Chereads / Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 145 - Si Gemuk yang Makan Paha Ayam dan Si Kurus dengan Kuali di Belakangnya

Chapter 145 - Si Gemuk yang Makan Paha Ayam dan Si Kurus dengan Kuali di Belakangnya

Bila waktu senja Festival Musim Bunga tiba, asap keluar berkepul-kepul dari cerobong di rumah-rumah dalam bandar diraja. Penduduk-penduduk di situ yang bekerja keras sepanjang tahun lepas, bangun awal dan mula menyediakan sarapan mewah untuk Festival Musim Bunga.

Di salah satu pintu pagar bandar diraja, pengawal-pengawal yang sedang bertugas menguap dan memandang dengan cemburu suasana hiruk-pikuk dalam bandar itu. Walaupun itu ialah hari Festival Musim Bunga, pengawal-pengawal bandar itu menjalankan tugas mereka dengan teliti. Walaupun pemberontak sekta telah disabotaj oleh maharaja sebelum ini, tiada siapa tahu sama ada ahli-ahli sekta yang licik itu akan menyerang lagi atau tidak.

Sebagai pengawal, tugas mereka ialah melindungi negara mereka.

Namun, mereka asyik teringatkan katil yang empuk, isteri mereka yang cantik dan anak-anak mereka yang comel. Oh ya, sarapan pagi Festival Musim Bunga yang isteri mereka sediakan panas-panas.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS