"Melaporkan kepada Cikgu Tian, ini Zhang Xuan. Seorang pemuda menakjubkan dari Akademi Hongtian." Liu Ling memperkenalkan.
Walaupun Tetua Tian tidak lagi mengajarnya, Liu Ling masih memanggilnya cikgu kerana tabiat.
Orang yang mengajar walaupun sehari merupakan ayah untuk sepanjang hayat.
Dalam dunia ini, hubungan antara guru dan anak murid itu tidak ada bandingannya. Guru sarjana sendiri tidak akan berani untuk menindas prinsip suci ini.
"Zhang Xuan?" Tetua Tian menggeleng kepalanya dengan tidak sabar. Dia bertanya dengan penuh perasaan ragu-ragu. "Bukankah guru yang palik menakjubkan dari Akademi Hongtian itu cikgu Lu Xun?"
"Cikgu Lu itu menakjubkan, tetapi Cikgu Zhang ini langsung tidak kurang hebatnya. Malah, dalam beberapa aspek, dia mengatasi Cikgu Lu." Dia teringat kembali apa yang dilihatnya di Akademi Hongtian pada dua hari kebelakangan ini, Liu Ling tidak dapat menahan dirinya daripada terus memuji Zhang Xuan.