Chereads / Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 159 - Tat Telur Penyu Semangat

Chapter 159 - Tat Telur Penyu Semangat

"Juan'Er, nak makan apa? Cepat beritahu Tauke Bu!" Luo Sanniang berkata sambil tersenyum dan meletakkan tangannya di bahu lembut Juan'Er dengan gembira. Juan'Er sahaja yang belum membuat pesanan, jadi dia terus mengingatkannya.

Juan'Er dengan malu-malu memandang menu dan agak segan menyatakan apa yang difikirkannya. Semua sajian dalam menu itu sedap-sedap, jadi… dia mahu memesan semuanya. Namun, kalau dia buat begitu, itu akan memberi tanggapan buruk kepada dirinya.

"Tauke Bu… Tat Telur Penyu Semangat… Apakah itu? Sedap tak?" Juan'Er bertanya perlahan dengan suara lembut bagaikan air.

Bu Fang agak terperanjat. Tat Telur Penyu Semangat? Bukankah itu sajian baru? Ganjaran misi mendapat tempat pertama semasa Jamuan Seratus Keluarga, yang dia masih belum semak selama ini. Dia tak sangka sajian itu sudah ditambah ke dalam menu.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS