Malam itu, Rin tidak dapat tidur.
Biliknya terasa lebih sejuk daripada biasa. Selimut yang membalut tubuhnya langsung tidak memberi kehangatan. Setiap kali dia pejam mata, suara di telefon tadi bergema dalam kepalanya.
> "Rin… Kau tak sepatutnya lakukan itu."
Siapa dia? Apa yang dia mahukan? Berapa lama dia sudah memerhatikannya?
Perasaan takut mula berubah menjadi paranoia.
📱 01:34 AM
Rin tidak tahan lagi. Dia mengangkat telefon dan menaip mesej kepada pengurusnya.
> Rin: Saya rasa ada seseorang mengintip saya.
Pengurus: Apa maksud awak?
Rin: Saya jumpa kamera tersembunyi dalam hadiah peminat.
Pengurus: Itu serius. Awak okay?
Rin: Tak. Saya takut.
📱 Sedang menaip…
Rin menunggu. Tetapi sebelum pengurusnya sempat membalas, telefon bimbitnya tiba-tiba mati.
Skrin menjadi gelap.
Bunyi 'click' kedengaran di biliknya.
Rin membeku. Itu bukan bunyi dari telefonnya.
Itu datang dari pintu biliknya.
Dia perlahan-lahan menoleh. Pintu biliknya tidak tertutup rapat.
"Aku pasti aku dah kunci tadi…"
Dada Rin berombak kencang. Adakah dia tersilap, atau ada seseorang yang telah membuka pintu itu?
Tangannya mencapai lampu meja, tetapi lampu tidak menyala.
Bekalan elektrik terputus.
Rin kini berada dalam gelap.
---
Di tempat lain…
Afi duduk di depan komputernya, melihat skrin dengan senyuman kecil. Skrin itu memaparkan rakaman bilik Rin dalam keadaan gelap.
Perlahan-lahan, dia menekan sesuatu pada keyboardnya.
📲 "Menghantar mesej…"
---
Di bilik Rin.
Telefon yang sudah mati tadi tiba-tiba menyala semula—tetapi bukan seperti biasa. Skrinnya menunjukkan satu mesej yang tidak pernah dia buka.
Dari nombor yang tidak dikenali.
Rin memandangnya dengan tangan menggigil. Dengan perlahan, dia menyentuh skrin.
📩 Yoru: Jangan risau, Rin. Aku ada bersamamu.
📩 Yoru: Aku hanya mahu kau selamat.
📩 Yoru: Tapi kau tidak sepatutnya melawanku.
Darah Rin terasa membeku. Dia menekan butang 'Block' dengan pantas.
Tetapi sebelum dia sempat berbuat apa-apa…
📩 Yoru: Kenapa kau takut?
📩 Yoru: Aku betul-betul dekat denganmu.
📩 Yoru: Lihat di tingkap.
Nafas Rin hampir terhenti. Perlahan-lahan, dia berpaling ke tingkap biliknya yang tertutup…
Dan di sebalik tirai nipis itu, ada bayangan seseorang.
---
Di tempat lain…
Afi melihat Rin terpaku ketakutan di depan skrin komputer.
Senyuman Afi semakin melebar.
> "Ya, Rin… akhirnya kau tahu perasaan sebenar yang aku ingin tunjukkan padamu."
> "Kau tak boleh lari dari aku."
---
🩸 TAMAT BAB 3