Luwis Adrian, ya itu nama aku. aku seorang remaja yang baru saja menjadi pelepasan SPM. Sekarang aku bekerja paruh waktu di sebuah kedai serbaneka yang jarang dikunjungi orang.
"Uih... Sepinya hari ni..." Aku yang duduk di belakang kaunter menghela nafas.
Bukan apa, kalau tiada sales, gaji aku pun tak seberapa untuk aku. Nasib baik aku hidup seorang diri, kalau hidup aku menaggung beban..
TRING!
"Welcome." Aku ucapkan saat melihat seseorang berbadan tegap dan tinggi dengan berpakaian rapi memasuki kedai. Wajahnya terlihat bengis. Lagi-lagi keningnya yang sangat tebal yang membuatnya terlihat sangat garang.
"Bagi rokok tu." Kata lelaki itu sambil menunding ke arah display di belakang aku.
Sempat aku terkejut mendengar suara lelaki itu. Sangat garau! Mengalahkan aku yang selalu dipuji bersuara deep katanya.
"Oh, ini? 15 ringgit." Aku kata sambil mata aku memerhatikan gerak gerik lelaki sangar itu.
Lelaki itu menghulurkan duit rm50 ringgit selembar pada aku yang membuat aku agak ragu-ragu kerana tiada kembalian untuk duit itu.
"Um... bang, ada duit kecil?" Aku cuba bertanya dengan gugup.
"Tak."
UYYOO! Singkat betul! Kurang asam. Dia ingat dia besar aku tak takut? Aku takut tau tak!
"Oh.. tak apa.." Aku langsung mengambil duit dari tangannya dengan lagak santai.
Dari hujung mata aku, aku boleh tahu kalau dia sedang perhatikan aku. Siapa kata aku tak mengigil. Hanya tuhan saja tahu bagaimana lajunya jantung aku berdetak.
"Baru?"
"Huh?" Aku yang baru hendak menghulurkan kembalian wang menjeda. "Oh, ya. saya baru. baru seminggu kat sini." Damn.. kenapa aku kene bagi tau detail?
"Oh."
Huh?! 'Oh'??? Apakah ini? Dengan muka datar dia tu dia bagi jawapan macam tu? Nasib baik kau handsome bang..
'WHAT?! HANDSOME?!! WEYYY DIA LELAKI GILA!'
Tanpa sadar aku melamun disaat itu sambil bertengkar dengan isi fikiran aku.
"Ehem."
Aku tersentak saat mendengar suara itu lalu aku mengangkat kepala aku. Disitu aku melihat senyuman lelaki itu meskipun hanya segaris. Seketika aku terpanah.
"Takpalah, ambil saja baki tu. Duit jajan." Kata lelaki itu sambil menyelak rambut depannya kebelakang.
Aku yakin gaya itu mampu memikat hati gadis-gadis diluar sana. Namun dengan cepat aku kembali ke dunia nyata sambil melihat wang pada tangan aku.
"Eh? ni banyak sangatlah, bang." Kata aku sambil menghulurkan kembalian baki lelaki itu.
"Takpa. ambil. have nice day, kitten." Kata lelaki itu sambil menyeringai lalu berjalan keluar dari kedai meninggalkan kedai itu menjadi senyap kembali.
Aku yang berdiri di belakang kaunter terus melihat tubuh itu pergi sehingga menghilang dari pandangan. 'Kitten'? Aku kaku. Blank. Aku bingung kenapa tiba-tiba aku terasa jantung aku berdebar-debar dan seluruh wajah aku jadi panas. Perasaan apa ini?