Kediaman Zhao Ya.
Selepas menerima berita daripada orang suruhannya, Yao han menggeleng kepalanya dengan senyuman pahit.
Apabila dia mendengar daripada Zhao Ya Cikgu Zhang Xuan ini seorang pakar alam Pixue, dia suspek Zhang Xuan yang menyerangnya sebelum ini. Oleh itu, dia telah menyiasat perkara ini dengan teliti dan akhirnya, dia dapat mengesahkan pergerakan Cikgu Shang Bin malam itu yang dia… tidak meninggalkan biliknya langsung hari itu!
Dalam erti kata lain, dia bukan orang yang bertanggungjawab membelasahnya di depan bilik Zhang Xuan sebelum ini.
Dengan berita ini, tidak susah untuknya mengagak siapa pesalah sebenar, jelas, orang itu kemungkinan besar cikgu puan mudanya, Cikgu Zhang.
"Orang ini betul-betul pandai berkomplot…"