Chereads / Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 752 - Kilat Menyambar Raja Alam Kubur Er Ha

Chapter 752 - Kilat Menyambar Raja Alam Kubur Er Ha

Sebaik sahaja mereka masuk ke Jalan Pelahap, mereka merasakan tanah yang dipijak berbonggol-bonggol memandangkan jalan tersebut dibina dari pelbagai jenis batu hancur. Bunyi ketukan kedengaran apabila seseorang berjalan di atasnya.

Dinding batu di sebelah kanan dan kiri penuh dengan mural ringkas dan tersurat. Bu Fang faham makna di sebalik mural tersebut dengan hanya sekilas pandang.

Mural tersebut menunjukkan banyak jenis binatang semangat bertempik pada cef yang memegang pisau dapur di tangan mereka. Binatang tersebut kemudiannya menjadi bahan makanan disebabkan pisau cef...

Begitu tersurat. Memang kena dengan citarasa Bu Fang.

Chu Changsheng seperti tidak mengendahkan mural tersebut. Dia mendukung Xiao Ya dan berjalan terus. Wajahnya serius.

Dia berjalan sambil memijak batu hancur di tanah. Bunyi gemeretak kedengaran.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS