Tidak hairanlah, 'Raja Daun Merah' ialah klon Zhang Xuan.
Klonnya dan dirinya dapat berhubung secara mental, jadi buah fikiran mereka mudah dipindahkan antara satu sama lain.
Sebelum ini, dalam usaha untuk menipu Raja Daun Langit, Zhang Xuan telah mengarahkan klonnya agar bertukar kepada bentuk Raja Daun Merah.
Apabila klonnya melakukan pertapaan Seni Suci Jalan Syurga versi mudah, beliau tidak berupaya untuk menyamar zhenqinya secara menyeluruh daripada Raja Daun Merah atau menyembunyikan tahap pertapaannya secara sempurna, sekaligus membenarkan Raja Daun Langit untuk melihat menerusi penyamaran klonnya itu dengan mudah.
Ketika itu, klonnya telah mengatakan mereka tidak perlu membuang masa dengan Raja Daun Langit dan mereka hanya perlu mengalahkannya dengan tumbukan tunggal sahaja. Walaubagaimanapun, Zhang Xuan merasakan yang perbezaan terdapat jurang terlalu besar di antara kekuatan mereka jadi lebih baik bagi mereka untuk tidak bertindak melulu.