Chereads / Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 156 - Hadiahnya, Sebiji Benih

Chapter 156 - Hadiahnya, Sebiji Benih

"Ini hadiah tempat pertama?" Bu Fang bertanya dengan bingung. Dia memandang tanpa perasaan sambil Ji Chengxue dengan serius meletakkan sebiji benih sebesar kacang tanah itu di dalam tangannya.

'Bukankah ni kacang tanah saja?' Bu Fang berkata dalam hati sambil dia menahan rasa ingin menampar wajah kacak Ji Chengxue dengan pengiah kasut.

Selepas bekerja keras sepanjang hari, dia tak menjangkakan dia hanya akan mendapat benih seperti kacang tanah itu. Dia tak tahu nak kata apa.

Bila dia memandang benih hitam itu, rupanya nampak teruk dan agak lama. Permukaannya dipenuhi tanda-tanda pelik yang menyamai susunan magik… Tapi, benda itu hanyalah sebiji benih!

"Tauke Bu, ini ialah harta yang paling berharga dalam istana diraja. Ayahanda Beta sangat sukakan benih ini semasa dia masih hidup. Hari ini, Beta kurniakan benih ini sebagai ganjaran. Beta harap kamu akan tanam dan bantu benih ini bercambah." Ji Chengxue berkata dengan senyuman.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS