak tahu apa yang patut dia jawab terhadap pertanyaan Zhao Ya.
Tambahan pula, dia tidak boleh mengatakan dia berniat untuk menyelinap masuk bilik Zhang Xuan untuk menyunat dia tetapi dibelasah pula oleh Shang Bin dan apa yang dilakukan tadi untuk membalas dendam!
"Baiklah, kita masih belum habis kelas. Saya minta kamu semua untuk keluar!"
Zhang Xuan menuding ke arah pintu kelas.
Selepas seketika, Yao Han, Wang Tao dan Tetua Liu keluar dari kelas tersebut sekali lagi.
......….
"Celaka! Celaka!"
Selepas meninggalkan kelas Zhang Xuan, Shang Bin jerit dengan marah, "Yao Han itu perlu diberikan pengajaran. Zhang Xuan juga. Berani dia melihat saya dengan muka yang angkuh, dia patut dihukum!"
Selaku cucu seorang tetua, hidupnya sampai sekarang senang sahaja. Tidak pernah menghadapi ketidakadilan ini.
Lebih-lebih lagi, yang paling teruk dia tidak tahu apa sebabnya dia dibelasah.
Dia tengah bercakap apabila orang tersebut tiba-tiba meluru ke hadapan dan menyerang hendapnya dalam sekilas pandang! Apa yang berlaku terlalu sukar untuk difahami!
"Yao Hao itu mesti bersuhabat dengan Zhang Xuan! Kalau tidak, kenapa dia mula menyerang Tuan Muda Shang? Mesti dia telah disuruh untuk berbuat demikian!" cakap Cao Xiong.
"Semenangnya, itu mesti sebabnya!" Shang Bin setuju.
Dia tidak pernah menyinggung Yao Han, tetapi dia menyerangnya tanpa memberi sebarang amaran. Ini mesti sebab dia mengatakan dia ingin membelasah Zhang Xuan!
"Adakah kamu pasti Liu Yang tidak rela memperakui Zhang Xuan sebagai gurunya?"
Selepas seketika, Shang Bin mula bertenang dan berpaling ke belakang untuk bertanya.
"Saya tahu dia tidak melakukannya secara rela!" mengingati ketidakrelaan yang terpapar di muka Liu Yang apabila dia meninggalkannya semalam, Cao Xiong menjawab dengan yakin.
"Baiklah, kalau kamu begitu yakin, pergi mohon untuk Ujian Pencerahan Niat!" Shang Bin kata.
"Ujian Pencerahan Niat? Ini…." Muka Cao Xiong mula menjadi suram.
Ujian Pencerahan Niat merupakan kaedah yang istimewa untuk seseorang pelajar yang diingini oleh beberapa orang guru dan akademi tidak dapat membuat keputusan. Pelajar tersebut akan melalui ujian di Menara Pencerahan Niat dan Menara tersebut akan mencerminkan pemikirannnya yang sebenar menerusi satu skala keyakinan.
Kalau seorang pelajar tersebut didapati dengan tidak rela berguru di bawah perguruan seseorang guru, guru tersebut akan dihukum. Tetapi, kalau ia didapati seseorang yang memohon untuk Ujian Pencerahan Niat telah membuat laporan palsu, dia pula yang akan menerima hukuman yang setimpal.
Ini cara terakhir untuk digunakan apabila betul-betul tidak ada cara lain yang boleh digunakan untuk mendapatkan seseorang pelajar.
Cao Xiong tahu tentangnya, tetapi dia berasa belum lagi sampai tahap seteruk itu.
"Kenapa? Adakah kamu menipu saya? Adakah dia sebenarnya memperakui Zhang Xuan dengan rela?" Melihat keraguan di muka Cao Xiong, Shang Bin menjadi lebih marah.
"Tidak, semestinya dia tidak menyertainya dengan rela. Saya…saya akan memohon untuknya sekarang! Saya akan pastikan Zhang Xuan akan dihukum dengan hukuman yang setimpal!" Cao Xiong mengangguk kepalanya.
"Un, kalau begitu, cepatlah!" Melihat persetujuan Cao Xiong, Shang Bin mengangguk kepalanya dengan puas. "Apabila kamu memohonnya, pastikan kamu momohon untuk tindakan yang maksima! Dengan ini, Zhang Xuan akan ditimpa kesusahan, kemungkinan dia akan dipecat!"
Hukuman boleh ditingkatkan atas permintaan pemohon. Lebih besar ganjarannya, lebih berat hukumannya kepada meraka yang gagal dalam ujian tersebut.
"Baiklah!" mata Cao Xiong berkelip dengan gembira apabila membayangkan Zhang Xuan dipecat.