Chereads / Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 918 - Kelemahan Raja Alam Kubur Er Ha

Chapter 918 - Kelemahan Raja Alam Kubur Er Ha

"Restoran kamulah yang menyebabkan raja syaitan terkuat membatalkan niatnya untuk menakluk seluruh Benua Naga Tersembunyi?"

Raja syaitan Suku Mata Syaitan memandang Bu Fang yang sedang berdiri di pintu masuk restoran, sudut bibirnya melengkung ke atas.

Senyumannya boleh membuatkan sesiapa sahaja berasa seram sejuk.

Restoran ini tidak asing bagi raja syaitan Suku Mata Syaitan kerana dia pernah melihatnya semasa dia berada di dalam kesedaran Ketua Batu Kecubung dahulu.

Tetapi setelah raja syaitan terkuat menghancurkan kesedarannya, maklumat yang diketahui olehnya tentang restoran itu terus lenyap.

Selepas melihat rupa restoran ini, raja syaitan Suku Mata Syaitan mendapati restoran ini bukanlah sebuah tempat yang ajaib dan dia tidak tahu mengapa raja syaitan terkuat memilih untuk berundur dari sini.

Bu Fang melirik ke arah raja syaitan Suku Mata Syaitan seketika. Tiga mata… Dia pernah melihat kewujudan sepertinya sebelum ini.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS