Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

SAAT TERAKHIR : TUNGGU AKU DI HUJUNG WAKTU

WNSIGNATURE
7
chs / week
The average realized release rate over the past 30 days is 7 chs / week.
--
NOT RATINGS
12
Views
Synopsis
Sinopsis Novel "Tunggu Aku di Hujung Waktu 2" Di tengah kota yang sibuk, empat individu terperangkap dalam permainan takdir yang penuh misteri, dendam, dan perasaan yang sukar diduga. Aisya, seorang gadis cekal yang sentiasa berusaha untuk berdikari, tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah selepas insiden hitam yang hampir meragut maruahnya. Sejak itu, Aryan, lelaki misteri yang pendiam tetapi penuh perlindungan, sentiasa berada di sisinya—tanpa dia sedar, hatinya mula bergetar setiap kali lelaki itu mendekatinya. Di sisi lain, Adriana, gadis yang sering disisihkan, membawa rahsia besar yang mampu menghancurkan seseorang. Dalam perjuangannya untuk melupakan masa lalu, dia bertembung dengan Adrian, lelaki yang dulunya playboy dan tidak pernah serius tentang perasaan. Namun, kenapa setiap kali dia cuba menjauh, lelaki itu semakin menghampiri? Ketika hubungan mereka semakin kompleks, muncul satu bayang hitam, lelaki yang penuh tipu muslihat, tidak akan berhenti sehingga dia mendapatkan apa yang dia mahukan. Dengan musuh yang bergerak dalam diam dan rahsia yang semakin terbongkar, mereka berempat perlu memilih antara melawan takdir atau tunduk kepada permainan yang telah diatur sejak sekian lama. Dalam dunia yang penuh dengan permainan hati dan dendam, cinta yang mana akan bertahan? Dan siapa yang akan tersungkur di hujung waktu?

Table of contents

Latest Update1
BAB 19 hours ago
VIEW MORE

Chapter 1 - BAB 1

LANGIT pagi itu masih kelam, seolah-olah enggan memberi

laluan kepada mentari untuk menampakkan sinarnya. Aisya menarik nafas panjang

sebelum melangkah ke dalam bangunan tinggi yang bakal menjadi tempat kerjanya

yang baru, Louise Holdings. Jantungnya berdegup sedikit laju, bukan kerana

gementar, tetapi lebih kepada gabungan rasa teruja dan resah untuk memulakan lembaran

baharu dalam hidupnya.

Dia berjalan pantas menuju ke lobi, kasut tumit rendahnya

mengetuk perlahan di atas lantai marmar yang licin. Matanya melilau ke

sekeliling, mencari arah ke mana dia harupergi.Dalam genggamannya, erat

dipegang sebuah fail berisi dokumen penting untuk sesi temu duga. Namun,

tiba-tiba dia tersentak.

"Aduh! Kat mana ni? Alamak, aku lupalah!"

gumamnya, berdiri terpinga-pinga di tengah lobi.

Dia menoleh ke kiri dan kanan, mencari seseorang yang boleh

membantu. Namun, semua yang lalu-lalang tampak sibuk dengan urusan

masing-masing, wajah mereka serius dan profesional. Tiada siapa yang kelihatan

seperti petugas yang boleh dia tanya.

Ketika matanya masih mencari arah, seorang lelaki tinggi

melangkah masuk ke dalam lobi. Dia mengenakan sut hitam yang kemas, telefon di

tangan, langkahnya tenang dan penuh keyakinan menuju ke lif berlabel 'VVIP'.

Tanpa berfikir panjang, Aisya terus meluru ke arahnya. Ini

peluang terakhirnya untuk bertanya sebelum dia bertambah sesat. "Err...

Encik, interview kat mana ya?" soalnya dengan nada tergesa-gesa, nafasnya

sedikit tercungap.

Lelaki itu menghentikan langkah. Sepasang mata biru

keabu-abuan itu terangkat dari skrin telefon dan jatuh ke wajah Aisya.

Tatapannya kosong, tanpa sebarang reaksi.Aisya terkebil-kebil.Lelaki itu hanya

mencondongkan sedikit tubuhnya, barangkalikeranaketinggian mereka yang jauh

berbeza. Aisya cuma setinggi 160 cm, sedangkan lelaki itu sekurang-kurangnya

lebih daripada 180 cm. 

"Jumpa Cik Sophia di pejabat Human Resource,

tingkat lima belas," jawabnya ringkas. Nada suaranya dingin, sekadar

memberi jawapan tanpa minat sebelum dia kembali menumpukan perhatian pada

telefonnya.

Aisya terdiam seketika.

"Oh... Terima ka... sih?" katanya perlahan, tetapi

lelaki itu sudah pun meneruskan langkah ke arah lif VVIP tanpa sedikit pun

menoleh ke arahnya lagi.

Aisya menjeling tajam. "Seriuslah? Macam tu je?"

rungutnya sendiri sebelum menghela nafas panjang.

Saat itu, Adriana, kawan serumahnya, datang bersama seorang

wanita berpakaian formal, berjalan ke arah Aisya. Wanita disebelah Adriana itu

tampak lebih berusia, auranya cukup berwibawa.

"Aisya, kau dah sampai? Macam mana?" tanya Adriana

ceria.

Aisya mengangkat wajah dan tersenyum hambar.

"Baru sampai. Tadi aku tanya seorang lelaki kat sini,

dia kata kena jumpa Cik Sophia. Kau kenal ke lelaki tu?" soalnya ingin

tahu.

Adriana mengerutkan kening. "Lelaki? Lelaki mana?"

"Yang pakai sut hitam tadi, tinggi, mata dia..."

"Naik lif, tingkat lima belas, laluan kanan paling

hujung. Nanti jumpa pejabat HR."

Satu suara lain tiba-tiba mencelah, membuatkan Aisya dan

Adriana serentak menoleh.

Wanita yang bersama Adriana tadi tersenyum kecil sebelum

menghulurkan tangan.

"Saya Zizi, Chief Financial Officer di sini,"

ucapnya ramah. 

Aisya terkejut seketika sebelum segera menyambut salam Zizi.

"Oh, terima kasih, Puan," balasnya hormat.

"Good luck untuk temuduga awak," ujar Zizi dengan

senyuman penuh makna sebelum berlalu pergi.

Aisya mengangguk perlahan. Namun, jantungnya masih berdegup

kencang, bukan kerana temu duga, tetapi kerana satu persoalan lain yang mula

berlegar di mindanya.

Siapa lelaki tadi? Kenapa auranya begitu dingin?

Sebelum dia sempat mendalami fikirannya sendiri, Adriana

sudah menarik lengannya perlahan.

"Dah, jangan fikir banyak. Pergi cepat, nanti terlambat

pula," ujar Adriana sambil tersenyum lebar.

Aisya tersenyum nipis sebelum menghela nafas panjang. Dengan

penuh semangat, dia melangkah ke arah lif awam dan menekan butang atas.

Ting!

Pintu lif terbuka.

Aisya melangkah masuk, tangannya masih erat memegang

failnya. Dia menekan butang nombor lima belas dan berdiri diam menunggu. Namun,

saat dia keluar dari lif, sesuatu yang tidak dijangka berlaku.

Gedebuk!

Fail di tangannya jatuh berselerak di lantai sebaik sahaja

dia bertembung dengan seseorang.

Dua lelaki yang hampir serupa berpaling serentak ke arah

Aisya. Sekilas pandang, mereka seperti bayang cermin satu sama lain, tetapi

bezanya cukup jelas. 

Lelaki pertama berdiri tegak dengan wajah tanpa ekspresi dan

serius, matanya yang biru keabu-abuan tajam dan sukar dibaca. Rambutnya warna

Coklat gelap. Aura yang mengelilinginya dingin, penuh karisma seperti seorang

pemimpin.

Lelaki kedua pula lebih santai, hujung bibirnya terangkat

dengan senyuman nakal. Sepasang mata biru cerahnya lebih 'hidup', berbeza

dengan abangnya yang tampak serius. Dan rambutnya juga kelihatan warna

keperangan. Cermin mata yang bertenggek di hidungnya menambahkan lagi

ketampanannya.

Dua-duanya tinggi, tegap, dan berketerampilan, bagaikan dua

sisi duit syiling yang sama tetapi tidak serupa.

"Maaf, Encik... Saya tak perasan tadi. Maaf

sangat!" ucap Aisya tergesa-gesa sambil menunduk, mengutip helaian

kertasnya dengan gugup.

"Oh, awak lagi?" tegur suara lelaki berkaca mata

itu.

Aisya mengangkat kepala dan hampir tersedak udara sendiri.

"Kau?!" soalnya. Telinganya mula merasa panas seperti mahu berasap

apabila melihat lelaki berkaca mata itu berdiri di hadapannya. Entah apa yang

dimarahnya?

Adrian tersenyum sinis. "Ya, kenapa?" tanyanya

dengan nada main-main. Sebelah tangan kanannya memperbetulkan kedudukan cermin

matanya. Segak!

Aryan pula diam memerhati. Ekspresinya dingin.

Aisya mengetap bibir, kemarahannya mula membara. Jari-jemari

halusnya menggenggam erat fail di tangan. Sebaik sahaja matanya menangkap raut

wajah lelaki di hadapannya itu, segala memori pahit kembali menerjah mindanya.

Dua hari yang lalu...

Hujan renyai-renyai petang itu masih segar dalam ingatan.

Dia baru sahaja keluar dari kafe Starbucks selepas menghabiskan masa

hampir sejam mengulang kaji nota temuduganya. Hatinya girang, langkahnya penuh

keyakinan. Namun, segalanya berubah dalam sekelip mata.

Bunyi enjin kereta mewah yang dipandu laju menarik

perhatiannya. Dia sempat berpaling ke tepi jalan dan saat itu jugalah sebuah Lamborghini

merah meluncur laju merentasi lopak air besar di tepi jalan.

Splash!

Air kotor bercampur lumpur menyambar tubuhnya tanpa belas

kasihan. Jaket yang dipakainya basah lencun, helaian rambutnya turut melekat di

wajah. Aisya terkedu, matanya membulat, tubuhnya kaku.

"Dasar anak haram! Arghhhh!" bentak Aisya kuat sambil

menghentakkan kakinya ke tanah.

Dia sempat melihat wajah pemandu di sebalik cermin sisi

kereta itu, jelas kelihatan seorang lelaki itu sedang mentertawakannya.

Namun, apa yang benar-benar membakar jiwanya bukanlah

percikan air itu. Tetapi pemandu kereta tersebut adalah lelaki berkaca mata,

yang kini berdiri di hadapannya dengan wajah selamba.

Wajah Aisya merah padam. "Kau buat apa dekat

sini?!" soalnya dengan geram.

Soalannya dibiar sepi.

Adrian hanya tersenyum senget. "Datang sini nak minta

kerja ke?" sindirnya.

"Aisya!" tiba-tiba suara Adriana kedengaran,

diiringi langkah tergesa-gesa menghampirinya.

Mata Adriana kemudian menangkap susuk tubuh dua lelaki yang

hampir serupa.

"Macam mana sir-sir ada kat sini?" gumamnya

perlahan.

Aryan hanya mengangkat kening tanpa sebarang ekspresi,

manakala Adrian pula tersenyum sinis.

Aisya menoleh ke arah Adriana dengan kening berkerut.

"Kau kenal dia?" tanyanya.

Satu saat... Dua saat... Tiga saat... 

"Kenapa kau tak cakap yang mamat ni kerja dekat

sini?!" bentak Aisya kuat hingga beberapa pasang mata yang berada di situ

turut memerhatikannya.

Adrian tersengih, Dia menolak sedikit cermin matanya ke

atas, kemudian menyilangkan tangan ke dada.

"Ala, chill lah. Baju je pun yang basah,

bukannya kau lemas dalam lopak air tu," ujarnya selamba.

Aisya mengetap bibir. Geram betul!

"Adrian," suara Aryan memecah ketegangan, nada

suara lelaki itu tenang tapi cukup berwibawa. "Apa sebenarnya yang kau dah

buat kali ni?"

Adrian mengangkat bahu, ekspresinya menunjukkan sikap acuh

tak acuh, seolah-olah tidak ada apa-apa yang serius berlaku. "Aku drive

macam biasa je, bro. Bukan salah aku kalau dia berdiri dekat sangat dengan

lopak air, kan?"

"Tak salah, kepala otak kau!" Aisya menyampuk,

tangannya sudah menggenggam fail erat-erat. "Kau sengaja tekan minyak

lepas nampak aku, kan?!"

Adrian tergelak. "HAHAHAH..."

Pang!

Bunyi tamparan bergema di ruang lobi tingkat lima belas itu,

membuatkan beberapa pekerja di sekitar terhenti seketika, menoleh dengan

terkejut. Adrian terkaku. Pipi kanannya terasa panas, berdenyut-denyut. Matanya

terbeliak, jelas tidak percaya dengan apa yang baru berlaku.

"Kau tampar aku?" soalnya perlahan, masih dalam

keadaan terpinga-pinga.

Aryan mengangkat kening sedikit, senyum tipis terukir di

bibirnya. Tamparan itu... Well, boleh kata adiknya memang layak menerimanya.

Tapi seperti biasa, Adrian pasti takkan mengalah begitu saja. Tanpa berkata

apa-apa, dia menepuk bahu adiknya, sebelum berpaling dan berjalan pergi,

membiarkan Adrian menangani egonya sendiri.

Adriana pula turut kelihatan terkejut. "Aisya! Kau gila

ke?!" 

"Padan muka kau!" bentak Aisya dengan nafasnya

tercungap-cungap sambil matanya tertumpu ke arah Adrian.

Adrian terdiam, cuba menahan sabar. Mukanya merah padam

menahan malu, tidak menyangka gadis itu berani menamparnya. Namun, sebelum Adrian

berpaling dan melangkah pergi dari situ, dia sempat menghadiahkan tersenyum

sinis, "Hmph!".

"Aisya! Apa kau buat ni?" bisik Adriana perlahan,

sambil mengheret lengan kawannya itu supaya mendekat.

"Apa?! Aku tak buat salah pun," balas Aisya sampil

mendengus dan berpeluk tubuh.

"Tak salah apanya, Kau tahu tak siapa diorang

tu?!"

"Siapa? Apa yang kau cakap ni?" soal aisya.

Adriana menghela nafas panjang. "Dia Adrian Louise. COO

syarikat ni. Dan sebelahnya pula, yang muka dingin tu, abang kembar dia, Aryan

Louise."

Jantung Aisya berdegup lebih laju. "Apa?!"

Adriana menjeling ke arah Adrian yang semakin menjauh.

"Abangnya pula CEO."

Aisya terkedu. Matanya masih terpaku pada lelaki yang hilang

di sebalik pintu pejabat. Seakan tidak percaya. Dia baru sahaja 'menghentam'

COO syarikatnya sendiri?