Princess To Two Kingdoms
Azel Felceles, 22 tahun, ialah seorang pelajar biasiswa yang gigih berusaha untuk mengimbangi pelajaran dan kerjanya. Namun, suatu hari dia tiba-tiba mendapati dirinya masuk ke dunia novel kegemarannya.
Di dunia ini, Azel harus bertahan hidup dan mengelakkan diri daripada pengakhiran cerita yang teruk. Dia juga harus merahsiakan kekuatan sebenar dia.
Di dunia asing ini, Azel telah menjadi seorang karakter yang protagonis sekaligus antagonis iaitu Yang Mulia Tuan Puteri Qayla Vein Riches Monight, Puteri rahsia kerajaan Monight.
Suatu hari, kerajaan Monight didatangi masalah dan disebabkan masalah itu, satu persatu rahsia yang tidak diketahui oleh mereka mulai terbongkar dan banyak malapetaka mendatangi mereka.
"Aku yang paling layak untuk mewarisi kerajaan ini!" - Fura Vein Riches Monight
"Akhirnya kita berjumpa lagi, adik." - Dian Vein Ryan Shagon
"Aku akan jaga kerajaan ini walaupun aku tidak layak untuk mewarisinya." - Xayn Vein Riches Monight
"Saya Qayla Vein Riches Monight, puteri ketiga bekas raja kerajaan Monight, Maziphile Riches, datang menghadap Raja" - Qayla Vein Riches Monight
Semasa dia menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya di dalam dunia novel kegemarannya, Azel mesti menghadapi beberapa cabaran dan mengatasi masalah yang menantinya di sepanjang perjalanan
Masalah apa yang akan muncul dan apakah rahsia yang terbongkar? Dalam kisah ini, kita akan mengikuti perjalanan mereka yang penuh dengan aksi, rahsia, malapetaka, perebutan takhta dan pengembaraan.