Menulis bukan sekadar hobi, tapi sebuah perjalanan. Setiap halaman dalam penulisan ini adalah refleksi dari pengalaman, dan inspirasi yang aku kumpulkan. Aku harap karya ini dapat membawa pembaca ke dunia yang berbeza,dunia yang hanya boleh diakses melalui kata-kata. Terima kasih kerana memberi peluang kepada cerita ini untuk hidup. Semoga ia memberi sesuatu yang bermakna buat pembaca.
Nama aku bukanlah nama sebenar, dan tempat kejadian dalam cerita ini juga telah diubah. Bukan kerana aku mahu menyembunyikan kebenaran, tetapi kerana ada perkara yang lebih baik kekal dalam bayangan. Apa yang bakal kau baca bukan sekadar cerita, tetapi sesuatu yang pernah berlaku atau mungkin masih berlaku. Aku hanya seorang pencerita, dan tugas aku hanyalah menyampaikan apa yang telah aku saksikan. Percaya atau tidak, itu terpulang kepada kau.