Chereads / Projek Cinta / Chapter 2 - Your Sweet Angel

Chapter 2 - Your Sweet Angel

Uhuk! Uhuk!

'Ini mesti Idris menyumpah aku ni!', tawa kecil terlepas mengenangkan betapa merahnya telinga Idris sewaktu membayar bil itu. Mengusik Idris adalah hobi yang amat dia gemari sedari hari pertama dia menjejakkan kaki ke rumah banglow mewah milik Datin Fauzana Adam.

Dia tidak dapat lupa pada amaran Idris pada hari itu, "Jangan sesekali kau fikir aku akan terima kau sebagai keluargaku. Ibumu punca semua ini dan tak akan sama sekali aku memaafkan kau dan ibu kau!"

"Oh ye? Ada kau dengar aku minta maaf? Ibuku juga tidak mungkin akan minta maaf pada kau. Dia kan sudah di alam lain. Kalau kau nak menuntut maaf dari dia, kau kena pergi ke alam yang sama dengan dia." Sinis balasannya kepada Idris. Namun mata Lisa meredup lemah untuk sesaat sebelum kembali mengukir senyuman sinis terhadap Idris.

"Engkau ni memang!"

"Idris, apa yang dijeritkan ini? Dari depan pintu rumah dah dengar suara kamu." Wajah Idris yang kemerahan dengan urat leher yang terjojol jelas sekali ada pertelingkahan di antara mereka. Datin Fauzana tersenyum lembut. Perkara ini telah dijangka akan berlaku. Ini bukan kali pertama pertengkaran antara mereka dan ini juga pasti bukan yang terakhir. Kedua anak muda di depannya ini berdarah panas dan kedegilan mereka berdua setara sehinggakan tidak mungkin ada yang akan mengalah.

"Dah lama kamu sampai? Soalnya pada gadis di hadapannya itu. Hanya gelengan kecil diterima sebagai balasan.

"Baru sahaja ya. Sekejap lagi nenek akan minta Mak Ira tunjukkan bilik kamu. Nenek sudah hiaskan bilik kamu dengan warna kegemaran kamu. Nenek harap kamu selesa duduk di sini. Sekarang rumah ini sudah jadi rumah kamu juga."

"Apa?! Nenek ni dah tak waras ke? Nenek mahu anak penyondol ini duduk sebumbung dengan kita?" Idris tidak mampu berdiam diri apabila mendengar ayat terakhir yang baru keluar dari mulut neneknya.

Lisa dapat membayangkan kepulan asap yang keluar melalui telinga Idris ketika itu dan dia juga tidak menyembunyikan amarah di wajahnya apabila perkataan penyondol meluncur laju keluar dari mulut Idris. Lisa sudah mengjangkakan Idris tidak mungkin berdiam diri atau menerima kehadiran Lisa di situ.

"Sudah tentu nenek! Lisa percaya pada citarasa nenek." Langsung diabaikan Idris yang kemerahan umpama udang bakar itu. "Jangan risau. Selagi nenek terima Lisa, Lisa akan ada disamping nenek sampai bila-bila walaupun ada yang tidak senang Lisa di sini." Matanya mengerling ke arah Idris sambil dilemparkan senyuman sinis.

"Terima kasih Lisa." Datin Fauzana mengusap tangan mulus milik Lisa. "Idris, Lisa, nenek ada perkara ingin nenek maklumkan pada kalian berdua. Nenek harap Idris dan Lisa boleh menerima apa yang ingin nenek sampaikan dengan hati terbuka ya.

"Baik nenek." Lisa menjawab disela dengan anggukan dari Idris.

"Begini, nenek faham kemarahan Idris terhadap Asniza, tetapi Idris kena faham kematian mereka bukan berpunca dari Asniza, malah ibumu dan ibu Lisa berkawan baik. Kamu juga sedia maklum bukan?" Pandangan nenek tertuju kepada Idris yang tunduk menggumpal buku limanya.

"Malah perkahwinan ayahmu dan ibu Lisa, adalah atas desakan ibumu. Tiada istilah penyondol di sini. Ibumu terlalu sayangkan Ibu Liza sehinggakan dia sanggup berkongsi kasih."

"Nenek… Idris tahu perkara itu. Yang Idris tidak boleh terima bila Ibu Asniza mengamuk malam itu. Idris tidak faham mengapa perlu dia buat perangai memalukan ibu di hadapan teman-teman ibu. Idris juga tidak faham mengapa ibu sering keseorangan. Sebagai suami, ayah harus pandai berbagi kasih. Ini tidak! Kerap di rumah ibu Asniza sahaja."

"Kalaulah malam tu Ibu Asniza tidak bertindak bodoh, ibu dan ayah pasti masih bersama kita."

"Lisa, nenek minta izin membuka aib ibumu supaya Idris tidak terus berprasangka buruk." Tangan tua itu mengelus lembut tangan Lisa, dia senyum tawar, Lisa menganguk lemah.

"Sebenarnya Idris, Doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan di dalam kepala Asniza. Ketumbuhan itu lewat dikesan dan menyebabkan Asniza sering mengalami halusinasi dan beliau sering merasakan ada seseorang akan mencederakan ibumu. Jadi pada malam itu, yang kamu lihat itu adalah Asniza cuba menghalang ibumu dari hadir ke majlis itu kerana beliau merasakan ada seseorang akan membunuh ibumu malam itu."

"Idris, aku tidak harap kau menerima semua ini dengan mudah, tetapi keadaan meletakkan kita di posisi sekarang. Aku harap kau boleh terima takdir ini. Aku juga yatim piatu seperti kau. Kita hanya ada satu sama lain untuk membantu nenek. Aku tak harap kau menerima aku tapi aku harap engkau tidak memusuhi aku." Idris masih membatu seketika sebelum dia bersuara,

"Nenek, ini tidak mengubah apa-apa. Ibu Asniza masih punca kematian ibu Idris. Nak menghalang dari seseorang membunuh ibu? Heh! Dia yang membunuh ibu dan ayah akhirnya. Fakta itu tidak akan boleh diubah! Dan kau!" telunjuk Idris mengarah tepat ke arah Lisa, "Aku faham kau juga mangsa, tapi jangan kau cuba menunjukkan diri kau di depan aku." Idris bangun ingin meninggalkan mereka,

"Eh kau ni! Aku cakap elok-elok kan. Cuba kau jangan emosi sangat. Kau ingat aku ni halimunan?" Kata-kata Lisa menghentikan langkah Idris. Belum sempat Idris membalas, neneknya lebih pantas memintas.

"Idris… duduk."

"Apa lagi yang nak nenek sampaikan. Idris faham yang kita semua mangsa keadaan tetapi susah untuk Idris terima semua ini."

"Nenek tak habis cakap lagi. Simpan dulu baran kamu itu. Duduk!" keras arahan nenek. Mungkin sabarnya juga menipis melihat pertelingkahan kedua cucunya itu.

Terukir senyuman kepuasan pada wajah Lisa apabila Idris dimarahi neneknya. 'Padan muka kau'

Idris kembali ke sofa. Monyok mukanya sengaja tidak disorokkan.

"Mulai minggu depan Lisa akan ke sekolah yang sama dengan kamu. Jaga adikmu ini ya."

"Nenek! Tidakkkkkkkkkkkkkk! Idris tak mahu!"