Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Bapa

Riona

Riona adalah korban dari perjanjian orang tuanya dengan iblis. Kemudian ia bertemu dengan Luke, Sang Fallen Angel, yang hadir dalam hidupnya. Bagaimana kisah romansa juga perjuangan Riona, membebaskan diri dari kemelut janji darah? Betulkah Luke, makhluk yang menolongnya ternyata adalah panglima tertinggi neraka? “Pertama, ketahuilah kamu bukan manusia terkutuk yang bersekutu karena kamu tetap memiliki kehendak bebas. Suatu waktu kamu akan bebas. Kedua aku lebih suka di sebut sebagai -Servant From Hell- karena aku bukan iblis pemakan jiwa manusia. Aku hanya melayani kebutuhan neraka dan juga menghukum manusia sesuai perbuatannya. Mungkin kamu tidak akan pernah percaya, bahwa tugasku hanya MENGUMPULKAN jiwa-jiwa penghuni neraka. Bukan MEMBUAT jiwa itu sendiri menjadi sesat." “Atas ijin siapakah kamu melakukan itu?” tanyaku sinis. Luke tersenyum dan meletakkan ponsel di meja. “Zat tertinggi di alam semesta. Yang kalian sebut sebagai : Allah, Tuhan atau Sang Hyang Widhi, atau Bapa Di Surga. Aku lebih suka menyebutnya : Magna Patris (Bapa yang Agung). Percaya atau tidak, Dia juga membutuhkan bantuan. Terutama untuk mengurusi kalian manusia kotor dan sadis. KemuliaanNya tidak akan pernah layak menyentuh kalian. Makhluk yang diciptakan sebagai makhluk paling sempurna, tapi hancur oleh kehendak bebas yang kalian salah gunakan!” sahutnya tajam. Aku bergidik mendengar suaranya. Terdengar tegas, tajam dan berkumandang. Ini bukan cerita fantasi biasa. Jangan berharap cerita ini indah bak negeri dongeng. Akan banyak kekecewaan. Tapi di sini, wanita bukan pihak yang lemah. Its time for woman to be a hero!
TR_Sue · 91.1K Views

Bukan Cinta Biasa

Adelia seorang gadis kampung yang cantik dan mempunyai perwatakan yang sopan santun. Dia juga seorang gadis yang berpegang pada janji yang diikat bersama Amzi. Namun siapa sangka jika Amzi c Lelaki baik itu telah menghianati janji yang diikat bersama dan menurut kehendak kedua ibu bapa. Adelia berusaha menyakinkan Amzi bahawa ibu bapa Amzi boleh menerima dia. Namun usaha kerasnya tidak berjaya meleraikan keputusan ibu bapa Amzi. Perlahan-lahan Adelia mengubati duka lara itu dengan menjadi gadis yang kuat tetapi dia menetapkan hatinya bukan lagi gadis yang mencintai kaum Amzi. Dendam? mungkin ia dan mungkin bukan. Adelia cuma tidak ingin dibayangi oleh kegagalan cinta yang lalu. Pertemuan dengan seorang lelaki yang di gelar lelaki berlagak telah mengubah pendirian Adelia. Tetapi pada masa yang sama Azmi pula kembali menagih cinta. "Engkau tu cuma perempuan simpanan aku. Jangan mengharapkan lebih daripada itu. Engkau tidak setaraf dengan tapak kaki aku sekalipun," Helzen menuturkan kata-kata dengan bongkah. "Lia, saya minta maaf. Saya tidak akan lagi mengulangi kesilapan ini. Saya silap kerana tidak mempunyai pendirian sendiri. Izinkan saya menebuskan kesilapan ini," airmata lelaki Amzi perlahan-lahan membasahi pipi. Adelia terkandas. Apa yang pasti hatinya tidak lagi mempunyai rasa cinta terhadap kaum adam. " Menangilah hatiku dan aku akan memberikan cintaku." Siapakah yang akan memenangi hati Adelia? Akankah hati Adelia mampu memaafkan kesilapan Amzi atau sebaliknya memilih utk bersama Helzen si lelaki bongkah itu? Nantikan cerita Bukan Cinta Biasa setiap hari.
Taya18_Taya · 11.2K Views

S.H.E

Kehidupan seorang anak yatim yang kehilangan keluarganya sejak kecil lagi bukanlah suatu yang mudah. Dia terpaksa menagih kasih daripada keluarga mak ciknya yang tidak pernah dia kenal sebelum ini. Terpaksa belajar apa itu peritnya kehidupan dan mengenal realiti hidup yang tidak pernah dia tempuhi selama ini. Hidup yang ibu bapanya berikan merupakan satu kehidupan yang sempurna, sempurna dari segi kasih sayang dan sempurna dari semua segi keperluan. Kini, sempurna itu tidak lagi wujud dalam hidupnya. Sempurna itu hanya ada di dalam cerita dongeng yang selalu papanya ceritakan dahulu. Kehadiran seorang lelaki membuatkannya menaruh harapan kembali. Mungkin deritanya akan berakhir tidak lama lagi, mungkin hidupnya akan menjadi sempurna semula. Lelaki yang berjaya mencuri hati dan perhatiannya itu mungkin lelaki yang akan membawakan kesempurnaan itu datang kembali. Namun, benar kata pepatah panas tidak akan berterusan hingga ke petang. Sekali lagi, kebahagiaan yang sepatutnya menjadi miliknya diragut oleh sepupunya sendiri. Membuatkan dia semakin jauh terjatuh dan akhirnya tidak lagi mahu menaruh harapan kepada kesempurnaan. Dia berserah kepada takdir yang membimbingnya. Takdir hidupnya bersama lelaki yang tidak mengenal erti kasih dan sayang, lelaki yang menganggap hidup adalah satu permainan. Sheena Heather Edward - Sempurna itu tidak pernah wujud dalam hidup manusia. Sempurna hanya wujud dalam hidup syaitan bertopengkan manusia. Mike Jacob - Jangan menaruh harapan untuk dibahagiakan oleh orang lain kerana setiap orang terlalu sibuk untuk membahagiakan diri sendiri. Adam Daniel - Hidup ditentukan oleh pilihan manusia dan cinta tidak menjanjikan kebahagiaan kerana cinta tanpa wang membawa kepada derita selamanya.
TheWhiteButterfly · 84K Views

Hello Miss Devil

Sambil bermain dengan hujung kain hoodie, Airis kini sedang duduk di dalam pejabat dekan. Tempat itu umpama rumah kedua dia selepas balai polis untuk bulan ini. Jangan tanya kenapa. Kerana itulah gaya hidupnya. Jadi dia sama sekali tidak hairan dengan suasana dan bau di dalam ruangan tersebut. Bau harum kayu manis dan kopi yang menerawang di dalam bilik tersebut. Sedikit sebanyak sudah familiar untuknya. "Baik terima kasih kerana maklumkan...maaf sekali lagi."ucap Dekan Grey sewaktu bercakap melalui gagang telefon pejabat. Wajah berkedut lelaki itu kelihatan tegang dan keletihan sewaktu bercakap melalui telefon membuatkan lelaki itu kelihatan lebih tua dari biasa. Bersama keluhan berat gagang telefon tersebut diletak.Grey memejam mata buat seketika untuk cuba mengekalkan postur tenangnya dari melenting. Perkara yang mana sudah muak untuk dia lakukan dalam minggu ini. Lama-lama boleh naik tekanan darahnya. Silap hari bulan pencen awal pulak nanti! "Apa kena dengan kamu ni Airis huh?Dalam sehari...hanya sehari sahaja tak boleh ke kalau kamu tak timbulkan masalah..."soal Grey dengan kesal. Ibu jari dan jari telunjuknya mengurut-ngurut pelipis sewaktu sikunya ditopang atas meja. Airis buat muka. Dekat kepala dia dah terbayang macam-macam apa lagi yang dia nak hancurkan dalam pejabat ni."Apa lagi salah saya?"tanya Airis semula dengan nada bosan. Dah muak dengan semua ni, sampai tak kuasa nak overeact. Airis Ariana a.k.a Miss Devil Jangan harapkannya dari cerita ini. Ini Bukan kisah tipikal gadis yang hidup sebagai anak orang berada dan mempunyai ibu bapa berpengaruh. Ini adalah kisah si gadis sadis. Seperti satu sumpahan ibarat saka yang tidak mahu menjauh. Satu persatu masalah timbul dimana ada Airis. Tetapi adakah masalah itu timbul kerana Airis atau masalah itu timbul untuk Airis selesaikannya??
TintaHitamTanpaAra · 171.1K Views
Related Topics
More