Zhang Xuan tidak menyedari lawatan tiga orang guru sarjana ke kediamannya. Pada saat itu, dia di Bilik Koleksi Buku Empayar dan matanya bersinar dengan keterujaan.
"Sudah siap…"
Selesai membaca buku untuk sepanjang tengah hari, dia akhirnya habis membelek kesemua buku alam Pixue dalam Bilik Koleksi Buku Empayar. Dia juga telah berjaya merumuskan versi penuh Seni Suci Jalan Syurga tahap 6-dan dalam Perpustakaan Jalan Syurga.
Bahagian depan seperti sangkaannya sebelum ini, jadi dia hanya perlu ikut langkah-langkah di belakang.
"Masa untuk bertapa!"
Tidak kira apa pun, memandangkan dia seorang sahaja di sini, tidak perlu untuknya menahan dirinya. Tanpa sebarang keraguan, Zhang Xuan duduk di lantai dan mula bertapa.
Pipa! Pipa! Pipa!